Ads

Selasa, 30 Ogos 2016

Kek Coklat Moist...

Buat minggu lepas lagi...sekejap jaa abes...kak suka sangat kek ni wooo...badan pon daa berlemak2 ni..lepas makan barulah nak menyesal tak berkesudahan...haha...lemak2 sedang terkumpul dengan gembiranya...

Resepi sahabatku kak Hamidah Mohni...Tq kak

Bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh krim tartar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(bahan-bahan di atas diayak sekali)

Bahan B
1 ketul butter
4 biji telur
1 1/2 gula kaster
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan air sejuk

Cara-cara membuatnya:

1.     Pukul butter bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul bersama adunan tadi.
2.     Masukkan susu cair pula dan kacai sehinnga sebati.
3.     Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan A..Sambil itu, air pula..pukul sampai sebati.
4.     Setelahitu, sediakan loyang sederhana dan alaskan dengan kertas khusus untuk kek. (aku guna A4 jer). sapukan mentega pada lapisan kertas dan loyang tersebut.
5.     Kukus dalam periuk dalam tempoh 40-60 minit). (Kalau nak bakar,masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu).
6.     Setelah masak.. sejukkan dahulu...
Untuk Topping:
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan gula

Cara-caranya:
1.     Bahan di atas di campur sekali dan dikacau sampai rata.
2.     Setelah sebati, masakkan ia di atas api yang kecil secara double boiling. Kacai sehingga berkilat.
3.     Tuangkan di atas kek yang telah siap di kukus atau dibakar. sapukan ke atas kek dengan rata dan cantik.
4.     Kemudian taburkan coklat urai atau badam. Terpulang kepada kekreativitian anda...
5.     Sesuai dihidangkan untuk minum petang dan di pagi raya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam