Dua tiga hari ni memang agak penatlah..27-29 Oktober hari tu terpaksa meninggalkan sicomel akak yang masih kecil dan anak2 ak yang lain sertaMr Hubby untuk menghadiri Taklimat Profesionalisme Guru Cemerlang Negeri Melaka di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur...Terpaksalah Mr Hubby ambil cuti untuk menjaga segala isi rumahtangga..hehe..terima kasih bebanyoklerr Mr Hubby...Sanggup berkorban apa sahaja...Pergi berkursus kali ni walaupun perit dengan air susu yang banyak dan asek kena pam keluar tapi memang best...sebab apa...akak kan suka makan...kebetulan hotel ni menyediakan pelbagai jenis makanan yang best2 dan sedap2...dapatlah merawat luka hati akak ini yang meninggalkan keluarga tercinta di rumah..hehe..Berkenaan dengan kursus tadi pengisian dia plaks adalah bese2 jer..hehe..
Sumber: Facebook Cikgu Norra Yazid |
Sumber: Facebook Cikgu Norra Yazid ..Tq kak |
Balik jer dari KL.lusanyer hari khamis berlangsunglah Karnival Sains dan Hari Usahawan SKK SK Paya Rumput Melaka yang amat dinanti2kan oleh warga SKK SK Paya Rumput Melaka..Perghh..Agak grand jgklah kan...Sebab jemput Timbalan Menteri MOSTI, atau lebih dikenali sbg Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi..Datuk Dr Abu Bakar Diah dan Angkasawan kedua negara Mejar Dr Faiz Khalid (hensem jgknooo dr Faiz nih..hehe)...Diorang datang petang...sempatlah depa datang ke gerai2 kita orang..Apa lagi amek kesempatanlah kita orang bergambau ...Kebetulan anak sedara akak datang ke rumah akak jadi akak bawa dia sekali untuk membantu..... .. Anak sedara akak Kak Cik pun sempat bergambau dengan depa..hehe..(hepi Kak Cik..hihi)..
Kami dari gerai Puteri Islam menjual nasi lemak, nasi berlauk, keropok lekor, dan sandwich...Kali ini pengunjung terutamanya dari kalangan ibu bapa yang datang agak berkurangan berbanding karnival yang diadakan beberapa tahun lepas..Mungkin waktu bekerja yang menganggu urusan mereka untuk datang beramai2 ke sini..(dulu buat hari Sabtu)..Apakan daya..namun..perniagaan diteruskan juga..Kira adalah untungnya walaupun tak beso..Kat cni pembelian barang2 adalah menggunakan kupon..beli kupon dulu..baru boleh beli kat kita orang...
Selain daripada jualan gerai kami, ada gerai yang menjual soto, sate, aiskrim, pelbagai jenis kek, barang2 cenderamata, Ice blended pelbagai perisa, mee goreng, nugget , char kuey teow , burger, rumah hantu (menakutkan jer..huhu)dan macam2 lagi..
Ada agensi luar juga hadir seperti Taman Rama2, agensi pakej lawatan umrah, bankIslam, UTEM, sekolah2 sekitar Melaka dan lain-lain lagi..
Program karnival ini berakhir dalam pukul 5 petang... Kat bawah ada gambar2 kenangan sepanjang karnival berlangsung..Ini ambil gbr org jer dulu..Nant imasuk kan gmbar sendiri plak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan