Ads

Khamis, 26 September 2013

Resepi Daging Masak Kurma

Minggu lepas pula akak dah belajar masak kurma daging, memandangkan along dan Mr Hubby agak menggemarinya...selalunya kak C'za beli jer yang dah siap masak, kat kantin sekolah... Tapi memandangkan cuti panjang Kak C'za belum habis, maka dengan relanya akak masaklah sementara masa masih ada, dan bahan-bahan pun gamaknya cukup...Kat bawah ada resepi yang akak survey di internet dan diolah serba sedikit serta hasil yang kak C'za dah buat.  hihi..

Wpun rupanya x menarik tp rasanya sedap tau...huhuhu..


Bahan-bahannya:

1 kg daging dipotong kiub
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4-5 sudu rempah kurma apa2 jenama ( Akak pakai ADABI sebab suami ak beli jenama yang ini)
1 biji tomato dibelah empat
2 biji ubi kentang dibelas empat
2 biji lada merah dipotong 4 tanpa putus
1/2 kg santan yang telah diperah
Garam secukup rasa dan
sedikit ajinomoto

Bahan yang perlu dikisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia

Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak dalam  periuk
2. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang serta tumiskan sehingga naik baunya.
3. Masukkan pula  bahan yang telah dikisar kacau sehingga tumisan menjadi garing.
4. Kemudian masukkan pula rempah kurma dan sedikit air...kacau sehingga rata.
5. Selepas itu, masukkan daging dan masak sehingga daging menjadi empuk, masukkan sekali ubi kentang dan biarkan ia menjadi lembut.
6. masukkan pula lada merah yang telah dipotong 4 tanpa putus tadi.
7 Tuangkan santan dan masukkan garam dan sedikit ajinomoto.
8. Akhir sekali masukkan tomato. Apabila masak siap untuk dihidang.




  • Sumber Kak C'za perolehi dari: http://www.resepimudah.com/daging-masak-kurma/#ixzz2eh9hmveK

    terima kasih banyak...

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam