Ads

Sabtu, 18 Februari 2012

Adakah sahabat seperti ini disekelilingmu?





Dalam hidup ini, disekeliling kita memang ramai kawan, rakan dan sahabat...Tetapi adakah  setiap daripada mereka ikhlas dengan kita? Mungkin ada, tapi jarang-jarang....Untuk mencari sahabat sejati bukanlah mudah di zaman ini....Dan....Aku pun bukanlah sahabat yang baik...Banyak kelemahan yang aku ada..kerana aku tahu aku bukanlah manusia yang  sempurna...Tetapi dalam bersahabat, aku cuba juga buat yang terbaik....setia, suka tolong -menolong, menjaga hati mereka dan cuba bersabar dengan kerenah sebilangan mereka...walaupun aku tahu aku tidak sekuat Rasulullah dan para nabi yang lain serta wanita-wanita ahli syurga seperti Siti Khadijah, Siti Fatimah, Mashitah dan yang lain-lain..uhuks....aku akan cuba...Dalam hidup aku juga, aku tidak berjumpa lagi sahabat yang aku tengok betul-betul ikhlas dengan aku..Walaupun mereka baik dengan aku, aku dapat rasakan...keikhlasan itu tidak sampai ke jiwa aku...uhukss....aku tahu lumrah alam, manusia seringkali mementingkan diri dan berkawan untuk berusaha mempergunakan kelebihan orang lain untuk diri sendiri....
Waima, suami  atau isteri kita juga bukanlah sahabat yang sejati untuk diri kita...mungkin mereka ikhlas atau mereka terpaksa kerana sudah terjebak berkahwin dengan kita. Apapun...sebagai pasangan, kesabaran itu penting walaupun sukar untuk melakukannya...
Kebanyakan sahabat yang aku jumpa juga selalunya manis di mulut atau hadapan kita, tapi di belakang kita dia mengata dan memburukkan kita...Redha dan bersahabarlah berkawan dengan orang seperti ini....Apabila rasa  nak marah. dengan perangai buruk mereka....berzikirlah kita dengan nama ALLAH SWT...tenangkanlah hati dan hiasi peribadi kita sendiri....
        Sepanjang hidup aku, aku belum lagi berjumpa dengan sahabat yang benar-benar membahagiakan jiwa aku....cuma ada segelintir sahabat yang bolehlah dikatakan sejiwa dengan aku...Itupun jarang bersua....
Kalau boleh, apa yang aku nak ialah sahabat yang boleh membimbing aku ke arah kebaikan dunia dan akhirat...mengingatkan aku tentang segala perintah ALLAH yang perlu dilakukan dan menyedarkan aku tentang bagaimana untuk menjauhi segala larangan ALLAH dan perkara-perkara buruk......Wahai...Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH sekelian..Semoga kita semua akan menjadi sahabat sejati.....dan bertemu dengan mereka yang ikhlas dengan kita..Yang kita panggil sahabat sejati dunia akhirat...InsyaALLAH....Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam