Ads

Ahad, 3 Januari 2010

Hari akhir cuti...

Wah... hari ni cuti terakhir untuk kembali le sekolah... Fuh nasib baik dah beli baju sekolah bebudak. Banyak betul perbelanjaan sekolah seorang budak. Nasib baik hubby dapat bonus bulan ni. Alhamdulillah... Seorang budak sekolah dengan baju, buku, yuran sekolah pagi dan sekolah agama, beg sekolah, kasut dan pelbagai lagi telah menghabiskan duitku hampir RM700. Dua orang lagi yang dimasukkan ke taska dan tadika dengan yuran, buku, beg, kasut, pakaian baru dan kelengkapan pula sebanyak RM1000 telah dileburkan. Itu baru tiga orang anak. Kalau 5 atau 6, atau 7 orang. Dengan kenaikan harga barang yang melampau, sungguh menyeksakan. Bagiku aku bersyukur dengan kesederhanan yang ada tapi aku selalu terfikir bagaimana pula mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai. Aku jadi insaf dan sentiasa bersyukur hidup di muka bumi ini.

Back to school tomorrowww!!!

Cerianya anak-anak tersebut ke sekolah
Tahun ni aku pegang kelas hujung lagi. Tahun lepas 4A tahun ni 2A. Aku yang minta untuk mengajar tahap yang lebih rendah. Agak mencabar mengajar kelas-kelas yang hujung ni. Tapi aku berazam untuk beri yang terbaik untuk anak-anak didikku. Esok aku akan bertemu dengan wajah-wajah yang suci ini. Wahai anak-anak didikku jadilah insan yang terbaik dalam hidupmu. Cikgu akan mendidikmu dengan kemampuan yang ada. Semoga kalian semua kan berjaya. Cikgu hanya tumpang gembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam