Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Selasa, 29 Disember 2009
Hari yang ku tunggu ....
Esok final exam Hatiku susah. Aku dah baca tapi macam tak baca...Macam tak boleh ingat apa yang aku baca. Parah macam ni.Padahal 3 subjek. Aku ni cepat paniklah. Ya Allah bagi aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini. tambah-tambah lagi nak hadapi benda alah ni. Semoga aku berjaya dan berjaya. Doakan aku ya kawan-kawanku, hamba- hamba Allah yang disayangi....InsyaAllah aku buat yang terbaik esok....
Sabtu, 26 Disember 2009
Isnin, 21 Disember 2009
Cuti yang penuh kesibukan..
Rasanya dah lama betul aku tak update blog ni. Betul-betul takde masa. Walaupun cuti panjang tapi aku terpaksa menghadiri kelas dari pagi sampai petang sama ada hari Sabtu atau Ahad. assignment baru je anta Sabtu lepas. Lega...sangat2. Namun 30/12-31/12.2009 ni final exam plak. Ari yang sama tu plak sekolah buat mesyuarat. Terpaksalah minta excuse daripada GB. Harap-harap dapat buat yang terbaik. InsyaALLAH..
Isnin, 7 Disember 2009
Melewati Sungai Melaka (Taman Rempah/Melaka Cruise River)
Cuti-cuti mari kita pergi Melaka, untuk melewati Sungai Melaka dengan menaiki bot. Tempoh perjalanan selama 45 minit. Walaupun sungai agak berbau tetapi pemandangan agak menarik dan mengagumkan. Harga tiket yang aku pernah bayar untuk naik bot ni ialah RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak.
Kincir angin.
Kalau tak silap Kg Morten
Zoo Melaka
6 Disember 2009 (Ahad)
Program bersama keluarga yang dah tertangguh ini tetap ku teruskan pada Ahad lepas. Masa tu orang fulamak punyalah ramai, almaklumlah hujung minggu. Terpaksalah beratur nak beli tiket. Tiket untuk dewasa RM 7, kanak-kanak 5-12 tahun, RM4 dan free untuk 4 tahun ke bawah.
Program bersama keluarga yang dah tertangguh ini tetap ku teruskan pada Ahad lepas. Masa tu orang fulamak punyalah ramai, almaklumlah hujung minggu. Terpaksalah beratur nak beli tiket. Tiket untuk dewasa RM 7, kanak-kanak 5-12 tahun, RM4 dan free untuk 4 tahun ke bawah.
Along dan Angah suka dapat pergi ke zoo.
Burung kakak tua yang menyambut kedatangan para pengunjung.
Cantik warna Iguana ni...
Anaconda ni makan tidur je. Ada yang sedang mengawan.
Harimau yang 'macho'.
Gajah yang sangat besar pada pandagan mataku ini.
ramai sungguh pengunjung yang datang
Antara tempat rehat yang terdapat di zoo ini.
Sungguh indah dan damai dengan angin yang sepoi2 bahasa.
Ada yang sempat buat promotion.
Kawasan permainan disediakan di sini. Selain itu, surau, tandas, restoran, gerai-gerai makanan dan minuman, pertunjukan pentas juga terdapat di zoo Melaka. Jika anda penat untuk berjalan kaki anda juga boleh mengelilingi zoo dengan menaiki tram. Perjalanan anda akan diakhiri dengan melalui gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata berkaitan zoo yang sangat menarik Harga juga bolehlah dikatakan berpatutan. Apa tunggu lagi cuti-cuti ni, marilah datang berkunjung ke Zoo Melaka. InsyaAllah anda berpuas hati dan yang paling penting ahli keluarga terutamanya si kecil akan bergembira.
Stadium Hang Jebat Melaka (Tuan Rumah SUKMA 2010)
Stadium Hang Jebat, bakal berlangsungnya SUKMA 2010 yang akan datang. Walaupun stadium sudah beberapa tahun lama dibuka dan diguna pakai, namun untuk persediaan untuk menjadi tuan rumah banyak bangunan baru telah dibina di sini. Kejohanan sukan tahunan sekolahku juga telah diadakan di sini. Stadium ini terletak 2km dari rumahku.
Endurance Ride April 2009.
Ramai orang datang berkunjung di sini untuk beriadah dan berjoging.
Anak beranak berlatih bermain bola.
Wah...wah...wah terer tuh. Hu..hu..hu..
Seorang bapa menunjukkan aksinya menyepak bola kepada anaknya.
Endurance Ride April 2009 yang lalu di adakan di sini.
Pantai Tanjung Bidara Melaka
Baru-baru ni balik dari kenduri doa selamat salah seorang kawan di Tanjung Bidara, sempatlah aku, hubby dan kanak2 ribena ku menyinggah di Pantai Tanjung Bidara. Walaupun aku orang Melaka tapi jarang sekali aku beriadah di pantai ini. Aku dan hubby lebih berminat dengan Pantai Puteri di Tanjung Keling atau Padang Kemunting di Pengkalan Balak. Lagi meriah rasanya kerana ramai pengunjung yang memasang khemah-khemah kecil sambil bersantai-santai bersama ahli keluarga. Tapi sebenarnya pantai Tanjung Bidara ni juga menarik untuk kunjungan sesiapa sahaja yang suka menikmati angin pantai dan bermandi manda bersama keluarga. Silalah datang ke sini....
Batu-batu yang menghiasi pantai.
Pengunjung-pengunjung beriadah di tepian pantai.
Keindahan ciptaan Allah dapat dinikmati di sini.
Ramai pengunjung datang ke sini.
Wakaf yang terdapat di sini.
Taman permainan juga disediakan di sini.
Jumaat, 4 Disember 2009
Tolong....saya...
Kepada bloggers dan semua pembaca, saya nak minta tolong kepada sesiapa di antara anda yang pandai membuat perisian/courseware untuk matematik ke atau apa-apa subjek yang boleh diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran tolong ajarkan saya. Almaklumlah saya ni masih baru lagi dalam bidang ni. Terima kasih.
Rabu, 2 Disember 2009
Syahdu...
Baru-baru ni asyik terima berita orang meninggal je. Insaf... Bekas anak murid baru-baru ni pun meninggal. Khabarnya kemalangan. Muda lagi ajal memanggil. Kita ni bila-bila masa sahaja akan kembali kepada Pencipta kita. Bersedia...dan sentiasa bersedia. Apakah amalan kita sudah mencukupi untuk menghadapinya. Wallahuallam. Semoga kita hidup dalam iman dan matipun dalam keadaan beriman. InsyaAllah..
Langgan:
Catatan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam

-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
Hari tu masa datang Penang sempatlah aku singgah di IPGM KPP..yang dahulunya dikenali sebagai M4P...Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pina...