Sabtu lepas 24 Oktober, 'my friends and I' telah menjalani LADAP terakhir untuk tahun ni. Kita orang diberi peluang untuk melawat Taman Seribu Bunga dan menaiki bot melewati persisiran Sungai Melaka. Ni gambar saat-saat kepergian kami. Malangnya aku tak dapat ambil gambar puas-puas memandangkan aku tertinggalkan 'memory card' LUMIX ku. Sedih tak terkira masa tu.... Masa tu hubby dah datang hantar tapi bas yang kita orang naik meluncur laju. Aku pun sengal tak perasan hubbyku dah sampai... Kesian dia hu...hu...hu...
Bersama rakan-rakan dan Zahrani(yang bertudung coklat)) yang 'VOGUE' gitu he...he...he...
Ni aku ambil gambar tumbuhan yang lucu namanya iaitu 'Pokok Janda Kaya' atau nama saintifiknya Mussaenda flava.
Taman Orkid yang begitu cantik sekali...
Bersama sahabat-sahabat Ecah 'and' Azlina. Dua-dua pakar sains.
Sebenarnya banyak lagi pohon-pohon yang pelik kat sini, pohon janda merana, tongkat ali, kacip fatimah, pelbagai pokok puding, melur, cempaka, kiambang, bunga raya, jasmine, dan macam-macam ada. Best juga berjalan-jalan dengan pelbagai tumbuhan segar berada di keliling.
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam
-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
SKPR pernah jadi juara negeri Melaka dalam sukan ragbi ni tahun berapa aku tak ingat. Banyak kali jugaklah. Mula-mula aku tak minat permain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan