Ads

Selasa, 17 Ogos 2021

Internet Oh internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang tersinggah di blog sis C'za. Harap semua sihat dan di jauhi dari wabak penyakit...aamiin yarabbalalaamiin.. Sis alhamdulillah masih menjalankan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH SWT, sebagai isteri, sebagai anak, ibu kepada anak2 sis, dan guru kepada anak2 didik sis dan lain-lain tanggungjawab di muka bumi ALLAH yang fana ini. Sis bersyukur kami sekeluarga masih diberi rezeki untuk makan pakai...semua cukup alhamdulillah. Tidaklah berlebih dan tidak juga terkurang. Kalau ada lebih bolehlah sis berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan in sya ALLAH.
Sis dan  guru2 di seluruh negara masih lagi meneruskan lagi PDPR  mungkin hingga ke akhir tahun untuk 2021 ini. 😥😪. Wallahualam. Hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui. Untuk pengetahuan para pembaca, sis sekarang tinggal di rumah abah sis, memandangkan tanggungjawab sis menjaga abah selepas beliau jatuh sakit hingga terpaksa menjalani hemodialisis seminggu 3 kali. Sis sudah ajak abah untuk tinggal di rumah sis di kawasan Cheng, tapi agak membataskan pergerakannya bila berada di rumah sis yang agak kecil, berbanding rumahnya yang lebih luas di kampung. Abah sis sekarang bergerak ke mana-mana hanya dengan kerusi roda. Sekali sekala baru dia gunakan tongkat 4 kaki tu. Badan dia semakin lemah sekarang. Sejak emak meninggal empat tahun lepas , dia semakin tak kuat, Mungkin dah penat menjaga emak yang bertahun2 sakit, dan keluar masuk hospital. Sis pun tak dapat bantu sangat masa tu sebab anak2 sis pun masih kecil masa tu. Kasihan dia. Sis suka duduk di kampung ni (kawasan ALor Gajah). Rumah besar dan tanah luas. Macam2 boleh tanam. Tapi apa yang menjadi masalah sis di kampung ni ialah line internetnya..huhu. Terlalu slow dan putus2. Menjadi masalah kepada pdpr sis ketika sis buat Google Meet dan juga nak upload download bahan pdpr memang tak boleh langsung. Kenkadang je ok. Dah panggil orang TMNET repair pun takde perubahan.
Di rumah Cheng dan Kerubong sis pakai UNIFi dengan kapasiti kelajuan masing2 30 mpbs dan 100 mpbs. Agak puas hatilah. Sis terpaksa ulang alik ke Cheng dan Kerubong untuk dapatkan line. Tapi dah tak larat dah. Di kampung ni pulak yang hanya ada TMNET dgn speed 8 mpbs sahaja. Tapi bila sis check guna FAST speed test tak sampai pun 8 mpbs tu. So sad. Apabila buat GM memang  putus2. Murid sis asyik kata cikgu.. suara cikgu lag lah...putus2...nak paparkan slide pon terganggu je. Memang menyedihkan sis. Hingga terbawa2 mimpi kesedihan tu..huhu. Kita nak mengajar dengan buat yang terbaik tapi apakan daya. Itu jer kemampuan line di rumah kampung sis nih..huwaaa.
Kelas math 1 DLP Kripton


Kelas Math 2 Helium




Kelas Math 3 Neon



Kelas 1 DLP Kripton


Kelas Math 1 Helium


Semoga setiap amanah yang sis dipertanggungjawabkan dipermudahkan ALLAH SWT. Sis ingin buat yang terbaik untuk mereka..ALLAH je maha mengetahui perasaan ni.


 



Sabtu, 14 Ogos 2021

SANAH HELWAH MR HUBBY YANG KE 50 🎂🍰🌺

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga maya. Semalam adalah hari lahir Mr Hubby. Semoga beliau dalam keadaan sihat selalu dan di bawah perlindungan serta rahmat ALLAH SWT senantiasa..aamiin


Dua kek ini tahun. Alhamdulillah.






 

Selasa, 3 Ogos 2021

Fenomena Aneh Di Langit

 Assalamualaikum...dan salam sejahtera warga maya. Kenangan foto yang di ambil semalam...Kelmarin matahari agak aneh ya... kenapa ya... Nanti sis cari sebabnya ya.... Sis pun tak tahu sebenarnya...tapi mr hubby heboh masuk rumah katanya...pelik nampak matahari..so sis pun gi luar memang nampak aneh fenomena kali...masya ALLAH... SubhanaALLAH.. memang mengagumkan ciptaan ALLAH yang amat penting buat manusia dan kehidupan ini..

Fenomena halo namanya....

Halo matahari

Oh ini jawapannya ya


Fenomena halo namanya




Video pdpr terbaharu❤️

 Video tahun 2 masa dan waktu.

Video tahun 3 masa dan waktu.

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam