29 Ramadhan 1435H - Hari ni sudah hari ke 29 muslimin muslimat berpuasa..Sekejap jer kan masa berlalu....sekejap jer kita dah sampai di penghujung Ramadhan yang mulia ini..sedih pulak Kak C'za nak berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan berkah ni... Apapun kak n famili sangat sempoi dalam membuat persiapan untuk menyambut bulan Syawal pada kali ini... serba sederhana..Namun begitu Alhamdulillah..segala pujian untuk ALLAH...kak C'za ucapkan dengan apa yng DIA beri untuk kami...bersyukur sangat dengan kehidupan ini yang lebih baik berbanding dengan orang lain...
Kini apa yang kak harapkan agar semua umat Islam kita bersatu dalam menentang musuh durjana yang kini sedang membuat penganiyaan kepada saudara seIslam kita di GAZA, SYRIA, ROHINGYAdan dimana sahaja umat Islam ditindas....Selain wang ringgit, doalah yang kita perlu kirimkan kepada mereka agar kemenangan berpihak pada mereka dan juga kita sendiri..suatu hari nanti..in sha ALLAH...
Tahun ini kak n famili beraya di Melaka...hari raya kedua baru pulang ke kg Mr Hubby di Kelantan...
Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH..
Akhir kata..kak C'za mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua insan yang beragama Islam...Semoga raya kali ini membawa keceriaan dan kasih sayang sesama kita..Amin...
#Pray for Palestinian...dan semua umat Islam yang sedang diuji ALLAH....Sesungguhnya segala ujian itu penuh hikmah yang tidak terperi daripada TUHAN kepada hamba yang dicintaiNYA...Wallahualam...ALLAHUAKBAR...
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Sabtu, 26 Julai 2014
Sabtu, 5 Julai 2014
Kehilangan..setiap kehidupan pasti ada pengakhirannya
Hari ini akak merasa sangat sedih.....Kesedihanku kerana kehilangan ibu saudara yang dihormati akibat kanser payudara yang dihidapnya selama 2 tahun kebelakangan ini..Namun allahyarham telah merahsiakannya daripada kaum keluarga...akak pun baru tau bulan lepas..masa tau terus pergi melawatnya..ketika itu badannya pun sudah kurus akibat tidak berupaya untuk makan ...
Beliau menghembuskan nafas pada .terakhir7 Ramadhan 1435h.. bersamaan 5 Julai 2014 jam 4.47 pagi tadi.. Setelah beberapa jam Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini juga menghembuskan nafasnya yang terakhirnya pada jam 1.26 pagi.... Wajah beliau sangat tenang..dan sempatlah ku beri kucupan mesra untuk kali terakhir... Air mata menitis tanpa henti...Aku berdoa agar syurga menantinya di sana..Amin...
Semoga ALLAH menempatkan Allahyarham Norriah Md Sharif di kalangan orang2 yang beriman dan dirahmati olehNYA...In sha ALLAH....
Alfatihah buatnya....

Apam Nasi/Beras Mudah
Sajer jer akak nak share resepi ni...dibuat masa hari puasa yang kedua...sedap dan mudah...
Langkah 1 :
2 cawan nasi
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan Air
*kisar nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi menjadi halus. Kemudian masukkan gula dan kisar lagi sampai sebati
Langkah 2 :
2 cawan Tepung Gandum
2 cawanTepung Beras
2 sudu kecil Yis (mauripan)
* 3 bahan digaul satukan.
Langkah 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunanlangkah 1 dan langkah 2 kacau hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (akak perap 2 jam jer)
Langkah 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil(minyakkan dulu bekas tuh..sikit jer) selama 15 minit. .
hidangkan dengan kelapa parut digaulkan dengan garam.

Langgan:
Catatan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam

-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
Hari tu masa datang Penang sempatlah aku singgah di IPGM KPP..yang dahulunya dikenali sebagai M4P...Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pina...