Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Selasa, 26 Mac 2013
Pergi tidak kembali...Alfatihah...
Semalam berita yang menyedihkan buatku ku terima apabila sahabat sependidikku kehilangan bayi tercinta yang baru dilahirkan... Tapi tak pulak aku tahu puncanya...Sebab dia terlalu sedih untuk menceritakannya...Aku pendam sahaja apa yang ingin ku ketahui..Sahabat aku ini sangat menjaga kandungan ketika beliau hamil...Namun ALLAH lebih menyayangi bayi dan ingin menguji setakat mana keimanan dan ketakwaan hambanya.... Harap sahabatku ini kuat dan redha dalam menempuh dugaan dan ujian daripada Tuhan.....Apa yang diujiNYA mungkin mempunyai hikmah yang tersembunyi dan kita sebagai hambaNYA yang serba-serbi kekurangan ini terlalu sedikit pengetahuan untuk memahaminya...Bagiku walaupun dilihat nampak begitu duka yang dihadapi oleh sahabatku ini...namun aku pasti keriangan dan kegembiraan akan menunggunya di akhirat nanti..Wallahualam..Hanya ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI...Amin...
Sabtu, 23 Mac 2013
sedetik lebih :: Anuar Zain Lirik
sedetik lebih :: Anuar Zain Lirik
I dedicate this song for Mr Hubby yang sentiasa berada di sisi ini sama ada susah dan senang.....Memberikan pengajaran tatkala diriku yang serba serbi kekurangan leka dalam kehidupan di dunia yang fana ini..Terima kasih juga kerana memberi semangat dan dorongan kepada jiwa tatkala menempuh ranjau onak dan duri serta... menongkah arus kehidupan yang penuh liku...Semoga ALLAH SWT memberi rahmat yang berpanjangan dan rasa kasih dan sayang ini hingga ke syurga hendaknya..(semoga mampu menggapainya...)..uhuks..sedih bebeno rasanyer...
Namun begitu, apapun jua kasih dan rasa cinta yang wujud didunia ini, janganlah kita lupa untuk mencintai diriNYA serta rasul kita Nabi Muhammad SAW melebihi yang lain...Insya ALLAH...kasih sayang dan rahmatNYA sentiasa di sisi kita semua....AMIN...

Sabtu, 2 Mac 2013
Kisah emakku..
Salam ukhwah kepada.semua....dah lama aku meninggalkan blog ini atas kesibukan hal-hal duniawi....Beberapa bulan ni aku tak berapa sihat sangat....ujian ALLAH yang kecil...itu aku tak kisah sangat..yang aku kisahkan adalah kesihatan emakku yang agak buruk sejak akhir-akhir ini....Malam Jumaat 2 minggu lepas emakku dah dimasukkan ke hospital (dah masuk 2 minggu duk hospital) untuk kesekian kalinya akibat diabetes...kurang darah...tekanan darah...kegatalan..gastrik..dah tulang lengan yang terkeluar dari tempat asalnya (nak kena bedah tak ama lagi..huhu)..Darah 2 pain (plastik dimasukkan ke dalam tubuhnya) hari tu dah masukkan 8 pain..plastik..Akibat daripada itu, habis badannya dihinggapi dengan penyakit kudis yang agak parah..Sungguh menyedihkan..Aku menolong setakat mampu.... dan kadangkala aku juga tidak berdaya...(maafkan aku emak)..Dah macam-macam ubat dibeli dan diberikan kepadanya..Kegatalan masih ada..Mungkin akibat daripada kuman dalam darah yang tidak serasi dengannya...Apapun...doa aku kepada ALLAH agar semoga beliau cepat sembuh...Memula hari2 juga ulang alik ke hospital melaka..tapi dalam kesihatan yang tak menentu ni...jadi 2 hari sekali jer aku dapat menjenguknya...bawa makanan dan kemaskan dirinya, salin lampin dan sebagainya...Almaklumlah aku pompuan sorang dalam keluarga...sewajarnya akulah yang dipertanggungjawabkan dengan urusan ini dengan abah aku..huhu...Takperlah...dah tugas aku...Selalunya anak dara aku yang temankan gi hospital...Nasib baik ada anak dara ni...Setia betul dia temankan aku tak kira ngantuk ke penat ker...dia akan ikut...Sayang dia..hehe...biar dia tgk tanggungjawab anak pompuan camnokan...Apapun..apa kesukaran yang kuhadapi ini mungkin tak sesukar kesukarang orang lain..Maka bersyukurlah aku kepada NYA.....Adios.... Wassalam..
Kat bawah adalah pantai-pantai yang kami satu keluarga lawati masa cuti Thn BAru Cina tempohari... Sekadar penenang jiwa..Sebab aku suka pantai, ombak dan laut.... Hebat ciptaan ALLAH
Kat bawah adalah pantai-pantai yang kami satu keluarga lawati masa cuti Thn BAru Cina tempohari... Sekadar penenang jiwa..Sebab aku suka pantai, ombak dan laut.... Hebat ciptaan ALLAH
Pantai Teluk Cempedak..Kuantan |
Pantai Cherating....Pahang |
Pantai Batu hitam Kuantan |
Langgan:
Catatan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam

-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
Hari tu masa datang Penang sempatlah aku singgah di IPGM KPP..yang dahulunya dikenali sebagai M4P...Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pina...