Ads

Jumaat, 28 September 2012

Sukan Sekolahku 2012!

Minggu ni....banyak hari kelas terawang-awang..Apa tidaknya semua guru sibuk membuat persiapan untuk hari sukan yang dijalankan....Kemuncaknya,
 27 September 2012 adalah Temasya Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Rumput berlangsung...Pada sebelah pagi setiap rumah sukan beriya-iya mencantikkan khemah rumah masing-masing...Aku pula selaku ketua rumah kuning pun sama-sama menyibukkan diri bersama rakan seperjuangan membuat apa yang termampu seadanya....Sementelah dalam hati itu resah terkenang emak dan abah yang tak sihat dirumah....(abah rebah akibat pitam hari sebelum itu, pergh.. nasib baik aku ada, kalau tidak hmmm..tak tahulah..uhuks..ujian ALLAH..)..
Sewaktu persiapan rumah kenyalang...
Berbalik kepada kejohanan sukan itu...Aku bersama para sahabat bertungkus-lumus menyiapkan khemah dan para peserta perbarisan..Setiap guru wajib membayar RM15....Ada juga murid2 yang sudi menyumbangkan wang sebanyak RM2 seorang..Terima kasih anak-anak ya ..Jasamu amat cikgu kenang sampai bila-bila..Hanya ALLAH yang dapat membalasnya... Kami menggunakan bahan-bahan recycle..seperti plastik sampah, kotak-kotak, dan juga tumbuh-tumbuhan...walaupun begitu...hasilnya amat mengagumkan...Secara jujurnya kami mempunyai ahli-ahli yang sangat kreatif dan inovatif..Untuk para sahabat..tolong teruskan kreativiti anda semua ini semasa mengajar nanti ya...Aku tahu kamu semua adalah guru yang ikhlas, jujur dan sangat bersemangat dalam mendidik..Aku bangga mempunyai sahabat seperti kalian...
Berbalik kepada hari sukan yang berlangsung sangatlah meriahnya  dengan padang yang berwarna-warni disertai dengan kehadiran ramai ibu bapa yang datang untuk menonton dan menyokong anak masing-masing...Ada juga jualan daripara pekerja sekolah dan pihak luar...Hmm sangat best tau..
Aku dan para sahabat sibuk memberi motivasi dan strategi kepada peserta-peserta untuk berlari..Tak lupa juga doaku pohonkan kepada ALLAH SWT semoga mempermudahkan urusan kami...Banyak perkara yang berlaku pada waktu itu...sehingga banyaklah titisan air mataku keluar..Ada peserta yang kena gigitan tebuan, peserta yang tergelincir semasa berlari,  dan  ada yang sakit kaki dan kejang....kami dah spray macam-macam kat kaki yang sakit tuh..Rasa down sekejap..Tapi aku dan kawanku Aishah bangkit...memberikan kata-kata motivasi kepada mereka...sedapkan hati masing-masing sambil tu....berdoa pada ALLAH memohon kepada YANG ESA...agar semuanya berjalan lancar...Tak putus-putus aku berdoa pada ALLAH (kerana itu adalah sebaik2 ubat ketenangan)

Khemah Rajawali..

Khemah Cenderawasih

Khemah Kenyalang


Khemah Kasawari..


                     
Kedudukan mata selepas saringan dan acara padang..permulaan kojohanan sukan
Perbarisan Rumah Kenyalang(kuning)..Naib johan...

Perbarisan Rumah Kenyalang(kuning)

Perbarisan Rumah Rajawali (hijau)

Perbarisan Rumah Kasawari (biru)

Perbarisan Rumah Cenderawasi (merah)

Para sahabat dan ahli-ahli rumah kenyalang...dapat makan burger itu hari

Angah johan sukaneka tahun 3

Along ..bantu 4 x100m...tahun 4..Johan..

 Akhirnya ALLAH mempermudahkan urusan kami hamba-hambaNYA..yang lemah ini..Pasukan kami menjadi Johan untuk Khemah Terbaik dan Johan Keseluruhan Kejohanan untuk tahun 2012 ini...Seorang peserta perempuan pasukan ini pula di nobatkan sebagai Olahragawati  Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput Melaka untuk tahun ini..Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kejohanan sukan tahun ini...Back to back..berturut-turut untuk kami pada kali ini...Secara peribadinya ia merupakan kenangan manis buatku kerana aku adalah selaku ketua pasukan ini untuk sesi kali ini..hehehe...
Kenyalang juara....yeehaa..Anak ambo Dina  pun tumpang 2 kaki..hehe
Ni..tulang belakang paling kuat kami...terima kasih para sahabat dan anak-anak...

Sebagai bonus lagi, ALLAH memberi kejayaan untuk anakku Along dan Abg Ngah untuk menjadi johan acara masing-masing...Amin..

Semoga ditahun akan datang kejuaraan adalah juga milik kami..InsyaALLAH...

Selasa, 25 September 2012

Cinta abadi...


Cintailah ALLAH SWT mengatasi segalanya yang ada dalam dunia ini kerana ia membawa kebahagiaan kepada kita di akhirat kelak...InsyaALLAH...

Mencintai ALLAH  dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...Semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah yang berpanjangan daripadaNYA..AMIN

Sabtu, 22 September 2012

Kenangan Jamuan Hari Raya Taman Bertam Jaya

Walaupun aku dah terlewat untuk menceritakannya..tapi aku nak cerita jugak..hehe..Jamuan hari raya terbuka Taman Bertam Jaya, tamanku yang indah permai yang  telah diadakan pada 15 September lepas...Agak meriah juga... Menu utama adalah kambing panggang dan sate serta pelbagai lagi.....Yang paling best Mr Hubby dapat cabutan bertuah hamper ...hehe..kebetulan anak saudara Mr Hubby pun datang rumahku dari Shah Alam... Apa lagi ajak dia sekali malam tu.....Kat bawah ada gambar kenangan hari itu....


Hamper cabutan bertuah...

Mr Hubby menang cabutan..hehe..tahniah bro...

Menu yang tersedia

Kambing yang di panggang..




Hai kak cik anak sedaro kito...

Mr Hubby and kids...

sodap eh..

Anak2 jiran...


Hirisan kambing panggang...

Penyelaras majlis kami..Mejar Musa yang komited menghimpunkan semua penduduk....

Alhamdulillah...ALLAH masih memberi peluang untuk aku bernafas lagi di muka ciptaanNYA ini....Hanya untuk seketika lagi..terima kasih TUHAN....Salam mesra untuk semua umat manusia di muka bumi ALAH ini...

Aku semakin tua dan semakin lupa ingatan ini...(masalah yang tak sudah2 dengan penyakit lupa ini ..huhu)...Aku harap masalah kelupaan ini semakin pulih...Sepatutnya kena banyak membaca ayat alQuran dan zikrullah...kan??Esok pula aku memulakan kelas OUM ku untuk sem 10 (yang terakhir barangkali)....InsyaALLAH..

Baru2 ini aku mendapat keputusan peperiksaan yang merudum....Aku dah menjangkakanya...Kelemahanku dalam add math memang ketara..Hehe ..keseluruhan sem lepas aku hanya memperolehi 3.11 sahaja. Projek Kajian Tindakanku alhamdulillah A dengan 88 markah..Oklah tukan  memandangkan pensyarahku pergh memang cerewet orangnya....Beliau yang berusia 62 tahun memang sangat mahir dalam kajian tindakan ini. uhuks....Jadi kumpulanku memang takder harapan nak dpt markah tinggi...Haritu dia ada call aku..dia beritau markah ku antara yang tertinggi..dan puji macam2 plak...tapi takderlah tinggi sgt markah aku tu..aku pun takderlah tanya orang lain markah deme berapa? Janji dapat A dah ..tul tak? Projek kajianku aku da uploadkan ke dalam  slideshare sekadar perkongsian..nak tiru pun takper..bukannya bagus bebeno..hehe

CGPA aku keseluruhannya juga merosot daripada.3.63 kepada 3.59 dan sem yang baru ini aku pun tak mengharapkan yang cemerlang (tapi selalu juga berdoa dan mengharap untuk kecemerlangan itu)...hihi...Semoga ALLAH mengabulkan doa ku....Amin

...

Ahad, 9 September 2012

Assalamualaikum kepada semua hamba ALLAH yang masih bernafas di muka bumi ALLAH ini....Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan dilimpahi rahmat ALLAH yang berpanjangan hendaknya....Aku tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini akibat migrain dan gastrik yang kembali bertakhta di jasad ku ini... namun aku semakin bahagia dengan kesembuhan emakku.. Walaupun dia masih belum boleh berjalan tapi sekurang-kurangnya dia semakin ceria dan sudah mahu berkata-kata...Walaupun abahku penat tapi dia tetap melayan kerenah isteri kesayangannya itu... Kesian abahku..nampak uzur sekali tapi dia tetap menggagahkan diri untuk memenuhi kehendak dan keperluan si isteri yang sedang sakit ...Aku macam biasa sekadar membantu apa yang perlu terutama untuk memandikan, mencuci, kadang-kadang memasak, serta mengemas rumahnya yang panjang macam gerabak keretapi ...Sememangnya memenatkan tetapi akan ku korbankan semua itu untuk membantu emakku dan terutama sekali abahku....Insan2 lain pula terlalu sibuk dengan tugas2 mereka..biarlah aku dan abah sajer yang menguruskannya...Kadangkala abahku meluahkan perasaannya yang hampir putus asa untuk melakukannya..Tapi aku sentiasa memberikan kata2 perangsang bahawa apa yang dilakukannya ini semua adalah amalan pahala yang banyak..yang membantu kita di kemudian hari..Ini juga adalah ujian dari ALLAH SWT untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA...Harap abahku tabah dalam mengharungi kehidupan ini....Entahlah...Semoga ALLAH memberi segala kekuatan dan kesabaran kepadanya...Amin ya Rabba Alamin..
Kenangan raya bersama abahku dan iparku...

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam