Tak sabar nak cuti panjang, nak balik kg suami....Kg suami sebenarnya kat Jeli Kelantan.... Seronok pergi kat sana sesekali....Aku suka dengan kehijauan bumi Jeli yang masih terpelihara dan tidak banyak dinodai lagi oleh manusia-manusia yang suka merosakkan bumi nih...Walaupun Jeli dianggap pedalaman namun aku gembira pabila berada di sana. Kg suami ku bernama Kg Kubur Datu..Menurut hubbyku dulu kg ini dipanggil kg Bunga Tanjung tapi camano tah boleh ditukar ke Kubor Datu...tak pasti....
Kat Jeli terdapat bayak kawasan air terjun dan sungai yang bersih dan belum lagi tercemar...(tapi tak tahulah tak lama lagi)... Antaranya yang aku dah pergi ialah Lata Janggut dan Air Terjun Kg Renyok yang masih asli dah belum dieksploitasi... Airnya begitu jernih dan sejuk...Almaklumlah air gunung dan terletak di dalam lingkungan Banjaran Tititwangsa...Suasana di situ sungguh mengasyikkan....dan mententeramkan jiwa ragaku....Aku terpana dan terkesima dengan ciptaan Ilahi...Begitu indah bak syurga dunia.....(agaknyer macam mana plak keadaan syurga plak mesti sangat mengagumkan)...Subhanallah berilah peluang kepadaku untuk menikmatinya lagi Tuhankuuu.
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Rabu, 28 April 2010
Jumaat, 23 April 2010
................
Lamanya tak menulis dalam blog ni....Tak sempat....Lagipun takder cerita menarik....Life aku simple...tak menarik dan glam cam org lain...
Langgan:
Catatan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam

-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sis menjalankan pengajaran pembelajaran di rumah (Pdpr) untuk 4 kelas matematik dan 2 k...
-
Hari tu masa datang Penang sempatlah aku singgah di IPGM KPP..yang dahulunya dikenali sebagai M4P...Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pina...