Ads

Ahad, 5 Januari 2014

Puding Kastard Jagung

Puding Kastard Jagung
Resepi ni asalnya daripada pelbagai sumber  blogger masakan. Dioalah2 sendiri dan begitulah hasilnya...Terima kasih semua..

Bahan-bahannya:
1 tin jagung krim manis. (apa2 jenama)
1 tin susu cair (apa2 jenis ler)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastard

Cara-cara membuatnya:
1.  Bancuhkan tepung kastard dengan air dan kacau hingga sebati.
     Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain sama.Kacau sehingga adunan sebati.
2.  Masakkan adunan itu tadi di atas dapur gas dengan menggunakan api yang kecil..
    Tunggu sehingga adunan menjadi kental dan berkilat.
3.  Kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai seperti talam atau loyang.
     (akak guna bekas plastik jer)
4.  Apabila puding udah sejuk, baru masukkan dalam peti ais. Setelah betul2 sejuk baru potong..
     hmmm  yummy..hehe..



 Akak punya puding biasa2 jer..Langsung tak menarik tapi rasany boleh tahan..hmmm yummyy..                                                                                            

Sabtu, 4 Januari 2014

Kek Batik Biskut Marie.

Kek  Batik Biskut Marie.



Baru ni buat semula kek batik biskut marie mudah jer... Di bawah ada foto2 dan resepi serta cara membuatnya..
Sedapnyer...




Yang telah dipotong




Resepinya:

1 peket biskut Marie 

1 ketul Buttercup
1 peket Milo saiz kecil
1 tin  kecil susu pekatapa2 jenama (aku pakai Dairy Champ)

Cara membuatnya:
1.        Cairkan buttercup dalam periuk atau sebaiknya kuali.
2.      Setelah cair masukkan susu  pekat dan milo, kacau sehingga sebati.
3.      Agak-agak dah sebati, masukkan biskut Marie yang dah dipatah empat.
4.     Kacau sehingga rata, sambil tu matikan api dapur gas anda.
5.      Sediakan talam atau bekas Tupperware leper( tipuware pun leh jgk.
6.     Alaskan bekas tersebut dengan plastic . (untuk menyenangkan anda ketika ingin    
m   mengeluarkan kek untuk dipotong nanti)
7.      Adunan tadi dimasukkan kedalam bekas tesebut dan mampatkan sampai rata dan elok.
8.      Sesudah itu, masukkan ia ke dalam peti ais untuk disejukkan.




9.     Selepas sejam, keluarkan untuk dipotong.

Popia Inti Kentang Bersama Lobak Merah

Popia Inti Kentang Bersama Lobak Merah

Hasil tak seberapa akak...akak memang tak pandai masak..uhukss



Bahan-bahannya:
Inti
3 biji ubi kentang ( dipotong dadu )
1 biji lobak merah ( dipotong dadu )
1 labu bawang besar  ( dipotong dadu )
Segenggam daging kisar (akak pakai Ramly punya)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu cili kisar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
4 sudu besar minyak
1/4 sudu gula
20 keping kulit popia  saiz besar


Inti yang telah siap di masak

Kulit popia yang digunakan
 Cara-cara membuatnya:

1. Kisar bawang merah,bawang putih, ikan bilis dan udang kering bersama. (kalau rajin tumbuk hancur)
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang telah dikisar bersama bawang besar yang telah di           dadu sehingga naik bau dan kelihatan garing.
3. Masukkan serbuk kari dan cili kisar.Kacau lagi sehingga garing.
4. Masukkan kentang dan lobak merah yang telah didadu serta daging kisar bersama. Dalam beberapa minit     masukkan 1-2 cawan air.
5. Masukkan garam, gula dan sedikit sebuk perasa.
6. Kacau sehingga agak kering. Kemudian angkat.
7. Ambil kulit popia dan letakkan inti. Lipat dan gulung secantiknya.
8. Setelah siap boleh terus digoreng dan dihidangkan sebagai minuman petang. (kalau takmo, boleh simpan       di dalam peti ais sebelum digoreng)


Setelah popia diisi inti dan digulung



Selamat
Mencuba!!



Bingka Tepung Perisa Pandan

Bingka Tepung Perisa Pandan- ambil resepi drpd blogger2 dan diolah2 sendiri...

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (akak pakai santan kotak 200ml + air)
2 cawan jus pandan (6 helai daun pandan, dikisar dengan 2 cawan air hingga hancur dan tapiskan)
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
Bijan untuk hiasan (akak tak letak sbb lupa nak beli)
sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna kuih

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar kecuali  bijan .
2. Kisarkan kesemuanya sehingga sebati.
3. Sementara itu pastikan  permukaan loyang telah disapukan dengan mentega.
4. Panaskan oven dengan bacaan 180 C
5.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan itu tadi.
6. Tabur sedikit bijan (akak tak buat ni sebab xde) dan  bakar dalam masa 1jam atau sehingga masak.
Guna api atas dan bawah. Untuk 10 minit terakhir guna api atas sahaja.Ini adalah untuk menggaringkan permukaan atas kuih...

                                                                    Selamat mencuba!!
                    Hasilnya walaupun agak tidak menarik tetapi mendapat pujian anak-anak...hehehe

Bingka Jagung Mudah

Bingka Jagung- ambil resepi drpd blogger2 dan diolah2 sendiri...



Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (akak pakai santan kotak 200ml + air)
1 tin jagung manis + 2 cawan air
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
1 sudu tepung kastard (kalau takde pun takper)
Bijan untuk hiasan
sedikit pewarna kuning untuk mencantikkan warna kuih (ak tak letak sebab takder huhu..tu yang pucat kuih tuh...huhu)

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar kecuali jagung dan bijan.
2. Kisarkan kesemuanya sehingga sebati.
3. Sementara itu pastikan  permukaan loyang telah disapukan dengan mentega.
4. Panaskan oven dengan bacaan 180 C
5.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan itu tadi.
6. Tabur bijan di atas permukaan adunan secukupnya sebagai hiasan.(akak tak buat ni sebab xde)
7.  Bakar dalam masa 1jam. dalam oven. Tunggu sehingga masak.
     Guna api atas dan bawah. Untuk 10 minit terakhir guna api atas sahaja.Ini adalah untuk menggaringkan           permukaan atas kuih...

Sekejapan jer habis..anak-anak  makan
                                               
                                              Selamat mencuba!!

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam