Ads

Ahad, 19 Oktober 2014

Kepulangan.....ke alam baqa'

Assalamualaikum.....sebelum ini pernah akak bercerita tentang kehilangan seorang ibu saudara akibat penyakit.. kanser payu dara...minggu lepas sehari sebelum raya ari tu plak...perginya tak akan kembali..yang si kakaknya...Allayarhamah Normah bt Md Shariff ibu saudaraku di sebelah bapa ke alam barzah akibat kerosakan hati serta jangkitan kuman dalam paru2...sempat melawatnya di hospital  2 hari sebelum tu...masih tidak kritikal dan boleh bercakap2 lagi...sempat bergurau senda lagi...
Gambar hiasan...


Dan seterusnya pula pada tanggal 16 /10/2014 perginya tak akan kembali bapa saudara di sebelah mak pula yang bernama ABD Rahman Bin Md Isa akibat penyakit Kanser usus... sejak mula mengetahui beliau ada kanser...lebih krg 2 tahun juga beliau bertarung dengan penyakit ini... Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan yang lain-lain...Isterinya yang begitu setia menjaga beliau ketika beliau sakit hingga ke nafas yang terakhir...akak sangat kagum dengan kekuatan fizikal mentalnya..dgn sokongan padu daripada kaum kerabat serta saudara mara yang lain..Alhamdulillah......semoga ALLAH SWT memberi ganjaran yang setimpal atas segala kebaikan yang dilakukan olehnya..Yang pergi tetap akan pergi ....suatu hari nanti kita juga pasti menyusul...cepat atau lambat, bila dan di mana ia tetap akan berlaku...hanya ALLAH sahaja Maha Mengetahui..Wallahualam.. sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam