Rabu, 16 Julai 2014

Puding Kastard Berkuah

Bulan Ramadhan macam2 tekak ni nak makan..Nampak itu nak makan...nampak ini nak makan..pendek kata apa sajer yang nampak semua kita nak telan..ganaznyer..hehe...Bulan Ramadhan tahun ni kak C'za mmg tak tengok bazar Ramadhan..Kalau tersinggah pun beli air jer..itupun nak dibawa ke rumah emak akak...selalu buat sendiri jer kat umah....Tahun ni akak memang masak jer...entohler..anak pun dah membesar ..karang kalau beli kang tak lari RM50 habezz..Lepas tu bukannya semua habez...tak ke membazir namanya...hihi ....
Hari tu akak tetiba teringin makan puding Kastard berkuah...walla  sedappnya makan ketika sojuksss...fuh..meleleh air liur plakss...semua bahan kebetulan ada..jadi apa lagi mehler buat hehe..



PUDING KASTAD
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula @ secukup rasa
Cara-Cara:
Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat..sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul2
Tuang dalam loyang @ bekas2 kecil. Sejukkan
KUAH
1 tin susu cair
2 tin air ( sy sukat ngan tin susu cair )
1 tin fruit koktel ( ambil buah shj )
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tepung kastad
Cara-Cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel. Masak atas api sekejap. Agak2 dan sebati terus tutup api dapur gas..Sedia untuk dihidang..Akak campurkan puding kastard ke dalam kuah tuh..Yang hitam2 kat atas tu akak tambahkan buah anggur memang syodapsss...sekali hidang licin..Alhamdulillah semua suka dan tiada berlaku pembaziran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini