Sabtu, 5 Julai 2014

Cream Puff Mudah

Sajer nak share.. Resepi diambil daripada  blogger masakan terkenal..Tq sesangat..
Hasil cream puff akak...bolehlah

Resepi Cream Puff
½ cawan butter (125g)
1 cawan tepung gandum (150g) diayak
1 cawan air (250ml)
4 biji telur dipukul dgn garfu sebentar.
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :

1. Oven dipanaskan dgn suhu 200 C.

2. Panaskan air + butter hingga mendidih.

3. Matikan api dan masukkan tepung, kacau hingga sebati.

4. Panaskan semula hingga tepung kelihatan kepingan nipis ditepi periuk.

5. Angkat periuk drpd api, masukkan telur dan dikacau segera hingga sebati...

6. Masukkan dalam piping bag dan paipkan btk bulat berbunga, di atas loyang yg dilapik parcment paper.
7. Bakar dalam oven 200 C utk 15 minit pertama. Turunkan suhu ke 170 C selama 20 minit lagi atau hingga kekuningan. Kalau masih tak rata kuningnya, off kan oven dan biarkan puff dlm oven hingga rata kuningnya.

Sos Kastard

Bahan-bahan :

2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 cawan susu
8 sudu gula
2 biji telur
2 sudu butter
sedikit pewarna dan esen vanilla

Cara membuat :

Masukkan sedikit susu dan kacau tepung hingga rata dan tiada berbintil. + baki susu dan bahan2 lain.
Masak atas api sederhana hingga pekat.
Jgn biar terlalu kental, kerana bila dah sejuk custard akan jadi lebih kental.
Sejukkan.
Belah Puff tadi dan sapukan custard atau gunakan nozzle dan dipaip ke dalam puff...

Puff sebelum dibakar..Pastikan renjis dengan air dahulu sebelum dimasukkan ke dalam oven...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini