Sabtu, 5 Julai 2014

Apam Nasi/Beras Mudah


Sajer jer akak nak share resepi ni...dibuat masa hari puasa yang kedua...sedap dan mudah...
 


















Apam nasi / beras 
Bahan-bahan & caranya :

Langkah 1 :
2 cawan nasi 
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan Air

*kisar nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi menjadi halus. Kemudian masukkan gula dan kisar lagi sampai sebati

Langkah 2 :
2 cawan Tepung Gandum
2 cawanTepung Beras
2 sudu kecil Yis (mauripan)
* 3 bahan digaul satukan.

Langkah 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunanlangkah 1 dan langkah 2 kacau hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (akak perap 2 jam jer)

Langkah 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil(minyakkan dulu bekas tuh..sikit jer) selama 15 minit. .

hidangkan dengan kelapa parut digaulkan dengan garam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini