Sabtu, 26 Julai 2014

Salam aidilfitri 1435 H

29 Ramadhan 1435H - Hari ni sudah  hari ke 29 muslimin muslimat berpuasa..Sekejap jer kan masa berlalu....sekejap jer kita dah sampai di penghujung Ramadhan yang mulia ini..sedih pulak Kak C'za nak berpisah dengan bulan yang penuh rahmat dan berkah ni... Apapun kak n famili sangat sempoi dalam membuat persiapan untuk menyambut bulan Syawal pada kali ini... serba sederhana..Namun begitu Alhamdulillah..segala pujian untuk ALLAH...kak C'za ucapkan dengan apa yng DIA beri untuk kami...bersyukur sangat dengan kehidupan ini yang lebih baik berbanding dengan orang lain...

Kini apa yang kak harapkan agar semua umat Islam kita bersatu dalam menentang musuh durjana yang kini sedang membuat penganiyaan kepada saudara seIslam kita di GAZA, SYRIA, ROHINGYAdan dimana sahaja umat Islam ditindas....Selain wang ringgit, doalah yang kita perlu kirimkan kepada mereka agar kemenangan berpihak pada mereka dan juga kita sendiri..suatu hari nanti..in sha ALLAH...

Tahun ini kak n famili beraya di Melaka...hari raya kedua baru pulang ke kg Mr Hubby di Kelantan...
Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH..

Akhir kata..kak C'za mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua insan yang beragama Islam...Semoga raya kali ini membawa keceriaan dan kasih sayang sesama kita..Amin...



#Pray for Palestinian...dan semua umat Islam yang sedang diuji ALLAH....Sesungguhnya segala ujian itu penuh hikmah yang tidak terperi daripada TUHAN kepada hamba yang dicintaiNYA...Wallahualam...ALLAHUAKBAR...

Rabu, 16 Julai 2014

Puding Kastard Berkuah

Bulan Ramadhan macam2 tekak ni nak makan..Nampak itu nak makan...nampak ini nak makan..pendek kata apa sajer yang nampak semua kita nak telan..ganaznyer..hehe...Bulan Ramadhan tahun ni kak C'za mmg tak tengok bazar Ramadhan..Kalau tersinggah pun beli air jer..itupun nak dibawa ke rumah emak akak...selalu buat sendiri jer kat umah....Tahun ni akak memang masak jer...entohler..anak pun dah membesar ..karang kalau beli kang tak lari RM50 habezz..Lepas tu bukannya semua habez...tak ke membazir namanya...hihi ....
Hari tu akak tetiba teringin makan puding Kastard berkuah...walla  sedappnya makan ketika sojuksss...fuh..meleleh air liur plakss...semua bahan kebetulan ada..jadi apa lagi mehler buat hehe..



PUDING KASTAD
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula @ secukup rasa
Cara-Cara:
Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana hingga likat..sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul2
Tuang dalam loyang @ bekas2 kecil. Sejukkan
KUAH
1 tin susu cair
2 tin air ( sy sukat ngan tin susu cair )
1 tin fruit koktel ( ambil buah shj )
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tepung kastad
Cara-Cara:
Satukan semua bahan kecuali fruit koktel. Masak atas api sekejap. Agak2 dan sebati terus tutup api dapur gas..Sedia untuk dihidang..Akak campurkan puding kastard ke dalam kuah tuh..Yang hitam2 kat atas tu akak tambahkan buah anggur memang syodapsss...sekali hidang licin..Alhamdulillah semua suka dan tiada berlaku pembaziran...

Sabtu, 5 Julai 2014

Kehilangan..setiap kehidupan pasti ada pengakhirannya

Hari ini akak merasa  sangat sedih.....Kesedihanku kerana  kehilangan ibu saudara yang dihormati akibat kanser payudara yang dihidapnya selama 2 tahun kebelakangan ini..Namun allahyarham telah merahsiakannya daripada kaum keluarga...akak pun baru tau bulan lepas..masa tau terus pergi melawatnya..ketika itu badannya pun sudah kurus akibat tidak berupaya untuk makan ...
Beliau menghembuskan nafas pada .terakhir7 Ramadhan 1435h.. bersamaan 5 Julai 2014 jam 4.47 pagi tadi.. Setelah beberapa jam Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini juga menghembuskan nafasnya yang terakhirnya pada jam 1.26 pagi.... Wajah beliau sangat tenang..dan sempatlah ku beri kucupan mesra untuk kali terakhir... Air mata menitis tanpa henti...Aku berdoa agar syurga menantinya di sana..Amin...
Semoga ALLAH menempatkan Allahyarham Norriah Md Sharif di kalangan orang2 yang beriman dan dirahmati olehNYA...In sha ALLAH....
Alfatihah buatnya....

Puding Roti Bersos Kastard

Ni yang kali ketiga buat...


Hari ni nak post resepi jer kat sini..nak hilangkan kesedihan di bulan Ramadhan yang mulia untuk tahun ni..Nanti akak akan ceritakan punca kesedihan itu selepas ni....kita tengok dulu resepi puding roti bersos kastard yang memang sedap dimakan sebagai juadah pencucui mulut...Kat bawah ada resepi dan puding yang akak telah cuba buat dulu.. Sajer jer nak kongsi bersama jika ada yang sudi melihatnya..huhu...


Yang akak buat kali kedua...walaupun agak hangus sikit ...memang sedap..berbaloi..

Ni kali pertama akak buat..huhu

Resepinya akak ambil daripada Buku Resepi chef terkenal Chef Hanieliza
Gambar: Resepi Pudding bersos Kastard...hihi...kak Norhaniza Mohamad...ikut buku resepi ni jo...huhu
Ni akak snap jer gambar daripada buku resepi Chef hanieliza..




Cream Puff Mudah

Sajer nak share.. Resepi diambil daripada  blogger masakan terkenal..Tq sesangat..
Hasil cream puff akak...bolehlah

Resepi Cream Puff
½ cawan butter (125g)
1 cawan tepung gandum (150g) diayak
1 cawan air (250ml)
4 biji telur dipukul dgn garfu sebentar.
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :

1. Oven dipanaskan dgn suhu 200 C.

2. Panaskan air + butter hingga mendidih.

3. Matikan api dan masukkan tepung, kacau hingga sebati.

4. Panaskan semula hingga tepung kelihatan kepingan nipis ditepi periuk.

5. Angkat periuk drpd api, masukkan telur dan dikacau segera hingga sebati...

6. Masukkan dalam piping bag dan paipkan btk bulat berbunga, di atas loyang yg dilapik parcment paper.
7. Bakar dalam oven 200 C utk 15 minit pertama. Turunkan suhu ke 170 C selama 20 minit lagi atau hingga kekuningan. Kalau masih tak rata kuningnya, off kan oven dan biarkan puff dlm oven hingga rata kuningnya.

Sos Kastard

Bahan-bahan :

2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 cawan susu
8 sudu gula
2 biji telur
2 sudu butter
sedikit pewarna dan esen vanilla

Cara membuat :

Masukkan sedikit susu dan kacau tepung hingga rata dan tiada berbintil. + baki susu dan bahan2 lain.
Masak atas api sederhana hingga pekat.
Jgn biar terlalu kental, kerana bila dah sejuk custard akan jadi lebih kental.
Sejukkan.
Belah Puff tadi dan sapukan custard atau gunakan nozzle dan dipaip ke dalam puff...

Puff sebelum dibakar..Pastikan renjis dengan air dahulu sebelum dimasukkan ke dalam oven...

Apam Nasi/Beras Mudah


Sajer jer akak nak share resepi ni...dibuat masa hari puasa yang kedua...sedap dan mudah...
 


















Apam nasi / beras 
Bahan-bahan & caranya :

Langkah 1 :
2 cawan nasi 
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan Air

*kisar nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi menjadi halus. Kemudian masukkan gula dan kisar lagi sampai sebati

Langkah 2 :
2 cawan Tepung Gandum
2 cawanTepung Beras
2 sudu kecil Yis (mauripan)
* 3 bahan digaul satukan.

Langkah 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunanlangkah 1 dan langkah 2 kacau hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (akak perap 2 jam jer)

Langkah 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil(minyakkan dulu bekas tuh..sikit jer) selama 15 minit. .

hidangkan dengan kelapa parut digaulkan dengan garam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini