Jumaat, 13 Jun 2014

Aiskrim Vanilla Coklat HomeMade


Hari ni akak cuba menghasilkan aiskrim buatan sendiri. Aiskrim ini berperisa vanilla dan coklat...Akak ambil resepi ni daripada Facebook melalui Group Resepi Ringkas...memang best group ni..Kengkawan semua pandai masak...Akak ni apalagi menumpang resepi jerlah...Terima kasih kepada rakan2 yang menyumbang resepi di situ..Semoga ALLAH membalas segala kebaikan kepada anda semua...amin

Resepi Aiskrim HomeMade Vanilla Coklat

Sebelum dibekukan..Nanti akak masukk gambar yg dah beku kemudian yer...hehe

 Bahan-bahannya;

3 cawan susu fullcream Dutch Lady/ Susu Segar
3/4 cawan atau    cawan susu pekat (optional)..terpulang kepada kemanisan yang anda inginkan..
1 biji kuning telur
2 sudu besar ovallate
2 sudu kecil esen vanilla +1 sk  serbuk vanilla
2 sudu besar serbuk coklat atau2 sudu kecil Emulco coklat


Cara membuatnya;

1. Satukan bahan-bahan di atas kecuali serbuk coklat dengan mengisarnya menggunakan blender sehingga kembang dan gebu.

2. Keluarkan separuh daripada adunan dan masukkan ke dalam bekas lain atau jag.

3. Masukkan serbuk coklat dalam adunan di dalam blender dan kisar sampai sebati.

4. Sediakan satu bekas bersih.. Masukkan adunan selang seli antara vanilla dan coklat ke dalam bekas tersebut... Taburkan dengan colkat rice sebagai hiasan..

Mudahkan...Selamat mencuba
                                                      Ni ha hasilnya..memang best....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini