Jumaat, 14 Februari 2014

Hujan...oh hujan...

Dah lama tak turun hujan...Panas betul bumi Melaka..Ujian ALLAH agaknya.....Sudah beberapa lama tak hujan...Hari ni tetiba plaks hujan turun..tapi sekali lalu...jer..sekejap sangat..Namun begitu..Alhamdulillah akak..ucapkan...dah lama tak der hujan..rindu pulak akak kepadanya..hehe...

Ari tu masa Tahun Baru Cina akak sekeluarga  balik ke rumah mertua di kelate kawasan Jeli pun ...tak hujan...tapi malam sampai ke pagi memang  suasananya sejuk kat sana... sampai 17 darjah selsius...sejuk gilerrrr...tak pernah hadapi sejuk cemtu..bila dapat peluang baru tahu ..tergigil2 dibuatnyer...macam dalam penghawa dingin dikss...Alhamdulillah dapat merasa dalam suasana cemtu....apalagi sebelum ni tido tak pernah berselimut berebut rebut selimut satu famili...tidur semua nak berbungkus...sib baik mek banyak simpan selimut kat umah dier..hehe..Pergh..kalu nakmandi plaks..mmg sejuk amt..tambah2 lagi rumah mek guna air bukit...fuyyo..terketar2 dibuatnyer...memula mandi jer..tapi bila dah mandi seronok plakss..segar sangat...hehe...memnag best pengalaman selama 4 hari 3 malam kat sana...
kat bawah gambar kenangan di Jeli Kelate...di waktu pagi berkabus..wooo..hehe


Masa ni pukul lapan...sejuk woo..tgk suhu kat dalam kete ak ader...Tu yang tahu tuh..hihi...

Selasa, 11 Februari 2014

Bingka Jagung


Bakar dengan oven akak.. cemnilah hasilnyo..
Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan (akak pakai santan kotak 200ml + air)
1 tin jagung manis + 2 cawan air
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
1 sudu tepung kastard (kalau takde pun takper)
Bijan untuk hiasan
sedikit pewarna kuning untuk mencantikkan warna kuih

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar kecuali jagung dan bijan.
2. Kisarkan kesemuanya sehingga sebati.
3. Sementara itu pastikan  permukaan loyang telah disapukan dengan mentega.
4. Panaskan oven dengan bacaan 180 C
5.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan itu tadi.
6. Tabur bijan di atas permukaan adunan secukupnya sebagai hiasan.(akak tak buat ni sebab xde)
7.  Bakar dalam masa 1jam. dalam oven. Tunggu sehingga masak.
    Guna api atas dan bawah. Untuk 10 minit terakhir guna api atas sahaja.Ini adalah untuk menggaringkan        permukaan atas kuih...

Bluberry cheese tart

Percubaan pertama kak C'za...agak teruk..tidak kemas..tapi rasa mmg sodaplah..kwang3x



Kek Coklat Moist


Buat semasa cuti Tahun Baru Cina dan di bawa makan dalam perjalanan untuk pulang ke Kelate...
 Kek coklat moise...bakar punyer..
Setelah 'topping'

Resepi sahabatku kak Hamidah Mohni...Tq kak

Bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh krim tartar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(bahan-bahan di atas diayak sekali)

Bahan B
1 ketul butter
4 biji telur
1 1/2 gula kaster
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan air sejuk

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul butter bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul bersama adunan tadi.
  2. Masukkan susu cair pula dan kacai sehinnga sebati.
  3. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan A..Sambil itu, air pula..pukul sampai sebati.
  4. Setelahitu, sediakan loyang sederhana dan alaskan dengan kertas khusus untuk kek. (aku guna A4 jer). sapukan mentega pada lapisan kertas dan loyang tersebut.
  5. Kukus dalam periuk dalam tempoh 40-60 minit). (Kalau nak bakar,masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu).
  6. Setelah masak.. sejukkan dahulu...
Untuk Topping:
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan gula

Cara-caranya:
  1. Bahan di atas di campur sekali dan dikacau sampai rata.
  2. Setelah sebati, masakkan ia di atas api yang kecil secara double boiling. Kacai sehingga berkilat.
  3. Tuangkan di atas kek yang telah siap di kukus atau dibakar. sapukan ke atas kek dengan rata dan cantik.
  4. Kemudian taburkan coklat urai atau badam. Terpulang kepada kekreativitian anda...
  5. Sesuai dihidangkan untuk minum petang dan di pagi raya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini