Ads

Jumaat, 17 Mei 2013

Emakku...

Dah hampir 2 bulan emakku dimasukkan ke hospital...aku juga berulang alik ke hospital hampir setiap hari...Agak penat..tambahan pula kandungan di dalam perutku ini sudah 8 bulan...Tetapi kugagahkan juga demi seorang emak...Apa lagi buaku yang oleh kulakukan..hanya membantu sedaya upaya yang ada...setakat makan pakainya...dan membersihkan apa yang sepatutnya kekotoran yang ada padanya...

Emakku telah dibedah pada bahu tangannya sebanyak 2 kali..Kali pertama dikatakan ada nanah dan darah kotor disitu dan tulang tangan terkeluar daripada tempatnya...wallahualam..aku pun bkn pandai sangat biologi dan atomi badan manusia...Kali kedua dikatakan...tulang tu tak kena pada tempatnya....Darah juga  dikhabarkan  kurang....bacaan diabetes juga tidak menentu...MasyaALLAH...Emakku menangis2 sakit..Aku hanya boleh menyabarkannya sahaja..Semua ini ujian YG MAHA ESA kataku...Harap emakku kuat.. Kasihan dia..

Abahku juga tak tentu arah hidupnya.....makan pakai semua diuruskan sendiri...Tambahan lagi dia berulang alik melawat emakku setiap hari..harap dia tabah... Aku selalu berdoa pdNYA agar mempermudahkan urusan kedua ibu bapaku dan ibu mertua yg amat dikasihi...semoga ALLLAH memakbulkannya..AMin

"Rabbighfirli waliwalidayya warhamhumakama rabbayanishagiran"

Ertinya: "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku,kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil".



Selamat Hari Pendidik (Guru)...2013


Walaupun agak terlewat untuk aku mengucapkannya...Tetapi ingin juga  aku mengucapkan selamat hari pendidik atau hari guru kepada semua guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, para pensyarah, guru silat, guru memasak, dan apa juga yang bersifat mendidik manusia berubah daripada tidak tahu kepada tahu di muka bumi ALLAH ini.......hehe...Kepada guru-guru yang telah mendidik ku selama ini dari ku kecil hingga ku bergelar guru..Semoga ALLAH jua yang membalas segala jasa anda dalam mendidikku..
Kepada guru-guru dan para pensyarahku yang telah pergi mendahului diri ini menemui ILAHI...Semoga ALLAH menempatkan roh kalian ditempat yang sebaik-baiknya di alam sana...

Terima kasih cikgu....

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam