Ahad, 29 Disember 2013

Orientasi Tahun 1 2014..hmm...macam2

Semalam di sekolah akak, berlangsungnya program  Orientasi dan Transisi Tahun 1,  2014..Seramai 180 orang yang mendaftar untuk tahun 1 tahun ini...Selepas pendaftaran penempatan, ada taklimat mengenai KSSR, Bijak Sifir, Ujian Diagnostik dan penempatan semula berdasarkan ujian diagnostik, serta pembayaran yuran..Ada 5 kelas semuanya...Akak memegang kelas kedua yang dinamakan Gemilang...Setelah penempatan dibuat, ada mak bapak yang gembira dan ada yang dukacita...Gembira sebab anak masing-masing masuk kelas pertama dan yang berasa sedih sebab anak2nya masuk kelas kedua hingga kelas  terakhir...Frust sgt tak dapat masuk kelas pertama...

Wahai para ibu bapa ingin diingatkan, bahawa anak2 ni masih terlalu awal kita nak buat penilaian...Mereka tu antara sedar atau tidak jer, first time datang ke sekolah...Tiba2 nak kene jawab periksa...nervous tau..masih terpinga2...Anak akak dulu si Along dan Si Angah, masa diorang masuk Tahun 1,seorang pun tak masuk kelas pertama,semuanya kedua...Ada akak kisah!!!..memanglah sedihkan..tp nak buat macam mana...kita kena optimis..yang markah tinggi mesti masuk kelas baguskan !!...Tak semestinya kelas kedua atau seterusnya tak bagus...Kadangkala cikgunya lagi bagus tau mengajar!!

Pengalaman tahun2 sudah ramai murid2 kelas yang bawah2 lompat naik atas berdasarkan penyaringan atau pentaksiran akhir tahun...Memang tak diduga ada yang seronok sangat kat atas..tetiba jatuh menjunam...Apalagi ada jer ibu bapa tak puas hatilah dan ...lagi2 cikgu jugak yang di salahkan....hmmm dunia akhir zaman ni..mak bapak lebih pentingkan nama, darjat dan keduniaan untuk anak jer..tp bukanlah semua ..ada yang bagus..didik anak mereka seimbang dunia akhirat.. Alhamdulillah ...dan ada yang dapat menerima kekurangan anak dan sentiasa berusaha untuk buat terbaik untuk anak masing2...Tahniah..Anak ini diibaratkan seperti selembar kain putih yang suci bersih...Kitalah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya...Guru2 juga sebagai pembantunya..hmm kannn..

Berbalik kepada orientasi tersebut, penat bebeno rasanya...dah lama bercuti..hehe...Semasa penerimaan bayaran keperluan sekolah...dalam tak sedar hampir pukul 2 ptg dah..Bila turun kelas...Alamak!!!! Rupa2nyer aku seorang jer yang tinggal..hahaha...yang lain semua dah balik...x sedar diri mengutip pembayaran ibu bapa tuh..hehe..sampai pening2 kepala mengira duit....hmm itulah pengalaman yang dikutip untuk Orientasi 2014 ni..hehe Tahun depan anak akak lakss ..masuk tahun 1..Si Nina tulah..x sabar2 dier..hehe..Kat bawah ada sedikit foto semasa berlangsungnya program tersebut..Kredit untuk Puan Rohana GPK PK Khas yang sudi ambil gambar..dan akak cilok jer dari FB dier...yeehaa..Adiosss...
GB yang dihormati membuat ucapan...

Ramai ibu bapa yang hadir..tahniah

Pn Nor Saadah memnag pakar dalamKSSR menjalankan taklimat

Para ibu bapamendengar taklimat 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini