Ads

Khamis, 26 September 2013

Nasi Tomato Ala Kak C'za

Hari ni kak C'za teringin bebeno nak masak nasi kegemaranku iaitu nasi tomato...Akak memang gemorkan nasi tomato..Bkn akak jer yang gemorkan nasi ni malah seisi keluarga juga...selalu kalau nak makan nasi ni..senang jer pergilah kat pasar malam mana-mana, berlambak orang jual nasi tomato tu...Tapi memandangkan kak C'za cuti,maka elok bebenolah akak sendiri jer yang masak..isk..isk... tetiba jer terasa nak ubah panggilan aku ni kepada akak..hehe memandangkan usia pun da lanjut...Ok....berbalik  kepada nasi tomato tadi..akak pun survey ler kat internet terutamanya blog2 resepi yang terkenal untuk mencilok resepi nasi tomato ini...akhirnya dari pelbagai resepi tu akak olah jadilah resepi nasi tomato akak sendiri..kikiki... Resepi Nasi Tomato Kak C'Za ada kat bawah...Gambar pun ada sekali...





Resepi Nasi Tomato Kak C'Za
 Bahan-bahan  A (untuk nasi tomato dlm 5 orang makan)

2 1/2 pot beras siam Cap Pisang (hehe...beras kegemaran akak)
4 sudu besar tomato puree
1 cawan susu cair
1 labu bawang besar hiris halus
2 biji bawang putih
1 btg kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
segenggam kismis
2 sudu besar planta
2 helai daun pandan

Bahan-bahan B (untuk Ayam Masak Merah)
1 ekor ayam sederhana (basuh dan goreng cam biasa /lumur kunyit dan garam)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (dihiris  bulat-bulat)
6 sudu cili merah yang sudah dikisar
2 btg serai
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu tomato puree
1 sudu sos tiram


Bahan-bahan  ( untuk acar mentah)
1/2 biji buah nenas separuh masak
1/biji timun
1 labu bawang besar
5 sudu cuka
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan planta dalam kuali...Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih bersama bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris..hingga naik baunya dan garing.
3. Masukkan beras dalam periuk nasi. Masukkan sekali tomato puree, susu segar, garam seukup rasa, serta bahan tumisan tadi bersama, kismis serta daun pandan yang telah disimpul. Letakkan air mengikut citarasa anda...Masakkan serta pastikan ia sentiasa dikacau rata. Tunggu sehingga nasi betul2 masak elok..

Ayam Masak Merah

 Ayam:-ayam yang telah dibasuh, ditoskan, dilumur garam dan kunyit serbuk dan digoreng macam biasa tapi  jangan terlalu garing

1.  Panaskan minyak masak.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia yang telah dikisar. bersama serai.Tunggu hingga naik baunya dan garing.
2. Masukkan cili kisar, kacau hingga naik minyak,
3. Kemudian, masukan sos tomato, sos cili, tomato puree, sos tiram, garam secukup rasa serta ajinomoto         sedikit. Kacau sampai naik minyak. Masukkan sedikit gula dan sedikit air.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau hingga sebati dan kuah agak likat.
5. Sedia untuk di hidang bersama nasi tomato. Boleh di hias dengan hirisan daun sup.

Acar Mentah

1. Timun, bawang besar dan nanas, dan lada merah dipotong-potong kecil.
2. Masukkan 5 sudu cuka, gaul juga bersama gula dan garam serta sedikit serbuk ajinomoto.
3. Gaulkan lagi hingga sebati. Sedia untuk dihidang bersama nasi tomato..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam