Ads

Khamis, 26 September 2013

Resepi Daging Masak Kurma

Minggu lepas pula akak dah belajar masak kurma daging, memandangkan along dan Mr Hubby agak menggemarinya...selalunya kak C'za beli jer yang dah siap masak, kat kantin sekolah... Tapi memandangkan cuti panjang Kak C'za belum habis, maka dengan relanya akak masaklah sementara masa masih ada, dan bahan-bahan pun gamaknya cukup...Kat bawah ada resepi yang akak survey di internet dan diolah serba sedikit serta hasil yang kak C'za dah buat.  hihi..

Wpun rupanya x menarik tp rasanya sedap tau...huhuhu..


Bahan-bahannya:

1 kg daging dipotong kiub
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4-5 sudu rempah kurma apa2 jenama ( Akak pakai ADABI sebab suami ak beli jenama yang ini)
1 biji tomato dibelah empat
2 biji ubi kentang dibelas empat
2 biji lada merah dipotong 4 tanpa putus
1/2 kg santan yang telah diperah
Garam secukup rasa dan
sedikit ajinomoto

Bahan yang perlu dikisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia

Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak dalam  periuk
2. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang serta tumiskan sehingga naik baunya.
3. Masukkan pula  bahan yang telah dikisar kacau sehingga tumisan menjadi garing.
4. Kemudian masukkan pula rempah kurma dan sedikit air...kacau sehingga rata.
5. Selepas itu, masukkan daging dan masak sehingga daging menjadi empuk, masukkan sekali ubi kentang dan biarkan ia menjadi lembut.
6. masukkan pula lada merah yang telah dipotong 4 tanpa putus tadi.
7 Tuangkan santan dan masukkan garam dan sedikit ajinomoto.
8. Akhir sekali masukkan tomato. Apabila masak siap untuk dihidang.




  • Sumber Kak C'za perolehi dari: http://www.resepimudah.com/daging-masak-kurma/#ixzz2eh9hmveK

    terima kasih banyak...

    Nasi Tomato Ala Kak C'za

    Hari ni kak C'za teringin bebeno nak masak nasi kegemaranku iaitu nasi tomato...Akak memang gemorkan nasi tomato..Bkn akak jer yang gemorkan nasi ni malah seisi keluarga juga...selalu kalau nak makan nasi ni..senang jer pergilah kat pasar malam mana-mana, berlambak orang jual nasi tomato tu...Tapi memandangkan kak C'za cuti,maka elok bebenolah akak sendiri jer yang masak..isk..isk... tetiba jer terasa nak ubah panggilan aku ni kepada akak..hehe memandangkan usia pun da lanjut...Ok....berbalik  kepada nasi tomato tadi..akak pun survey ler kat internet terutamanya blog2 resepi yang terkenal untuk mencilok resepi nasi tomato ini...akhirnya dari pelbagai resepi tu akak olah jadilah resepi nasi tomato akak sendiri..kikiki... Resepi Nasi Tomato Kak C'Za ada kat bawah...Gambar pun ada sekali...





    Resepi Nasi Tomato Kak C'Za
     Bahan-bahan  A (untuk nasi tomato dlm 5 orang makan)

    2 1/2 pot beras siam Cap Pisang (hehe...beras kegemaran akak)
    4 sudu besar tomato puree
    1 cawan susu cair
    1 labu bawang besar hiris halus
    2 biji bawang putih
    1 btg kulit kayu manis
    4 biji buah pelaga
    5 biji bunga cengkih
    2 biji bunga lawang
    segenggam kismis
    2 sudu besar planta
    2 helai daun pandan

    Bahan-bahan B (untuk Ayam Masak Merah)
    1 ekor ayam sederhana (basuh dan goreng cam biasa /lumur kunyit dan garam)
    5 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 labu bawang besar (dihiris  bulat-bulat)
    6 sudu cili merah yang sudah dikisar
    2 btg serai
    2 sudu sos tomato
    2 sudu sos cili
    2 sudu tomato puree
    1 sudu sos tiram


    Bahan-bahan  ( untuk acar mentah)
    1/2 biji buah nenas separuh masak
    1/biji timun
    1 labu bawang besar
    5 sudu cuka
    garam dan gula secukup rasa


    Cara-cara membuatnya:

    1. Basuh beras dan toskan.
    2. Panaskan planta dalam kuali...Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih bersama bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris..hingga naik baunya dan garing.
    3. Masukkan beras dalam periuk nasi. Masukkan sekali tomato puree, susu segar, garam seukup rasa, serta bahan tumisan tadi bersama, kismis serta daun pandan yang telah disimpul. Letakkan air mengikut citarasa anda...Masakkan serta pastikan ia sentiasa dikacau rata. Tunggu sehingga nasi betul2 masak elok..

    Ayam Masak Merah

     Ayam:-ayam yang telah dibasuh, ditoskan, dilumur garam dan kunyit serbuk dan digoreng macam biasa tapi  jangan terlalu garing

    1.  Panaskan minyak masak.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia yang telah dikisar. bersama serai.Tunggu hingga naik baunya dan garing.
    2. Masukkan cili kisar, kacau hingga naik minyak,
    3. Kemudian, masukan sos tomato, sos cili, tomato puree, sos tiram, garam secukup rasa serta ajinomoto         sedikit. Kacau sampai naik minyak. Masukkan sedikit gula dan sedikit air.
    4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau hingga sebati dan kuah agak likat.
    5. Sedia untuk di hidang bersama nasi tomato. Boleh di hias dengan hirisan daun sup.

    Acar Mentah

    1. Timun, bawang besar dan nanas, dan lada merah dipotong-potong kecil.
    2. Masukkan 5 sudu cuka, gaul juga bersama gula dan garam serta sedikit serbuk ajinomoto.
    3. Gaulkan lagi hingga sebati. Sedia untuk dihidang bersama nasi tomato..


    Jumaat, 6 September 2013

    Assalamualaikum...salam Jumaat... Semakin tua dah aku...dalam menempuh ranjau kehidupan ini sebelum kembali kepada Yang Maha Pencipta di suatu ketika nanti...uhukss

    Dah 2 bulan aku bercuti...tinggal sebulan lagi cuti bersalin aku...hmmm...seronok bercuti lama2 ni...menguruskan rumahtangga dan anak2 sajer...setiap hari aku masak...x macam masa bekerja..asyik membeli jer... Tambahan pula sejak minyak naik ni...lagilah aku kena memasak... Mr Hubby kata jimat cermat mulai sekarang ..almaklumlah segala barang sekarang semuanya mahal....ini ekoran daripada kenaikan harga minyak baru-baru ni...

    Ari ni ha...sedih betul aku dalam nak berjimat-cermat...si angah pulak hilang duit dia yang  nak dibayar pada cikgu untuk pergi rombongan iaitu sebanyak RM30...Walaupun tak banyak tapi ralat jugalah...cian dia nak epi2 pegi rombongan tapi duit da kena rembat....Aku nak gantikan pun malass da...Cuai sangat...bagi org rembat sapa suruh...dia letak dalam beg...bila nak bagi cikgu, duit da takde..(pasti ada toyol dtg rembat)..kecewa betul dia..tapi dia tak mo plak mengadu ngan cikgu dia... malu kunun...aissh.. susah betul kalu pemalu sangat nih..huhu.... Suka ati angahlah...da nasib angah macam tu...anggaplah takde rejeki...uhukkks..

    Berbalik kepada kenaikan minyak..memang ramailah tak berpuas hati...almaklumlah kalau da minyak naik harga...sekaligus dengan segala bagai barang ikut sekali naik harga betul tak.? sedih bebeno rasanya memikirkan diri ini apatah lagi golongan bawahan lain yang terpaksa memikul beban kenaikan harga barang ini...Aku ni dahlah sedang berjimat untuk buat renovate rumah kedua ni...alamaknya...lambatlah lagi nak duduk rumah baru tuh...dah semua naik, batu, simen, kayu, besi dan seangkatan dengannya pastilah  naik harga... Kalau zaman sekarang beli rumah lagi rugi..mahal betul, ni nak naik 10 % lagi harga rumah...mak aiii...nasib baik aku dah beli dua biji umah sejak awal2 lagi...masa tu  masih murah lagi... fuhh.. kalu skarang nak beli aku hanya mampu beli reban ayam atau kandang kmbing  jer kot..hehe..Almaklumlah gaji kecik...Apapun syukur ...Alhamdulillah...

    woiit  kak C'za dan membebel melalut2 dah ni..huhu...dah...aku nak bagi anak2 aku makan...deme dah lapor...alongnya aku dah bekalkan nasi tadi ..dia da pi sekolah agama...lain masa aku menulis lagi...sayonara...kikiki...jumpa lagi

    Isnin, 2 September 2013

    Lagu Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang [M4P]



    Cari-cari lagu maktab akhirnya jmpa jga kat youtbe...Terima kasih kepada uploader...Jasamu akan ku kenang selamanya...Pencipta lagu ni ialah Pn Hjh Siti Hajar Maria juga amat ku kenali. Ini kerana aku telah menyertai pasukan nasyid maktab untuk tahun 1997 kalau tak silap. Memang kami belajar menyanyi lagu-lagu  ciptaan beliau.. Hebat sangat ilmu muzik beliau. Kalau main piano tu memang bestlah bunyinya. Lagu ciptaan beliau ini sentiasa mengingatkan saat2 manis menuntut ilmu di sana...Sangat menyeronokkan...semoga para pensyarah, rakan2 dan sahabat seperjuangan akan sentiasa sihat walafiat...manakala bagi pensyarah rakan2 yang sudah 'mendahului' diri ini..semoga kalian dirahmati ALLAH dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Aamiin 

    Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam