Isnin, 19 Ogos 2013

Syawal 1434 h

Agak lama juga aku tak mencecer dalam blog ni...almaklumlah sibuk jaga baby dan berpantang..tapi berpantang sendiri ...faham-faham jerlah ...suka ati den yolah...makan pun suko ati den jer nak makan apapun...Tambah lagi dalam bulan Syawal ni..orang beraya pun aku nak beraya jugak...makan ketupat, rendang, lontong, kuah kacang bagai..semua aku hentam...yang teruknya babylah..asyik kembung jer..sebab menyusu badan...cian dia...Nur Zara Adelia sudah hampir sebulan usianya..Semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat ...Amin

Di bawah gambar Zara dan kakaknya Dina....
Nur Zara Adelia dan Nur Syaza Irdina...


Kakak yang sangat sayangkan adiknya...




Di kesempatan ini juga, walaupun dah terlewat, tapi aku ingin jugaklah mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat di bumi ALLAH SWT ini...Semoga bergembira hendaknya... kepada insan2 yang sedang diuji ALLAH..semoga sabar menghadapi dugaan hidup ini.. Kepada mereka yang teraniaya..terutamanya..muslimin dan muslimat di..Syria, Mesir, Gaza Palestin, Rohingya dan di mana2 sahaja...semoga ALLAH sentiasa melindungi kalian...Kepada yang telah gugur..di medan perjuangan...sesungguhnya kesudahan yang baik untuk anda..Insya ALLAH....Rahmat dan hidayat ALLAH sentiasa mengiringi disepanjang hidup kalian...

Aku sentiasa mengingatkan diriku dan anak2 supaya jangan terlalu bergembira dengan nikmat kehidupan yang ada...ia tidak akan berkekalan...jika diuji Tuhan,  bersabar dan redho adalah ubatnya...Sentiasa ingatkan kesusahan orang yang lain..dan bantu selagi mampu....Jika tiada kemampuan tenaga dan wang ringgit, cukuplah sekadar berdoa akan kesejahteraan mereka... Semoga kita sesama Islam sentiasa dalam perlindungan ALLAH...Amin...


Islam akan sentiasa beroleh kemenangan...Insya ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini