Selasa, 2 April 2013

Janji ALLAH pada kita...

sekadar hiasan...kawasan perkuburan Islam


Sebagaimana janji ALLAH kepada kita manusia antara makhluk  ciptaanNYA ialah yang hidup pasti akan mati...Tidak kira kita seorang yang hebat atau kuat pasti kita akan diambil olehNYA semula kerana kita adalah milikNYA yang hakiki...Begitu juga dengan makhluknya yang lain..Masti itu pasti..Hidup Insya ALLAH
Minggu lepas, terdengar lagi khabar berita suami sahabatku yang amat kukenali telah pergi meninggalkan alam yang sementara ini dalam usia 38 tahun...Aku mengenali Allayarham sementelah dia adalah pelatih yang sama maktab denganku, manakala isterinya pula rakan sekelasku di maktab dahulu...Beliau dikhabarkan ada masalah jantung dan tekanan darah tinggi... Wallahualam...Beberapa hari lepas beliau masih lagi memberi komen dalam wall FBnya...Itulah kita manusia tidak tahu tarikh kematian kita...Sampai masa tidak lebih atau kurang sesaatpun kematian pasti menjemput kita..Apapun alfatihah..kepada beliau...Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati ALLAH SWT..
Semoga mati kita juga dalam keadaan kita beriman padaNYA lah hendaknya...Amin..

1 ulasan:

  1. Alfatihah.......smoga ditmptkn diklgn org2 beriman.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini