Ads

Isnin, 19 November 2012

Kejayaan...

Semua orang memang mengimpikan kejayaan...sama juga seperti aku...Ingin berjaya dalam kehidupanku dunia dan akhirat...Anak-anakku pula  masih belum nampak lagi mereka  dalam mengejar kejayaan itu...Walaupun umur mereka sudah melebihi 10 dan 9 tahun masih lagi ku tidak nampak kelibat  untuk mereka inginkan kejayaan itu terutamanya dalam pelajaran ...Sedangkan aku terhegeh-hegeh dalam pencarian kejayaan untuk anak-anakku itu...Kadangkala aku mencari apakah kesilapan dalam diri ini  sehinggakan tidak dapat menyedarkan mereka itu dalam mencapai kejayaan yang diharapkan.....Mungkin mereka tidak faham atau masih belum mampu mencapai kejayaan itu...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Melihat kejayaan anak rakan-rakan sungguh meruntun kalbuku..Bertuah sungguh mereka..Diharap anak-anakku akan sedar suatu ketika nanti tentang kemanisan mencapai kejayaan..Amin ..Semoga kejayaan juga akan mengiringi ku dan mereka nanti..Insya ALLAH ...
Credit drpd FB: Gambar penerima kecemerlangan 5A...Tahniah

Apapun..aku secara peribadinya ingin mengucapkan tahniah buat rakan-rakan pendidik tahun 6 Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput yang berjaya mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2012 yang baru berlalu...Seramai lebih 160 orang pelajar telah mengambil peperiksaan tersebut dan 36 orang berjaya memperolehi keputusan  5A...Walaupun cikgu tidak mengajar kamu di tahun 6,(ngajar maser tahu 1 jer), tapi cikgu amat berbangga dengan kamu semua...Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi disepanjang hidupmu...Amin

Insan yang terpilih...

Syahid Attia Mubarak , 55 tahun keluar utk melaungkan azan..dan pulang sebagai syahid..

Sumber: Palestin,(.Tenangnya..seakan2 senyum ..Alfatihah)

Apabila melihat sahaja Laman Muka Buku, hati ini tersentuh melihat banyak betul gambar-gambar mangsa kekejaman di Gaza, yang dikongsi oleh rakan-rakan FB terutamanya kanak-kanak yang comel terbunuh, kaku dan hanya tinggal jasad sahaja ..Apakan daya  kekejaman ini masih berleluasa akibat daripada kebodohan dan keegoan regim israel yang angkuh dan sombong...Sesungguhnya, hati mereka sudah hitam dan tiada lagi sisa-sisa kebaikan yang tinggal...Wahai kafirun...wahai manusia yang terlaknat..wahai manusia yang lupa diri...sesungguhnya sudah ada bahagian kamu di 'sana' nanti....Kesudahan yang buruk akan menunggu...apabila kamu mati nanti..Sesungguhnya insan yang kamu hina, sakiti dan kau rengut nyawa mereka itu juga sudah ada bahagian mereka  di'sana'..Namun begitu mereka adalah manusia-manusia yang beruntung kerana menemui kesudahan yang baik di hari akhir mereka...
kredit drpd FB: Terguris hatiku...



Kita yang hidup ini teruskan kehidupan dan berdoa agar kita semua dilindungi ALLAH SWT...Alfatihah juga bagi mereka yang telah 'mendahului kita' dalam perjalanan berhijrah kehidupan yang sementara ini terutamanya insan-insan  di GAZA Palestine..Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka...Amin..

Khamis, 15 November 2012

Salam Maalhijrah 1 Muharam 1434 H

Salam Maalhijrah buat kaum muslimin dan muslimat...Semoga kita mencapai kejayaan dunia dan akhirat..Insya ALLAH..Amin.

Rabu, 14 November 2012

Adam & Hawa [Episod 1-45] (Watch Online)

Adam & Hawa [Episod 1-45] [Watch Online Download Link] - Get Movie




Sekarang ralit tgk cerita ni (Adam Dan Hawa)dekat t  blog Zealot Download nih....Macam2 cerita ada kat sini..Thanks ya kawan...dapat juga merasa tgk cerita macam2...hehe Almaklumlah aku tak berlanggan pakej Mustika tuh..Mr Hubby tak mau..hihi...Aku tak pernah pun baca novel si Aisya Sofea  nih..Bila dah diadaptasikan ke drama baru tau...Pernah  tengok2 jer sinopsis cerita ni kat kedai buku..Sebab aku tak minat sangat kisah-kisah cinta lho ni...Lagipun aku takder maser nak baca novel macam dulu..(tapi bila novel keluaran Ramlee Awang Murshid yang terbaru keluar aku ada maser plakss)..kikiki.
 Cerita ni aku pasti semua dah tau..rakan sekolah aku pun heboh cerita pasal drama ini...Kisah antara Adam(Adam Mukhriz) yang dilakonkan oleh si Aron Aziz (kerjanya pilot)dan Hawa(Ain Hawani)(seorang lepasan SPM yang cemerlang.) yang dilakonkan oleh Nadiya Nissa ......yang ditangkap khalwat kerana difitnah dan dipaksa kahwin...Selepas tu Si Ain ni belajar kat luar negeri...8 tahun kahwin tapi cam tak kahwin..(Camno tuh..ish rugi masa tul)...puncanya sebab kebencian Ain terhadap Adam yang hanya mendiamkan diri semasa mereka ditangkap khalwat..(mcm mengiakan jer apa yg berlaku)...(nak kahwin free kot.. si Adam ni..hehe )..Mula-mula berjumpa si Ain ni suka gak kat Adam ..tapi sejak peristiwa tu dia benci amat ngan Adam ni..Aku tgk si Adam ni sabau betullah...dgn perempuan ego cam Ain tuh..kekadang aku laks yang hilang sabau..Tp da dah cintakan...Apa nak kata...
Apapun semua orang dah tau cerita drama fofular ni..(mungkin sebab ada si Aron ni)...Tak yahlah ulas panjang...Tengok jer sendiri..hihi..
Selamat bercuti kepada yang bercuti terutamanya anak didik...dan rakan-rakan seperjuangan...luv u all ...

Sabtu, 10 November 2012

Khatan...bebujangku..

Hari ini bermulalah cutiku bersama tugasan yang amatlah banyak sekali....Hari ini juga anakandaku along dan angah telah dikhatankan...Pagi2 lagi aku dah kejutkan diaorang sebab mula khatan pukul 6.30 pagi...Nasib baik diorang tak merengek tak mau pi... Sampai di sana...dah ramai menunggu..Ramai juga kulihat anak muridku yang datang berkhatan..Hari tu difahamkan doktor khatankan 15 orang jer...Aku yang kene temankan kerana  Mr Hubby takder   sebab masih dalam kerja..lepas kerja dia ada datang kejap dan balik semula ke rumah nak mandi..sebab ada kelas untuk final year business management yang diambil lebih setahun dah....

Kat klinik tu cam-cam fesyen @perangai bebudak ni..ada yang teriak, ada yang sedih, ada yang meraung, ada yang relaks jer...cam2 ekspresi muka selepas keluar daripada berkhatan tuh...lawaks plak aku.tengokkan..Sampai giliran along..aku dan along pun masuk...mula2 along rilekslah..tapi nampak jer segala gunting yang ada..pucat lesilah muka dia tu..hehe..baru tau!!...Dia mengeluh jugak bila tang bius tuh..tapi bila dah kena laserkan anu nya dia dah stabil..Aku pesan dia supaya banyakkan zikrullah..Tak sampai 20 minit dah selesai...Tapi aku rasa ngeri jugaklah..tengok dia potong kulit tu dengan laser tu...Keluar jer..tersenyum-senyumlah along... Lepas ni turn angah plak..Aku risau sikit pasal angah sebab dia kalau kena cubit sikit pun melolong2..inikan pula kena potong kulit anunya..huhu..

Along 2 minggu sebelum berkhatan..
Angah 2 minggu sebelum berkhatan....


Sebelum masuk tersenyum-senyum..tapi pabila dan nampak segala perkakasan yang ada maka pucatlah dia..bila doktor suntik bius tuh meraunglah kejap..bila dok kena potong kulitnya dia juga stabil..aku suruh dia ikut zikrullah yang aku baca....selepas beerapa minit kemudian akhirnya siaplah acara berkhatan tuh..Isk..isk ngeri juga rupanya khatan atau lebih popular sebagai sunat ni...Masa potong kulit dengan api laser tuh  pergh macam potong kain gamaknya..masa jahit tuh lagi lah nyilu rasanya..Teringat masa melahirkan bebudak nih  kene jahit..cemtulah rasanya agaknya hehe..Apapun dah selesai..Alhamdulillah..segala puji untuk ALLAH YG ESA....mempermudahkan urusan hari ini ..Tinggal tugas aku adalah nak menjaga orang berpantang nih..Harapnya berjalan lancar...Segala assignment semua aku hold dulu...lgpun ada masa 5 hari nak siapkan assignment ini..Semoga segalanya berjaya Amin..YA Rabbal Alamin..

Jumaat, 9 November 2012

KSSR OH! KSSR

Ish..ish..Bengang betul aku ngan sistem online sppbs..Dah ler lambat loading.....asyik hang, lepas tu tgh syokk buat dia log out dengan gembiranya secara tetiba..Aku ni dah ler baran bertambah angin satu badan (sebab tu aku montel agaknyer..hehe)..Bila dah masuk pasword and log in nak pergi melangkau balik ke nama murid 36 daripada 40 tuh menunggu satu persatu berejam menunggu..berjanggut gue..hihi..server diorang ni sahlah paling lembab dalam dunia..Isk..isk..aku bukan apa ..aku banyak kerja lain nak buat ..Bangun kul 2, 3 pagi pun tak guna camtu jugak...Ni ha login balik pun keluar perkataan NO DATA RECEIVED...isk..isk.. YA ALLAH..permudahkanlah urusan hambamu ini....

Baru-baru ni buat streaming budak tahun 1..Adalah bagi pentaksiran..seakan-akan cam ujian jugak ...based on markah..Daripada markah itu...guru-guru berbincang dan meletakkan seseorang murid tu pada kelas mana...juga bergantung kepada band yang diletakkan sama ada daripada band 1-6, kecekapan di dalam kelas, hasil kerja, sikap, pergaulannya  dan akhlaknya yang terpuji semua kami lihat secara pemerhatian menyeluruh.. Apabila anak-anak murid den yang kelas baik ni turunlah kelas ke kelas kedua...Apa lagi ramailah ibu bapa terperanjat anak depa yang pandai amat tu turun kelas...Ada yang anta mesej kat FB, telefon, sms dan datang ke sekolah jumpa aku..minta penjelasan...bertanyakan aku kriteria tentang kemasukan ke  kelass pertama..Aku ni dahlah banyak kerja lain..asyik nak jadi jurucakap diorang ni..Tapi aku malas nak gaduh2..Sbg ibu aku faham perasaan mereka2 sebagai ibu bapa sudah tentulah, mereka nakkan yang terbaik untuk anak2 mereka...So, aku takdelah menyalahkan mereka tapi aku memang agak tertekan...Sistem KSSR aku rasa macam tak relevan seperti KBSR dahulu yg berorientasikan peperiksaan barulah nampak kelemahan murid di mana...kita boleh trace..Macam guna band ni memanglah boleh ..tapi kadangkala murid-murid lemah kita letakkan tahap menguasai atas bimbingan tapi dalam mengisi online takdelah kita isi murid tu pada ruang  menguasai dengan bimbingan guru plakss...uhuks...penin..

Apapun sebagai guru cabok apalah kuasa aku..aku tgk dalam FB Kami Guru Malaysia banyak yang tak puas hati sistem ni..Emm..entahlah...aku ni kalu dah berduit, nak aje aku quit drpd bidang ni.Walaupun suatu ketika dahulu..inilah impian aku..Iaitu ingin menjadi seorang guru..Awal2 mengajar dulu aku memang suka sangat..rasa bangga jadi cikgu..tp sekarang pun cikgu cabok mcm aku ni pun orang tak pandang dah..Huhuhu sedihnya....

Ahad, 4 November 2012

Semester Akhir..InsyaALLAH..

Hari ini kelas dewasaku di oum Melaka.....Masih berperang dengan segala tugasan sekolah .OUM , rumah tangga..dan menjaga ibu bapaku..Semuanya amanah dari NYA...aku akan melakukan yang terbaik dari hari-hari sebelum ini...Semester ni belajar 3 subjek..Mengajar Matematik T tingkatan 6, Mengajar Add Math F.5 dan English..Susahlah jgk..Itupun da tuisyen masih x faham lagi..hehe Otak ni da semakin mengecut agaknya..haha..Apapun aku xkan putus harapan berusaha dan bertawakal kepa YANG ESA....Semoga aku dapat membuat yang terbaik sebelum menerima sekeping ijazah..pheewiit...Ya ALLAH rahmatilah aku dan para sahabat...Amin...



Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam