Semalam final exam untuk paper terakhir sudahpun ku lalui dengan tenang...Alhamdulillah...Namun gitu dalam pada itu penyakit gastrikku masih lagi menyerang diri ini....Perit sangat...Mungkin ujian yang tidak seberapa dari Tuhan buatku...Untuk menguji tahap kesabaran ini disamping menghapus segala dosa-dosa kecil yang banyak yang ku miliki..uhukss..
Esok merupakan tahun baru 2013...namun takder apa-apa yang menarik dengan kedatangan tahun baru ni...sama jer buatku....Yang penting kita buat yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan...sama ada untuk dunia mahupun akhirat...Insya ALLAH...
Dalam menerima ujian kesakitan ini aku tetap bertahan, dan sering mengadu pada Tuhan, berzikir dengan namanya...dan memohon keampunan kepadaNYA sentiasa..Ku harap semoga ALLAH akan menyebuhkan diri ini dan emakku yang sedang diujia olehNYA..Amin...
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Isnin, 31 Disember 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam
-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Ari ni aku nak bercerita sedikit mengenai sekolah ku. Sekolah ku memang 'best'. Ada dua pintu masuk ke sekolah ini. Gambar di bawah ...
-
Cuti kali ni akak bersama keluarga hanya ke Port Dickson N.Sembilan.... Port Dickson bagi akak best sebab di pantai barat ni susah nak cari ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan