Ads

Jumaat, 28 September 2012

Sukan Sekolahku 2012!

Minggu ni....banyak hari kelas terawang-awang..Apa tidaknya semua guru sibuk membuat persiapan untuk hari sukan yang dijalankan....Kemuncaknya,
 27 September 2012 adalah Temasya Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Rumput berlangsung...Pada sebelah pagi setiap rumah sukan beriya-iya mencantikkan khemah rumah masing-masing...Aku pula selaku ketua rumah kuning pun sama-sama menyibukkan diri bersama rakan seperjuangan membuat apa yang termampu seadanya....Sementelah dalam hati itu resah terkenang emak dan abah yang tak sihat dirumah....(abah rebah akibat pitam hari sebelum itu, pergh.. nasib baik aku ada, kalau tidak hmmm..tak tahulah..uhuks..ujian ALLAH..)..
Sewaktu persiapan rumah kenyalang...
Berbalik kepada kejohanan sukan itu...Aku bersama para sahabat bertungkus-lumus menyiapkan khemah dan para peserta perbarisan..Setiap guru wajib membayar RM15....Ada juga murid2 yang sudi menyumbangkan wang sebanyak RM2 seorang..Terima kasih anak-anak ya ..Jasamu amat cikgu kenang sampai bila-bila..Hanya ALLAH yang dapat membalasnya... Kami menggunakan bahan-bahan recycle..seperti plastik sampah, kotak-kotak, dan juga tumbuh-tumbuhan...walaupun begitu...hasilnya amat mengagumkan...Secara jujurnya kami mempunyai ahli-ahli yang sangat kreatif dan inovatif..Untuk para sahabat..tolong teruskan kreativiti anda semua ini semasa mengajar nanti ya...Aku tahu kamu semua adalah guru yang ikhlas, jujur dan sangat bersemangat dalam mendidik..Aku bangga mempunyai sahabat seperti kalian...
Berbalik kepada hari sukan yang berlangsung sangatlah meriahnya  dengan padang yang berwarna-warni disertai dengan kehadiran ramai ibu bapa yang datang untuk menonton dan menyokong anak masing-masing...Ada juga jualan daripara pekerja sekolah dan pihak luar...Hmm sangat best tau..
Aku dan para sahabat sibuk memberi motivasi dan strategi kepada peserta-peserta untuk berlari..Tak lupa juga doaku pohonkan kepada ALLAH SWT semoga mempermudahkan urusan kami...Banyak perkara yang berlaku pada waktu itu...sehingga banyaklah titisan air mataku keluar..Ada peserta yang kena gigitan tebuan, peserta yang tergelincir semasa berlari,  dan  ada yang sakit kaki dan kejang....kami dah spray macam-macam kat kaki yang sakit tuh..Rasa down sekejap..Tapi aku dan kawanku Aishah bangkit...memberikan kata-kata motivasi kepada mereka...sedapkan hati masing-masing sambil tu....berdoa pada ALLAH memohon kepada YANG ESA...agar semuanya berjalan lancar...Tak putus-putus aku berdoa pada ALLAH (kerana itu adalah sebaik2 ubat ketenangan)

Khemah Rajawali..

Khemah Cenderawasih

Khemah Kenyalang


Khemah Kasawari..


                     
Kedudukan mata selepas saringan dan acara padang..permulaan kojohanan sukan
Perbarisan Rumah Kenyalang(kuning)..Naib johan...

Perbarisan Rumah Kenyalang(kuning)

Perbarisan Rumah Rajawali (hijau)

Perbarisan Rumah Kasawari (biru)

Perbarisan Rumah Cenderawasi (merah)

Para sahabat dan ahli-ahli rumah kenyalang...dapat makan burger itu hari

Angah johan sukaneka tahun 3

Along ..bantu 4 x100m...tahun 4..Johan..

 Akhirnya ALLAH mempermudahkan urusan kami hamba-hambaNYA..yang lemah ini..Pasukan kami menjadi Johan untuk Khemah Terbaik dan Johan Keseluruhan Kejohanan untuk tahun 2012 ini...Seorang peserta perempuan pasukan ini pula di nobatkan sebagai Olahragawati  Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput Melaka untuk tahun ini..Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kejohanan sukan tahun ini...Back to back..berturut-turut untuk kami pada kali ini...Secara peribadinya ia merupakan kenangan manis buatku kerana aku adalah selaku ketua pasukan ini untuk sesi kali ini..hehehe...
Kenyalang juara....yeehaa..Anak ambo Dina  pun tumpang 2 kaki..hehe
Ni..tulang belakang paling kuat kami...terima kasih para sahabat dan anak-anak...

Sebagai bonus lagi, ALLAH memberi kejayaan untuk anakku Along dan Abg Ngah untuk menjadi johan acara masing-masing...Amin..

Semoga ditahun akan datang kejuaraan adalah juga milik kami..InsyaALLAH...

1 ulasan:

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam