Ads

Sabtu, 22 September 2012

Alhamdulillah...ALLAH masih memberi peluang untuk aku bernafas lagi di muka ciptaanNYA ini....Hanya untuk seketika lagi..terima kasih TUHAN....Salam mesra untuk semua umat manusia di muka bumi ALAH ini...

Aku semakin tua dan semakin lupa ingatan ini...(masalah yang tak sudah2 dengan penyakit lupa ini ..huhu)...Aku harap masalah kelupaan ini semakin pulih...Sepatutnya kena banyak membaca ayat alQuran dan zikrullah...kan??Esok pula aku memulakan kelas OUM ku untuk sem 10 (yang terakhir barangkali)....InsyaALLAH..

Baru2 ini aku mendapat keputusan peperiksaan yang merudum....Aku dah menjangkakanya...Kelemahanku dalam add math memang ketara..Hehe ..keseluruhan sem lepas aku hanya memperolehi 3.11 sahaja. Projek Kajian Tindakanku alhamdulillah A dengan 88 markah..Oklah tukan  memandangkan pensyarahku pergh memang cerewet orangnya....Beliau yang berusia 62 tahun memang sangat mahir dalam kajian tindakan ini. uhuks....Jadi kumpulanku memang takder harapan nak dpt markah tinggi...Haritu dia ada call aku..dia beritau markah ku antara yang tertinggi..dan puji macam2 plak...tapi takderlah tinggi sgt markah aku tu..aku pun takderlah tanya orang lain markah deme berapa? Janji dapat A dah ..tul tak? Projek kajianku aku da uploadkan ke dalam  slideshare sekadar perkongsian..nak tiru pun takper..bukannya bagus bebeno..hehe

CGPA aku keseluruhannya juga merosot daripada.3.63 kepada 3.59 dan sem yang baru ini aku pun tak mengharapkan yang cemerlang (tapi selalu juga berdoa dan mengharap untuk kecemerlangan itu)...hihi...Semoga ALLAH mengabulkan doa ku....Amin

...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam