Selasa, 7 Ogos 2012

Emak..

Jumaat lepas, emakku dihantar ke hospital sekali lagi kerana kondisinya bertambah teruk...Badan dah terlalu lemah...nafas semakin sesak dan mata pun seakan-akan terbeliak....Kasihan aku melihatnya..Ambulan datang dengan 4 atendan hospital membantu mengangkat emakku yang ketika itu tidak berapa nak sedar lagi. Sampai hospital AG dia dimasukkan ke wad kecemasan..hasil ujian menyatakan gula dalam darah terlalu tinggi, dah darah kurang 5 pain...Emakku terus dihantar ke hospital Melaka memandangkan hospital di AG tiada bekalan darah.... Aku cepat2 telefon abang sulungku... Selepas isyak dalam pukul 10.30 malam barulah emakku dihantar ke kospital Melaka.....Abangku dah menunggu di sana...sampai selesai dalam pukul 3.30 pagi baru makku dimasukkan ke wad biasa setelah dia semakin sedar... Hari semalam masa aku melawatnya, doktor datang jumpa aku, dan menyatakan bahawa emakku perlu dibedah segera di kaki kanan kerana ada jangkitan kuman dipelipat kaki(belakang lutut).. Itu dapat dikesan setelah kakinya di x-ray...Aku ketika itu keseorangan sahaja... jadi  terpaksalah aku  menjadi wakil keluarga untuk menandatangani surat kebenaran untuk menjalankan pembendahan tersebut.  Kemungkinan hari ini pembendahan akan dijalankan...Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar...

Harap-harap pembedahan berjaya dan emakku akan kembali pulih..InsyaALLAH...Aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini