Jumaat, 17 Ogos 2012

27 Ramadhan 1433 H: Majlis Penutup Ihya' Ramadhan

Semalam di sekolah ku telah diadakan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan yang telah berlangsungnya pelbagai aktiviti keagamaan hampir sebulan...Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...Pelbagai pertandingan telah diadakan pada bulan ini seperti tilawatul Quran, tadarus, pertandingan azan, membaca niat solat dan sebagainya...Kemuncaknya ialah majlis khatam Quran semasa majlis penutup...Aku dan Along plak  telah menyertai pertandingan mencipta kad raya...Aku mendapat tempat kedua, manakala Along dapt tempat pertama..Alhamdulillah..Aku dapat hadiah bekas Tupperware...Syukur..


Alamak tersenget lah plakss..


Terasa sayu terasa meninggalkan Ramadhan yang mulia...sementelah tidak banyak amalan yang kulakukan...Terlalu sibuk dengan urusan keduniaan..Maafkanku Tuhan...diatas kelalaian hambaMU yang satu ini...

Emak masih dihospital...Sedih ku melihat dirinya...Semoga dia tabah dengan segala ujian yang ALLAH berikan....

Baju raya telah kubeli di sekitar Kg Jawa Melaka...Kali ini kami memilih tema warna merah belacan.(sebelum ni tak pernah bertema..hehe..caca marba jer)
Aku beli 2 pasang yang ala kadar sahaja..tidak terlalu berlebihan...

Kuih raya pun semua dah dapat...Ada dalam 24 botol..Dodol kegemaran mek pun dah order..1 kg..RM20...


Kami merancang beraya  di AG dahulu...uruskan rumah abah..almaklumlah mak kat spital..cian abah sensorang..Malam raya aku yang jadi ketua chef dengan seorang kakak ipar.(tapi mudo drpd den..haha). Masaklah aper adanya...

Raya kedua Mr Hubby kesayangan den dah ajak balik kg dia...huhu..sebagai isteri yang solehah...aku menurut perintah jer..chewwaahhh...cian juga mek sensorang kat kg dia...Anak2 komain gumbira bila dengar nak balik umah tok dia...hehe

2 ulasan:

  1. tahniah..
    bersusun kuih raya...sumer nampak cam sedap²
    saya nak ucapkan selamat hari raya...
    selamat bercuti..

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya juga ena...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini