Ads

Jumaat, 17 Ogos 2012

27 Ramadhan 1433 H: Majlis Penutup Ihya' Ramadhan

Semalam di sekolah ku telah diadakan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan yang telah berlangsungnya pelbagai aktiviti keagamaan hampir sebulan...Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...Pelbagai pertandingan telah diadakan pada bulan ini seperti tilawatul Quran, tadarus, pertandingan azan, membaca niat solat dan sebagainya...Kemuncaknya ialah majlis khatam Quran semasa majlis penutup...Aku dan Along plak  telah menyertai pertandingan mencipta kad raya...Aku mendapat tempat kedua, manakala Along dapt tempat pertama..Alhamdulillah..Aku dapat hadiah bekas Tupperware...Syukur..


Alamak tersenget lah plakss..


Terasa sayu terasa meninggalkan Ramadhan yang mulia...sementelah tidak banyak amalan yang kulakukan...Terlalu sibuk dengan urusan keduniaan..Maafkanku Tuhan...diatas kelalaian hambaMU yang satu ini...

Emak masih dihospital...Sedih ku melihat dirinya...Semoga dia tabah dengan segala ujian yang ALLAH berikan....

Baju raya telah kubeli di sekitar Kg Jawa Melaka...Kali ini kami memilih tema warna merah belacan.(sebelum ni tak pernah bertema..hehe..caca marba jer)
Aku beli 2 pasang yang ala kadar sahaja..tidak terlalu berlebihan...

Kuih raya pun semua dah dapat...Ada dalam 24 botol..Dodol kegemaran mek pun dah order..1 kg..RM20...


Kami merancang beraya  di AG dahulu...uruskan rumah abah..almaklumlah mak kat spital..cian abah sensorang..Malam raya aku yang jadi ketua chef dengan seorang kakak ipar.(tapi mudo drpd den..haha). Masaklah aper adanya...

Raya kedua Mr Hubby kesayangan den dah ajak balik kg dia...huhu..sebagai isteri yang solehah...aku menurut perintah jer..chewwaahhh...cian juga mek sensorang kat kg dia...Anak2 komain gumbira bila dengar nak balik umah tok dia...hehe

Selasa, 14 Ogos 2012

25 Ramadhan 1433h

Hari ini puasa yang ke 25....Semakin hari Syawal makin menjelma..Emakku belum sembuh sepenuhnya...Masih terbaring lagi di katil hospital Melaka..Alamatnya beraya di hospitallah kami tahun ini..hihihi..Emakku masih trauma untuk bangun....katanya takut jatuh...tapi apa yang aku takut ialah apabila terbaring da hampir 2 bulan, dikhuatiri penyakit lain plaks tiba..Isk..isk..isk..Harap jangan lah berlaku...Aku da suruh dia cuba bangun tapi da dia tak mau nak buat camno kan???Gula dalam darah dah maintain bawah 10, cuma dia takda semangat jer nak baik cepat..huhu...

Semalam, ulangtahun kelahiran kepada Mr Hubby...Selamat hari lahir 41 tahun lepas..hihihi..Tua dah..Bawa2lah ingat kepada Tuhan..hehe...Insya ALLAH ku doakan agar ALLAH merahmatimu, memberkati hidupmu hingga ke akhir waktu...

Untuk anak-anak teruskan berpuasa..Bawa2 bersabar di bulan puasa ni..Baju raya ibu tak belikan lagi..Maafkan ibu kerana, waktu ibu 24 jam sahaja...terasa seperti tidak cukup waktu itu untuk seharian...Ada masa, minggu ini Insya ALLAH, ibu akan belikan...
Along dan angah di pagi 24 Ramadhan 1433 H

Dina dah nak gi skola...cian dier...
Apapun...Alhamdulilllah dengan segala pemberian ALLAH....segala yang dimiliki ini hanya pinjamanMU semata-mata..Semoga KAU berikan petunjuk dan hidayah serta rahmat yang berpanjangan kepada kami...AMIN...

Sabtu, 11 Ogos 2012

Keriangan yang kian menjelma...

Seperti biasa lepas asar aku akan bergerak ke hospital untuk menemani emakku yang berada di hospital...Semalami aku pergi berdua bersama anakku Si Along... Apa yang aku nampak  ialah  dia semakin gembira melihat kami datang..tambahan pula cucu kesayangannya si along datang  dan terus cium dia..
Sejak akhir2 ini..kewarasan fikirannya kembali kepada asalnya...
Sajer nak masukkan mutira kata nih...

Hatiku semakin senang....melihat emakku sudah semakin sihat dan ceria. tidak seperti bebarapa hari lepas....Hari-hari mukanya monyok dan sedih..akibat kesakitan yang menghambat tubuh badan..Ujian ALLAH banyak hikmahnya..mungkin kesakitan itu dapat  mendekatkan diri dan jiwa hambaNYA kepada DIRINYA..Tuhan YANG ESA...Alhamdulillah...
Emakku, Mr hubby, Dina, dan anak2 saudaraku Nuha dan Kak Cik..masa raya aidiladha...tahun lepas


Emmm...Baju rayaku masih belum ditemui walaupun dah dicari bersama kawanku semalam (selepas habis sekolah)...Aku inginkan pakaian yang sederhana dan tidak berlebihan..Tidak berjumpa lagi..uhuks...Untuk anak-anak pula sudah kubelikan separuh...Itupun sudah habis RM 400..Barang begitu mahal sekarang..Walaupun gaji  naik namun bagiku ia tetap sama..kerana harga barang yang melambung-lambung...Aku jadi kasihan dengan pekerja2 swasta seperti Mr Hubby yang tiada bonus hari raya dan kenaikan pun ala kadar sahaja...Aku harap mereka bersabar dengan harga barang yang naik sedemikian rupa....

Gambar hiasan..
Hari ni dah 22 Ramadhan....Semakin hampir ke Syawal..Hati ini semakin sedih untuk meninggalkan bulan yang penuh keberkatan...Namun begitu tak banyak amalan yang ku lakukan lantaran kesibukan duniawi yang kuhadapi..Ampunkanlah dosaku YA ALLAH...

Di harap Syawal nanti ada sinar kebahagian yang menanti kami semua..dan umat Islam di dunia khususnya.. Semoga ALLAH akan memberi perlindungan dan rahmat yang berpanjangan kepadan orang2 muslim yang ditindas oleh kekejaman zionis laknatullah dan makhluk yang tidak berperi kemanusiaan...

Amin ya rabbal alamin...

Selasa, 7 Ogos 2012

Emak..

Jumaat lepas, emakku dihantar ke hospital sekali lagi kerana kondisinya bertambah teruk...Badan dah terlalu lemah...nafas semakin sesak dan mata pun seakan-akan terbeliak....Kasihan aku melihatnya..Ambulan datang dengan 4 atendan hospital membantu mengangkat emakku yang ketika itu tidak berapa nak sedar lagi. Sampai hospital AG dia dimasukkan ke wad kecemasan..hasil ujian menyatakan gula dalam darah terlalu tinggi, dah darah kurang 5 pain...Emakku terus dihantar ke hospital Melaka memandangkan hospital di AG tiada bekalan darah.... Aku cepat2 telefon abang sulungku... Selepas isyak dalam pukul 10.30 malam barulah emakku dihantar ke kospital Melaka.....Abangku dah menunggu di sana...sampai selesai dalam pukul 3.30 pagi baru makku dimasukkan ke wad biasa setelah dia semakin sedar... Hari semalam masa aku melawatnya, doktor datang jumpa aku, dan menyatakan bahawa emakku perlu dibedah segera di kaki kanan kerana ada jangkitan kuman dipelipat kaki(belakang lutut).. Itu dapat dikesan setelah kakinya di x-ray...Aku ketika itu keseorangan sahaja... jadi  terpaksalah aku  menjadi wakil keluarga untuk menandatangani surat kebenaran untuk menjalankan pembendahan tersebut.  Kemungkinan hari ini pembendahan akan dijalankan...Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar...

Harap-harap pembedahan berjaya dan emakku akan kembali pulih..InsyaALLAH...Aminn

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam