Jumaat, 4 Mei 2012

Copy paste daripada FB ANDA BUAT ANDA Dapat-:


Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui...Alfatihah buat Allahyarham..


AWAN TERUKIR NAMA ALLAH KETIKA MAJLIS PEMAKAMAN PUTERA RAJA - Selamat Jalan Guruku...... Al Fatihah :



Al Fatihah kepada al marhum.. Tak banyak yang saya nak coretkan, cuma kebetulan saya berada di zawiyah untuk menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja... Tidak sampai sejam pulang dari zikir maka Allah Yang Maha Pengasih telah menjemput baginda ke pangkuannya...


Kami dikejutkan di zawiyah lebih kurang 3 pagi dengan berita menggemparkan ini. Bagaikan petir yang menggegarkan seluruh sel di tubuh kami bergegas ke terataknya tuan guru yang mulia, yang ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...

Sesampai di sana kelihatan telah ramai orang menunggu dan saya terus bertanyakan kepada anggota polis yang berada di situ..

Katanya, " Kami sedang tunggu transport ke Kuala Kangsar. Nak bawa jenazah ke sana."

Maka.. fahamlah kami.

Sesampai di sana, kelihatan selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakainya.... Diletakkan kesunyian di satu penjuru..

Kami bergegas ke biliknya yang mulia, dan kelihatan sekujur tubuhnya yang mulia terbaring di pembaringan. Bagaikan tidak percaya....

3 kali bacaan Yaasin bergema di kamarnya dan sebelum keluar, dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....

Hujan renyai pun mulai turun seolah2 bumi menangisi permergian seorang putera soleh yang 1000 tahun lagi hendak berjumpa insan begini pun belum tentu lagi....

Kenderaan membawa jenazah tuanku ke Kuala Kangsar hampir solat Subuh. Kami solat di zawiyah @ surau kecil di rumah Tuanku. Kenderaan membawa tuanku sheikh bertolak ke Kuala Kangsar dan kami kembali ke zawiyah....

Pada 8.30 pagi kami bertolak ke Kuala Kangsar bersama jemaah yang lain..

Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami, segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda. Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak2 dan nama2 mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...

Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan.. Insya Allah.. Doakan...

Tidaklah kusangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..

.. dan tidaklah disangka2 pula, rupa2nya, bacaan doa yang mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.

... dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir tidaklah ramai seumpama biasa, dan anak2 buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah tersebut, rupanya2nya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...

Masya Allah thumma Masya Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai2 yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...

Perhatikanlah kalimah yang tertera di langit dilukis cantik dengan awan-awan ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...

Anas yang duduk disebelah saya, dah perasan awal2 lagi.. masa tu kalimah Allah lagi jelas dan cerah.... cuma tak tangkap gambar je...Masa ni gambar tulisan Allah dah tak berapa jelas.. Tapi Alhamdulillah masih nampak..Credit to Amirul Syafiq Johor...

Sesungguhnya kami yakin bahawa, orang2 soleh khususnya para awliya' tidaklah mati, sebaliknya sedang hidup di dalam alam sana. Cuma jasad yang dipinjamkan kepada mereka oleh Allah, dijemput pulang kembali oleh Rabbnya....

Kematian itu adalah kerehatan buat seorang mu'min... Akhirnya Tuanku berehat dengan aman di taman antara taman syurgawi Insya Allah... Tidak perlu lagi terbeban siang dan malam dengan karenah anak2 muridmu ini yang datang dengan 1001 masalah karat dunia..

Puluhan tahun Syaikh tidak tidur..bersengkang mata menjaga anak2 muridnya..akhirnya..biarlah Syaikh berehat dengan tenang..

Ampun kami wahai tuan guru....

Selamat jalan di alam sana.....

Semoga ketemu lagi di alam sana, yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..

Al Fatihah...

Catatan : Dicedok dari Cerita asal Ikhwah Ahmadiah

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini