Ads

Rabu, 16 Mei 2012

16 Mei - Hari guru



16 Mei adalah hari yang paling ditunggu2 oleh semua warga pendidik di Malaysia..kerana pada hari inilah kita dapat merasakan keseronokan menjadi seorang guru..Selama berhari-hari kita sibuk dengan p & p dan tugas2 sampingan yang memberi tekanan perasaan serta melayan kerenah anak didik yang pelbagai ragam, maka pada hari ini kita merasa amat seronok sekali kerana hari ini adalah hari kita bergumbira, berhibur, makan2 dan sebagainya...Namun di sekolahku lain pula, hari ini adalah hari biasa2 sahaja kerana kami melakukan rutin seperti biasa iaitu mengajar dan mendidik. Ini kerana perayaan sambutan hari guru ditunda untuk memberi peluang pentadbir yang dihormati, Tuan Guru Besar menyertai bersama. GB ingin bersama2 kita untuk merayakan sambutan hari guru ini pada 17 Mei ini. Kami tak kisah.. berkorban apa sahaja untuk GB asalkan GB dapat menyertai sambutan pada kali ini..

Hari ni dah ada jugak anak didik yang sudi memberikan hadiah buat cikgu dia yang cam singa ni..haha..rezeki.terima kasih anak2..Cikgu garang ada sebab tau..Untuk jadikan kamu semua manusia yang berilmu, bukan suka2 nak marah tau!!!

Selamat Hari Guru!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam