Ahad, 29 April 2012

Perkhemahan Perdana Beruniform...2012

Semalam sekolahku telah mengadakan perkhemahan beruniform di Hutan Rekreasi Sungai Udang Melaka... Ia melibatkan empat badan beruniform iaitu Pengakap, Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja, dan PBSM...Diadakan selama 2 hari (28-29 April 2012). Tempat ni oklah, semua ada, tandas ada, surau ada...cantik pun cantik...Tapi kata depa Hutan rekreasi Ayer Keroh lagi menarik..Apapun yang penting aktiviti berjalan lancar dan baik...Segala aktiviti pula dirancang oleh satu consultant entah aku pun tak tau sangat...yang menguruskan segala perjalanan aktiviti bebudak ni...Oh..lupa laks..anakku si Along pun join jugak perkhemahan ni..dah nak sangat aku bagi jerlah pergi..Dah tu kenalah bayau RM50 untuk semua makan minum, khemah, aktiviti yang disediakan...Biorkan dia dapat tekanan sikit...daripada main game..baik dia exercise sikit kat situ..haha..

Di bawah ini adalah antara peristiwa yang berlaku dari waktu pendaftaran seawal pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari..untuk hari pertama....Aku yang bertugas sebagai dokumentasi kenalah datang awal sikit...huhu...nak ambil gambar penting2 untuk laporan nanti..Tapi aku tak dapat ambil semua gambar terpaksalah minta bantuan rakan ku komandam kem, Cikgu Mutalib untuk  ambil gambar yang penting2 semasa ku takder nanti....Sebenarnya aku ada rakan setugas lain dalam bahagian dokumentasi nih..Cikgu Aishah namanya..Tapi dia tak dapat nak jalankan tugas sebab anaknya sakit...Takperlah aku faham..kalau anak dah jatuh sakit ni huru-hara jadinya hidup ni ..Semua ni ujian dari ALLAH SWT...Apapun kena banyak bersabar...
Tapak khemah peserta..

Aktiviti pendaftaran..Tu Cikgu Saadah...Baju kuning Ustazah Normala..yang cun..phewwiit.

Ibu bapa yang hadir menghantar anak-anak...

Along dan Cikgu Zahrani yang vogue

Naik bas nih..tu baju merah tu kak Maznah yang bawa bas dia tuh...

Cikgu2 bersantai di wakaf..Kat belakang tuh dewan budak-budak berhimpun...

Komandan kem Cikgu Abdul Mutalib.....Good job boss...

Adegan mengusung khemah yg da siap di bina ke tapak perkhemahan..

Usung jangan tak usung anak2..hihi

Along and his group members were doing their activity..hoho

Wat gapo nih..?? Ikhtiar hidup kalu takder air kot...

Untuk peristiwa kali kedua akan menyusul kemudian..ahaksss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini