Ads

Isnin, 30 April 2012

Politik manusia...

Sebenor2nya aku memang tak minat nak mengikuti mana2 politik dalam negara ni....Aku bingung....Mana satu yang betul aku pun tak tau...Aku baca surat kabor pun aku hanya bertumpukan kepada isu2 semasa yang biasa jer...Masuk bab politik aku memang meluat dan loya...Tak kuasa aku membacanya.....Semua asyik nak puji diri dan kutuk orang lain ...semua sama jer...Lagi satu..memang sifat manusia nak mendominasi, menguasai dan memiliki apa yang mereka inginkan...berebut-rebut menonjolkan diri,, promote diri tu bagus supaya orang percaya dia boleh jadi pemimpin...Bagi aku pemimpin yang tiada tolok bandingnya pastilah idola kita Rasulullah...Kenapa susah bebeno depa nak mengikuti akhlak2 terpuji Rasul kita ni...yang mementingkan umat dari diri baginda sendiri...Kita sesama rumpun dan sesama bangsa sepatutnya bersatu padu..bekerjasama menaikkan nama bangsa kita apatah lagi agama kita Islam yang sering sahaja ditindas dan dihina oleh kafirun...Ini tidak susah sangat nak bersefahaman sebab ideologi masing-masing yang berbeza-beza...Sedih hati aku ...Tapi aku tahu dah nama pun manusia...rambut sama hitam hati lain2....Macam2 pe'el manusia ni..

Berkenaan dengan perhimpunan yang mereka adakan baru2 ni menambahkan luka yang mereka ada..Hmmm..sedih bangsa kita bertelagah sesama sendiri ..sangat mendukacitakan...ALLAH membenci kita bermusuhan sesama bangsa dan sesama Islam...Tapi itu yang kita buat....Mak bapak sibuk berpolitik ke sana sini..anak2 pulak nanti sibuk berzina, hisap dadah sana sini, mencuri, merogol, membunuh dan sebagainya..huhu...Kemana perginya nilai kemanusiaan semua orang??? Mungkin dah akhir zaman..Manusia semakin lalai dan hanyut dengan keduniaan dan melupakan bakal kehidupan di akhirat nanti bagaimana??? MasyaALLAH..Harap2 Bumi Malaysia masih dalam perlindungan ALLAH..Tapi kita tak tahu suatu ketika nanti..Jika ALLAH nak menguji kita semua .terimalah dengan redho...Semoga kita dalam golongan yang dicintaiNYA..AMINN...

Ahad, 29 April 2012

Kesedihan...



Hari ni mood aku jadi tak baik....Puncanya kamera kesayanganku panasonic Lumix telah rosak oleh sebab yang aku sendiri pun tak tahu...Sampai sahaja  di tanganku kamera ini tidak boleh nak swith on and of.. Rosak langsung tak boleh bukak...Mr hubby kata button swith on/of tu dah patah....Kecewa amat rasa di hati..Tapi mungkin sampai kat sini jer perkhidmatan dia kat aku..Kamera ni beli maser oktober 2008..kalau tak silap....Hadiah Mr Hubby untuk aku....Sebab aku memang suka ambil gambar....Seribu lebih harga dia maser tuh...Time tuh ...gembira amat dapat kamera ni...sebab gambar yang terhasil oklah..terang daripada kamera lama (casio)...Mr.Hubby walaupun tak marah..tapi aku rasa serba salah kat dia..sebab tak jaga baik2..Minta maaf ye bang..Isterimu ni kan selalu saje cuai bebeno..uhuksss..Walaupun aku ada kamera lain Nikon D90 dan casio tapi tak sama sentimental valuenyer dengan kamera ni...Tapi Mr Hubby kata dia nak anta repair kemudian2..tengoklah camno nanti..huhu
Sabar jerlah...

Perkhemahan Perdana Beruniform...2012

Semalam sekolahku telah mengadakan perkhemahan beruniform di Hutan Rekreasi Sungai Udang Melaka... Ia melibatkan empat badan beruniform iaitu Pengakap, Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja, dan PBSM...Diadakan selama 2 hari (28-29 April 2012). Tempat ni oklah, semua ada, tandas ada, surau ada...cantik pun cantik...Tapi kata depa Hutan rekreasi Ayer Keroh lagi menarik..Apapun yang penting aktiviti berjalan lancar dan baik...Segala aktiviti pula dirancang oleh satu consultant entah aku pun tak tau sangat...yang menguruskan segala perjalanan aktiviti bebudak ni...Oh..lupa laks..anakku si Along pun join jugak perkhemahan ni..dah nak sangat aku bagi jerlah pergi..Dah tu kenalah bayau RM50 untuk semua makan minum, khemah, aktiviti yang disediakan...Biorkan dia dapat tekanan sikit...daripada main game..baik dia exercise sikit kat situ..haha..

Di bawah ini adalah antara peristiwa yang berlaku dari waktu pendaftaran seawal pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari..untuk hari pertama....Aku yang bertugas sebagai dokumentasi kenalah datang awal sikit...huhu...nak ambil gambar penting2 untuk laporan nanti..Tapi aku tak dapat ambil semua gambar terpaksalah minta bantuan rakan ku komandam kem, Cikgu Mutalib untuk  ambil gambar yang penting2 semasa ku takder nanti....Sebenarnya aku ada rakan setugas lain dalam bahagian dokumentasi nih..Cikgu Aishah namanya..Tapi dia tak dapat nak jalankan tugas sebab anaknya sakit...Takperlah aku faham..kalau anak dah jatuh sakit ni huru-hara jadinya hidup ni ..Semua ni ujian dari ALLAH SWT...Apapun kena banyak bersabar...
Tapak khemah peserta..

Aktiviti pendaftaran..Tu Cikgu Saadah...Baju kuning Ustazah Normala..yang cun..phewwiit.

Ibu bapa yang hadir menghantar anak-anak...

Along dan Cikgu Zahrani yang vogue

Naik bas nih..tu baju merah tu kak Maznah yang bawa bas dia tuh...

Cikgu2 bersantai di wakaf..Kat belakang tuh dewan budak-budak berhimpun...

Komandan kem Cikgu Abdul Mutalib.....Good job boss...

Adegan mengusung khemah yg da siap di bina ke tapak perkhemahan..

Usung jangan tak usung anak2..hihi

Along and his group members were doing their activity..hoho

Wat gapo nih..?? Ikhtiar hidup kalu takder air kot...

Untuk peristiwa kali kedua akan menyusul kemudian..ahaksss..

Khamis, 26 April 2012

Lawatan .....Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput Melaka

 Dijangka pada hari ini akan adanya satu sidang lawatan dari jemaah panel sekolah kluster kecemerlangan ke SKPR Melaka..Kita orang dah diberitahu tentang lawatan ini lebih kurang seminggu yang lepas....Setelah rakan-rakan seperjuangan SKPR bertungkus lumus menyediakan persiapan hingga ke saat akhir kitaorang diberitakan bahawa lawatan ini dibatalkan oleh pihak mereka...Kitaorang semua terkejut beruklah..yelah dah bersedia bagai..tapi tak jadi..Amat mengecewakan kitaorg semua...Sedih pun ada...yelah preparation semua all out and very2 outstanding... Tapi tak jadi..Alasannya sebab GB (guru besar) takder..huhu..GB memang takde sebab beliau ada meeting kat Perlis...Apalah nasib...Sabar jerlah ubatnyer..Nak wat camno kan? salah saper tuuuuu...?? hihi..Apapun aku kagum dengan semangat juang rakan-rakan yang memang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menjayakan program menerima tetamu 'kehormat' ni..hehe...siap ada pameran dan tarian anak-anak didik SKPR...Apapun syabas SKPR..Anda yang terbaik...hehe...Sajer nak menaikkan semangat rakan-rakan yang da banyak berkorban untuk sekolah kluster ni... Kat bawah ada foto-foto yang aku cilok dari FB SKPR..hehe
Susun kerusi nak bergambar dengan depa...

GPK koku, En Saadon dan guru..En Hasbullah

Kebitaraan Sains
Tarian Merak..Best tau

Penari2 cilik yang berbakat besar..
Ketua panitia Sains..En Ab Rahman ngan AJK nyer...


Aku n the gang...

Kebitaraan Ragby..aku menumpang di belakang tuh..Nyibuk jer...hehe

Best tau pameran nih...kreatih diorang nih..

cantik binaan tuh..

gambar kenangan kitaorang ..hihi ngan baju sekolah seragam terbaru..kelas gitewww..
D

Cetusan Hati Nurani



Tetiba di hati dan minda ini teringat dan terimbas dengan kenangan silam...terasa pilu dan ngilu menusuk di hati ....juga mengingatkan kenangan itu semakin lama semakin menjauh sedangkan kematian pula semakin menghampiri...diri ini pula semakin hari semakin tua...menunggu masa untuk menerima panggilan Ilahi...yang entah bila??? emm..sungguh mendebarkan....

Aku juga terkenang  kepada saudara mara, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang telah meninggalkan dunia yang fana ini mendahului diriku untuk menemui Tuhan yang Baqa'.....Alfatihah buat mereka semua...Semoga mereka  ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Aminn.

Apabila difikirkan, semakin lama  hidup aku semakin takut dengan apa yang aku lakukan di dunia ini...Banyakkah amalan dan pahala yang aku kumpul untuk hari akhirat ku nanti ?? apatah lagi di alam kubur sementara menunggu hari pengadilan yang bakal menjelang....Cukupkan amalan ku untuk membawa diri ini ke alam syurga...emmm...entahlah...Di kala ini juga aku semakin sedih mengenang diri ini yang banyak kekurangannya sebagai hamba ALLAH...Terasa diri ini amat jauh dariNYA kerana amalanku yang begitu sedikit...Terasa amat malu aku pada NYA kerana sejak akhir-akhir ini aku lebih mementingkan hal-hal keduniaan dari akhirat ..huhu
Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa ini..Amin..

berasap......tuh

Sejak kebelakangan ini juga aku telah banyak belajar...ya belajar untuk menjadi manusia yang sabar..bukan mudah untuk aku bersabar  kerana aku mempunyai penyakit panas baran yang merupakan warisan turun temurun......mungkin..huhu..entahlah ye atau tidak..aku pun tak tahu...Yang aku tahu aku mula menjadi seorang yang pemarah sejak aku sekolah di sekolah rendah lagi...Uhuks...
Sahabatku ..Sabar adalah ubat segala penyakit hati di dunia ini...Kejayaan dan kemenangan umat Islam selama ini adalah sabar dalam menerima ujian dan dugaan ALLAH dan apa jua musibah..Sabar dalam menghadapi pelbagai ragam manusia...sabar dengan anak-anak dan sabar dalam segala--galanya...Kerap kali juga aku tewas untuk menjadi manusia yang sabar..Tapi ada seseorang  yg selalu memberi nasihat dan semangat untuk aku bersabar...Istighfarlah ketika sedang marah...dan ambil wudu' katanya...
Itulah suamiku 'Mr Hubby'...Terima kasih kerana membimbingku untuk menjadi seorang sabar walapun tidak sehebat Rasulullah dan para nabi yang lain...Mr Hubby seorang yang agak penyabar dan lemah lembut...Tidak mudah aku untuk menjadi sepertinya... sentiasa tenang dan relaksss sahaja...tetapi aku akan belajar sedikit demi sedikit mengawal kemarahan  akibat bisikan serta hasutan syaitan yg tidak pernah berpenghujung ini....InsyaALLAH....Aku rasa semakin bersemangat untuk menjadi manusia yang lebih baik dari  hari semalam...Amin...

Luahan rasa dan cetusan hati ini dari
insan yang serba kekurangan
di sisi TUHAN

Selasa, 24 April 2012

Dunia Seni Visual Tahun 1

Berkaitan Dunia Seni Visual Tahun 1  (rujukan)

Gambar Hiasan:Lukisan seekor katak Oleh Cikgu Aishah Abu SK Paya Rumput..




Standard Prestasi DSV KSSR
Tahun 1

http://www.slideshare.net/marshiza/613-standard-prestasi-dunia-seni-visual-kssr-tahun-1-1

Standard Kandungan DSV
Tahun 1


Rancangan Tahunan DSV
Tahun 1

Krubong Perdana

Minggu lepas sempat juga aku melawat rumahku di Krubong Perdana Melaka..Sajer2 singgah dengan Mr Hubby....dan anak-anak...Sebenarnya rumah ini dah dimasuki pencuri awal tahun ni...bukan curi barang2 pun tapi kabel elektrik dalam rumah..habis diumpilnya tingkap tapi tak dapat cuma rosak jer yang dapat..isk..isk...isk....Kiri kanan pagar dawai plakss habis berlubang dia potong..huhuhu..apalah nasib den...betul2 kurang sopan pencuri..habis plug semua rosak..anggaran kerosakan dalam 2 hingga 3 ribu ringgit..perghhh..redho jerlah..kita boleh buat aperkan..Hanya ALLAH SWT sahaja yang layak membalas perbuatan manusia2 itu...uhuks..Sampai kat sana baru teringat penyapu baru beli tertinggal kat rumah BJ..Aduish...ingat nak sapu sikit2..bersihkan aper yang patut..Tapi takperlah ada masa lagi insyaALLAH...esok lusa boleh datang lagi..bukan jauh pun dari rumah BJ..lebih kurang 20 minit jer perjalanan...dengan kereta... Sudahnya aku dan Mr Hubby bersihkan kawasan halaman rumah yang macam hutan rimba tuh... Penat wooo..dahlah demam....Kat bawah ada gambar kita orang bergotong royong..membersihkan kawasan rumah tersebut..hoho

Baru sampai da..

Ruang depan dan tengah..kotor ada kebocoran di siling kawasan  ini

Ruang Tamu


Dining room dan dapur yang kecil...kena besorkan sikit ok kot..hehe

Dapur agak kecil

Bilik keempat

Bilik ketiga
Bilik air master bedroom
Bilik air kedua

Ruang sebelah kanan..

Ruang sebelah kiri...

Dari arah hadapan


Sedang bergotong royong

Kawasan berhampiran taman permainan

Da nak balik..

Soalan Peperiksaan Matematik Tahun 4 dan 2

Tak lama lagi nak peperiksaan setengah tahun...Ni aku nak share soalan berkaitan matematik tahun 4 dan 2 yang mana dah upload di slideshare...Kalau ada sesiapa nak wat rujukan silalah ambil...

Kertas 2 Tahun 4
http://www.slideshare.net/marshiza/final-year-exam-mathematics-year-4-paper-2r

Kertas 2 Tahun
http://www.slideshare.net/marshiza/selaras-tahun-4

http://www.slideshare.net/marshiza/mid-year-examination-mathematics-year-2

Kertas 1 Tahun 2
http://www.slideshare.net/marshiza/final-year-exam-mathematics-year-2-paper-1

Kertas 1 Tahun 2
http://www.slideshare.net/marshiza/final-year22011p2

Kertas 1 Tahun 4
http://www.slideshare.net/marshiza/paper-1-year-4-14631698

Kertas 1 Tahun 4
http://www.slideshare.net/marshiza/ujian-matematik-tahun-4-k1-14631785

Isnin, 16 April 2012

Cuti lagi...

Hari ni cuti lagi....senang hati den....dapatlah basuh cadar yang telah disalin....kemas rumah, baca buku, sebab nak pekce minggu nih dan macam-maca...Mr hubby kesayangan plaks kerja ..cian dier tak der cuti....esok pulak dengar kata nazir nak datang untuk linus..so aku pun terlibat sekali  untuk observing....tahun ni dah 2 kali kena observe..sekali ngan GB dan sekali dengan nazir kementerian...entah bilalah aku nak selamat...dah duduk sekolah ni 11tahun dah berapa kali tah kena observe..malang tul...huhu...masa zaman  ppsmi dulu memang selalu jgk 'terpilih' untuk kena observe...macamlah bagus sangat!!!!..
Rasa tensen sangat..kalu ikut hati aku nak berhenti kerja jer...tapi kang aku nak kerja apa plak kan??hehe...ini jer bidang yang aku mahir...
Apapun bersyukur jgk sebenarnya masih ada kerja. Bolehlah tolong mr hubby bayar hutang....Aku tak dapat bayangkan kalau aku tak kerja...huhu zaman barang segala...mahal belaka...Aku selalu terpikir orang yang gaji kecik anak ramai plaks tuh...mesti perit hidup mereka di bumi ALLAH ni....tapi rezeki anak pasti ada...ALLAH pasti membantu mereka jika mereka berusaha..kan..kann...kan.
Kalau kat sekolah tu aku memang suka ambil berat anak muridku yang susah2..cian diorang..kadangkala baju lusuh jer...adakala aku sedekat duit jugak kat diorang...Gembira sikit muka diaorang..Tapi aku memang cayang ngan budak2 susah ni berbanding ngan anak2 org kaya kat sekolah ni..Depa yang kaya tu agak sombong dan biadab dengan kita berbanding ngan bebudak yang susah..tapi tak semua...segelintir jer...yang perasan harta mak bapak (pinjaman dari ALLAH semata2) tuh harta diorang jgk..huhu..yelah cikgu dia ni selekeh jer..dan  nampak cikai...langsung da tak pandang kita apatah lagi kita ngajar budak tahap 1 jer...hehe..majuk plaksss...anak aku pun sama perasan mak pak dia loaded..asal nampak aku jer asyik nak minta duit je...camlah aku banker diorang..uhuks...
Aku selalu doakan  depa dapat petunjuk bahawa wang bukanlah segala-galanya...hanya  ilmu, iman di dada   dan amalan yang akan dibawa ke akhirat...huhu...


Rabu, 11 April 2012

Cuti Pertabalan Agung


Hari ni cuti....Cuti Pertabalan Agung Baru dari Kedah...Best betul dapat cuti..dapat baca buku dan sediakan lembaran kerja untuk anak-anak murid serta anak sendiri..hehe..Yang ni aku sediakan untuk anakku Dina yang berusia hampir 4 tahun...Inilah hasilnya..cantik tak.?? haha..okaylah tu kan...Kerja nak cepat jer...hehe janji siap..Tapi oklah juga...berbanding dengan abngnya den dah menunggu sejam tapi tak siap-siap kerja matematiknya... macam-macam alasan yang di buatnya..susahlah banyaklah..dan macam-macam lagi...Anak lelaki dan perempuan memang berbeza dari segi minat belajar..Yang perempuan lebih menonjol fokus kepada pelajaran berbanding anak lelaki yang lebih suka menghabiskan masa main game atau menunggang basikal..Kalau bab pelajaran ni anak lelaki den memang surrender awal2..Yang kecian emaknya....penat buat itu-ini tapi anaknya tak minat....huhu..sabor jelah..
Hasil kerja Dina...hihi


Jumaat, 6 April 2012

Baucer 1 Malaysia Mr Hubby...

Baru-baru ni..Mr Hubby plaks dapat baucer 1 Malaysia...Inipun rezeki kerana dia belajar business kat UUM cawangan Melaka...Ari tu baucer aku dah habis...belanja dia beli buku dan alatulis...Apalagi kali ni aku berhasrat nak beli buku resepi plaks guna baucer dier...kira timbal balas lah nih...Apalagi tanpa menunggu masa...kitaorang terus pergi kedai buku MPH kat Mydin MITC....sambar buku masing-masing...Aku plak beli buku resepi dan buku motivasi diri...Anak-anak beli ensaiklopedia...si dara ku beli buku cerita..Mr Hubby plak beli biografi  pasal Mydin dan buku agama....Habis RM268 jugaklah...Kena tambah RM68 sebab baucer hanya RM200...hihi...beli buku semata-mata...Aku rasa gembira dapat beli buku resepi tersebut..Terima kasih kepada yang memberi baucer...dapat merasa beli buku macam-macam ..hehehe

Ahad, 1 April 2012

Kepenatan...

Hari ni masih lagi rutinku pergi ke kelas OUM... yang terakhir kali sem 8 nih..Kelas orang-orang tua lah katakan... Mula kelas pukul 8.00 pagi...tapi pukul 7.50 aku dah sampai... Masa dalam kelas tengah syok2 dengar tutor berceloteh.. tetiba telefon berdering p...Mr Hubby telefon dari rumah...Ingatkan aper..Rupanya dompetku tertinggal kat kereta lagi satu...Aku tadi bawa kereta Mr Hubby...Alamakss..camno ni..memandu takdo lesen den ghupo eh...Nak makan laks nasib baik ada duit spare dalam beg OUM nih.huhu...Kawan ku kak Ani nak bayarkan tapi....aku tak mo susahkan dia...dia selalu sangat belanja aku...uhuks...Kul 12.00 tengahari..Mr Hubby nak anta assignment dier(aku yang tlg buatkan..huhuhu) kat branch UUM ...terus singgah OUM anta dompetku...Sebab lepas kelas plakss kang aku nak pegi tengok emakku kat hospital Melaka...5 minit perjalanan daripada OUM..tak jauh dari situ...Dah empat hari makku menginap kat hospital...Aku tak boleh kata apa dah...setiap hari pergi melawat dia..tapi tak jaga dia pun  sebab tanggungjawab aku kat rumah tak boleh nak tinggal...Emakku ni ada kencing manis...masa kena haritu dia meracau-racau dah nak pengsan sebab gula dia terlalu tinggi..Lebih kurang 28 bacaan dia...kita kalu normal bacaan dalam 4, 5 atau 6 jer...kecian dier...Buah pinggang pun dah nak rosak tapi tahap belum lagi perlukan haemodalisis...
Kesian juga abahku setia jaga emakku..Penat dier..Almaklumlah dah masuk 64 tahun.Ulang alik naik motor dia dari Alor Gajah ke Melaka...Emak plaks sebelum kena haritu cam-cam dia makan..teh ais, sate, mi sup  dan macam-macam lagi...Macam tak serik jer..dah berkali masuk hospital..Tapi apa nak kata orang sakit kencing manis memang cam tu perangainya..harap tak berlaku pada diriku...hik hik hik...
Harap-harap makku semakin sembuh...kalau tidak aku akan terus melawat dia dan ajak berbual-bual...Nak hilangkan boring dialah katakan..Dalam kul 7.00 malam baliklah..bagi dia tidur..Aku ni bukanlah anak yang baik sangat pun ...Selalu membangkang cakap dier..huhuhu..tapi dah tanggungjawab...sebagai anak aku akan terus membahagiakan mak dan abahku...selagi nyawaku di kandung badan...Walaupun diriku amat kepenatan.....Insya ALLAH...Amin...

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam