Ads

Sabtu, 31 Mac 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Along !!!

Semalam 30 Mac 2012, genaplah 10 tahun kehidupan anakku Muhammad Nabil Farhan (Along) di dunia ini. Selamat ulangtahun anakanda...Semoga panjang umur dan murah rezeki..Dan belajar pandai-pandai tau...Walaupun masih tak fokus dalam pembelajaran...ibu harap awak akan terus berusaha hingga berjaya. Baru ni dapat nombor 2. Namun begitu, no.ke dua dari kelas ketiga ( ada 4 kelas untuk tahun 4)adalah tidak begitu baik..kerana peratusannya masih dalam kategori B. Sekolah SKPR adalah sekolah kluster kecemerlangan..Murid-muridnya juga hebat-hebat belaka...Sukar anakku yang tidak fokus ini mengejar mereka-mereka yang vass-vass gitu...huhuhu...kecuali dia berubah dan fokus serta yakin diri..Oleh kerana dapat no. 2 dia dan rakan-rakan lain (no.1,2,dan 3)dapat mengikuti rombongan ke Karnival Pendidikan Negeri Melaka pada 5 April nanti...
Doa ibu awak berjaya di dunia dan yang penting di akhirat..InsyaALLAH..Kat bawah gambo majlis ulangtahun untuk keluargaku jer...uhuks..


Kek hari lahir yang kesepuluh kali..uhuks..

Sibuk jer budak pompuan tuh..hihi

Dina pun menyibuk potong kek...

Dina yang over..Along Cam sedeh jo..hihi

Sayang adik ngan Along...

Khamis, 29 Mac 2012

Hijrah...

Sudah tiba masanya untuk aku berhijrah ke tempat yang baru....Kurasa sudah terlalu lama ku berada di tempat ini...Banyak suka duka ku harungi...Aku ingin sekali pergi dari sini...Lagipun tiada tempat lagi untuk aku di sini....Ku rasakan diri ini tersisih dan tidak diperlukan lagi..Lagipun, aku hanya hamba ALLAH yang serba serbi kekurangan dan perlukan pembaharuan untuk memperbaiki segala kelemahan diri...InsyaALLAH...ku menunggu masa untuk melakukan penghijrahan itu..Itupun jika diizinkan ALLAH...Ku tahu banyak kemungkinan akan terjadi di tempat baru. Mungkin juga segala kepahitan yang akan ditempuhi...Tapi tidak dicuba kita tidak tahukan???huhuhu..Semoga ALLAH memberkati hidup ini....Aminn...

Selasa, 27 Mac 2012

Kem Jati Diri Di Tropical Fruit Farm, Sungai Udang Melaka

23-25 Mac lepas sekolahku telah mengadakan Kem Jati Diri atau kata nama lainnya kem motivasi khas untuk meningkatkan keyakinan para pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR  bakal mendatang....Lokasi kali ini sama seperti tahun lepas iaitu di Tropical Fruit Farm Sungai Udang Melaka..Apasal lah Melaka ni suka sangat letak nama omputeh  ha??? Nyampess...
Berbalik kepada lokasi ini, ia amat menarik memandangkan kehijauan kawasan ini yang pasti memukau sesiapa yang datang..Terdapat chalet dan asrama sebagai penginapan..Bebudak ni nama jer  pergi kem tapi tidurnya di chalet... Agak selesa chalet atau asrama di sini...Bilik yang diduduki terdapat katil double decker dan tilam tambahan. Satu asrama boleh memuatkan lebih kurang 30 orang dalam satu masa. Dengar kata kawan ku kat ctu pun ada chalet untuk famili... Harganya dalam RM90...Ada aircond dan TV disediakan... Dalam kawasan Tropical Fruit Farm ini ada macam-macam tumbuhan dan buah-buahan serta bebunga yang boleh didapati..Binatang seperti unta, kancil, ostrich pun ada...kalau nak makan pun boleh buah-buahan sebab da masuk dalam pekej..Tapi aritu satu buah pun tak nampak...anggur pun tadak buah...lagipun aku tak merayap banyak tempat tak sempat beb..hehe...ada kerja menanti...
Di bawah adalah antara foto-foto menarik (chewwah) semasa berada di sana..

Ish..terbaliklah plak..camno nak betui ni...

Banyaknyer bunga teratai...yuuhuu..I like...



Replika Stadhuyst, bersama Puan Normala...kawanku..hihi ayui gitu..


Replika raga sia...

Dalam asrama....

Murid-muridku di hadapan asrama...

Muzium Kapal Selam Di Melaka

Ni kisah kapal selam di Melaka pulak ler..Dah lama pergi tengok tapi baru sekarang nak buat entry pasal ni...Dengar kata kos bawa dari Perancis bernilai RM12 juta lebih...pergh...memang mahal giler..yelah besar bebeno...memanglah susah nak mengangkutnya. Masa aku n famili pergi tu kena bayar Rm2 jer sekeluarga...Tapi  tak dapat masuk dalam lah plak...Masih diselanggara lagi... SMD Ouessant adalah merupakan sebuah kapal selam diesel kepunyaan Tentera LAut Perancis yang telah digunakan dari tahun 1978 hingga 2001. Ianya diserahkan kepada TLDM oleh mereka  untuk memberikan peluang kepada TLDM belajar selok belok pengendalian kapal selam sebelum mula menggunakan kapal selam Scorpene. 
Kalau nak tengok mehlah datang melawat di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka... Agak-agaknya berbaloi tak kerajaan negeri keluarkan duit berjuta-juta ringgit untuk menayangkan benda alah yang dah season nih?  Apapun kita dapatlah jugak tgk kapal selam secara live kan? uhuks...Ni asyik tengok kat TV jer...Tapi kalau sekarang dengar kata dah boleh masuk ke dalam dan bayaran pun telah dinaikkan....Apa kata anda pergi sekarang..hehe.. kat bawah ni gambar kapal selam tuh...


Dah usang dah kapal nih...

Best kalu dapat masuk...Tapi maser ni aku tak dapt masuk..Belum bukak lagi..

Jumaat, 16 Mac 2012

Cendul Pulut VS ABC...@ Pantai Klebang...Melaka

Mak aii...kecur air liur bila teringat cendul pulut ais kepal...pergh... aku dan Mr Hubby memang gemor bebeno ngan cendul pulut ..Aku pun gemor ngan ABC....aper lg baru -baru ni pi minum dan bila order ...rembat dua-dua sekali...Kita orang pi minum kat Pantai Klebang yang telah ditambak tu...kita org baru pi makan kenduri kahwin anak kawan hubby...lepas makan jer teringin plakss gi minum cendul pulut ngan ABC kat ctu...memang best...cendulnya sedap... air gula plak memang manis..Tambahan pula santan dia pekat kaw..kaw..Bleh kencing manis dibuatnya..Tapi tula menyebabkan air lioq meleleh...cam baby baru tiga bulan..ayaq lioq asyik meleleh jah..hihi..Kat bwh adalah gambar cendul pulut nagan ABC yang diorder itu hari...hahaha 


Aku suka abc yang ada kacang goreng..pergh terangkat


Lemak manis...fuhhh.nikmat dunia..

Khamis, 15 Mac 2012

Nasi Arab


Baru-baru ni aku bersama Mr Hubby  teringinlah makan nasi arab....Tapi kat Melaka ni aku tak tau nasi arab mana yang sedap...Sambil keluar naik kereta tu aku telefonlah Kak Liza kawan sekolahku yang pernah makan nasi arab kawasan Melaka nih...Dia kata dia tak tau lalu dia bagi hp kat suami dia..suami dia kata kawasan yang banyak restoran nasi arab ialah kawasan Bukit Beruang  berhampiran dengan Universiti Multimedia..dia pernah makan kat Restoran Dima kat ctu....Apabila dah sampai kat kawasan tu memang sederet restoran nasi arab kitaorg jumpa tapi aku pergi kat restoran Dima tu jgk...aku tengok ramai bertul mat-mat Arab sedang  makan kat ctu (hensem-hensem jugak mat Arab ni yer...harap suami tak baca statement ni hahaha..)..Minah Arab, aku tak nampak plakss....Rasanya budak-budak Arab ni student kat MMU situ..Tauke restoran ni pun  orang Arab..tapi ada dua tiga orang pekerjanya budak Melayu kita.

Nasi agak kering...tak macam nasi minyak Melayu yang lembab dan lagi best...Ayam tu boleh tahan rasanya tapi stail arab...minyak kurang kot....tapi takper..kolestrol kurang sikit...hehe
Nasi Arab yang aku pilih ni aku tak tau namanya..tapi dia letak atas talam dengan ayam ditengah2..Biasalah nasi arab memanglah camtu kan...Dulu teringat masa aku kecil di Pontian dulu kalau sekolah buat Maulidurrasul mesti bila tang jamuan ajer kita orang makan stail macam ni..dah jadi tradisi kat sekolah tu dan kawasan orang ctu...Tapi memang best bila dah berebut-rebut makan...jadi seronok pulak...rindu suasana tuh..uhukss
Teh ni adalah teh arab...sedap jugak. 

Pencucui pulut tah haper namanya...diperbuat daripada pisang yang dicampur tepung, madu, gula dan krim..hmm...mula-mula makan sedap...lama-lama jadi muaklah...
Inilah..aset Mr Hubby...Baru gi tengok semalam...Banglo setingkat. Lokasinya di kawasan Krubong Melaka. Dah terbangai 2 tahun tak berduduk...Kecian umah ni...cantik tapi tidak diduduki...Luas kawasan tanah rumah ni  50 x 80 kaki persegi...Ada yang berminat tak?  hehe..Sebenarnyer tak nak jual pun...sayang tau...harga beli ari tu lingkungan RM169000 jer...Murah kan???
Ingat nak buat homestay jer..Itu pun kalau  da ada modal..Sekarang ni tengah kumpul modal..hehe...maklumlah gaji kecik..Aku teringin nak duduk memandangkan kawan-kawan aku ramai duduk sini...tapi aku pun dah selesa kat rumah yang ada nih.....rumah teres double storey (22 x 70) yang aku beli pada tahun 2002dengan  harga sekitar RM100000..berlokasi di kawasan Cheng Melaka.....Hampir dengan tempat kerjaku dan Mr Hubby lagi...Tapi rumah aku ni tak menarik berbanding dengan jiran-jiranku yang semuanya vass-vass belaka..phewwiiitt....Apa-apapun aku bersyukur sesangat ada tempat berteduh.....Berbalik tentang harganya  murah kan??? Sekarang mana ada rumah double storey (22x70) dapat harga RM100000 lagi...Semuanya dah over RM150000...pergh parah kalau beli zaman sekarang...
Tapi bila difikir-fikirkan balik...beli rumah besar2 pun sok mati masuk kubur yang sempit..Kalau banyak amalan yang di bawa selamatlah kita tapi jika amalan kurang ..Wallahualam..Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...Uhukss...Semoga ALLAH Mengampunkan dosa-dosa aku...aduih sedih...

Cuti Pertengahan Penggal 2012

Yeayy...Assignment semester 8 semua dah ciap...Lega rasanya...Cuti pertengahan penggal ni den tak gi maner...Cuma anak2 lelaki ku hantar balik ke kg nenek dia di AG...tinggallah puteriku yang menemankan aku..kesian die...takder kawan....hari-hari dia suruh aku n Mr Hubby pergi ambil angah dier...sayang angah lebih nampak..hihi..Kata dia, Ibu..ibu ameklah angah...nina takder kawan ...nina bosanlah"...itulah kata-kata budak berumur tak sampai 4 tahun...dah tahu perkataan bosan...Bosan ibu ni dia tak faham plakss..huhu...Kalau boys ni takder, amanlah cikit aku nak buat kerja...hihihi..kalu tidak kerjanya aku menjerit jer..cam tarzan...Aku jatuh kesian ngan jiran tetangga...asyik terpaksa dengar suaraku yang tak berapa nak merdu ni terjerit-jerit marahkan boys ni semua...hahaha..maaf ye jiran-jiran ...
Semalam GPK 1 dah tipon suruh datang Jumaat ni untuk pemberian wang RM 100 untuk bebudak tahun 1...sebab masa tahun lepas diaorang kat tadika tak dapat ler...adoooiii...baru nak kemas rumah dan nak buat cam-cam kerja...tapi takperlah...dah tugas....terima dengan redho dan pasrah..hihi...
Mr. Hubby plaks asyik kerja memanjang....minggu ni kerja malam...uhuks...tapi lebih baik  kerja kan..daripada tak kerja...siapa nak bayar bil-bil kat rumah ni semua..kalu tak dia..hahaha aku tak pernah ambil tahu...cian Mr Hubby....
Hari Ahad ni plaks kelas keempat OUM....huhuhu..nak anta 1 assignment lagi..2 lagi da anta  online...senang cikit proses anta tapi nak markah tinggi tu aku tak jamin...penat2 aku buat ayat...dia kata plagiat...sudahnya aritu markah 24/30 dan18.5/20...untuk math...Proposal Kajian Math..pensyarah aku tu bagi 33/40 jer..antara tertinggi jgklah dalam kumpulan aku..kawan aku daripada kumpulan lain  ada yg dpt 39, 40...Aku cakap kat dier...org lain kenapa boleh dapat 40..Dia balas balik...pensyarah lain tu tak kesian pelajar...hal-hal penulisan mana boleh dapat perfect lainlah kalau soalan macam 5 + 5 atau 2-1...bolehlah kau dapat markah penuh..hihi..dah memang pensyarah aku ni pakar dalam kajian...nak buat camno..huhuhu..redho jerlah..

Sajer letak gambar anak daro den..cun tak??hihi Kesayangan Den nih...

Hobi anak daro den >>>>makan gula-gula...gigi pun da rongak..uhukss

Ahad, 4 Mac 2012


Hari ni pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab dah bersiap-siap untuk pergi kelas dewasa OUM aku....Penat betul rasanya...Selepas hari semalam seharian membuat tugasan OUM yang pertama....Walaupun istilah cuti sabtu dan Ahad menjadi rutin hidupku pada setiap minggu, namun aku rasa aku tak pernah merasai kenikmatan cuti itu...Aku rasa kebanyakan orang pun macam tu..mungkinlah agaknya...
Mungkin cuti dan rehat sepenuhnya akan kita nikmati sewaktu kita sakit teruk atau mungkin sesudah kita mati nanti...uhuks..(YaALLAH panjangkan usia kita semua..AMIN)...
      Dalam kehidupan yang fana ni, tuntutan kerja  tak sudah-sudah, semakin hari, semakin bertambah...Kerja untuk cari makan kita, kerja untuk rumah tangga  kita, kerja untuk menambahkan ilmu kita, kerja untuk mendidik anak kita semua atas pundak kita...Kadangkala aku rasa give up dan rasa nak quit jer dari belajar atau berhenti jer kerja mengajar..Tapi bila difikir-fikirkan balik...rugi pulak...siapalah yang menanggung hutang piutang yang aku ada ni...hahaha..Jiwa aku pun memang tak boleh dipisahkan daripada mendidik anak bangsa..I Love to teach the humans.......Dan terima kasih ALLAH kerana menjadikan aku seorang manusia yang bergelar  guru atau pendidik yang nerusaha membina minda dan jiwa manusia ke arah positif...Aminn..Apapun ini hanyalah sekadar luahan perasaan..aku tetap akan teruskan perjuangan ini hingga ke akhir hayat...sebelum nyawaku diambil oleh malaikat Izrail..Ku akan terus berusaha hingga berjaya..Dan semoga ALLAH sentiasa merahmati dan membantu segala urusan kita semua..Insya ALLAH.....Amin...

Sabtu, 3 Mac 2012

Tafsir AlQuran: Surah Alfatihah


Hari ini aku nak kongsi satu surah dalam alQuran dengan tafsirnya sekali...Selalu kita  bacakan??? Tapi ada di antara kita mungkin tidak mengetahui maksudnya...so aku nak share sama...




Surah Alfatihah:

Maksudnya

[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon  
     pertolongan.
[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-
     orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Ya Allah, sesungguhnya Engkau MAHA PEMURAH kerana telah memberikanku rezeki dan Engkau juga MAHA MENGASIHANI kerana sentiasa membantu ketika ku dalam kealpaan dan kesusahan...Tiada tempat lagi aku mengadu...selain daripada Mu YA ALLAH....YA ALLAH semoga KAu selalu merahmati kami umat Muhammad dan melindungi kami dari kesesatan dan fitnah dunia, serta hasutan iblis dan sekutu-sekutunya...YA ALLAH...Lindungilah rakyat Palestin yg ditindas manusia kafir itu ...kerana...Tiadalah aku berdaya menolong mereka  melainkan memohon doa dari MU YA ALLAH YA TUHANKU  RABBUL IZZATI...Perkenankanlah doa hambaMU yang hina ini.....Amin Ya rabbal Alamin

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam