Sabtu, 11 Februari 2012

Bakso yang enak...

Bakso...adalah satu menu yang amat popular di Indonesia. Bakso atau baso adalah jenis bola daging yang selalunya terdapat dalam masakan Indonesia. Bakso umumnya dibuat dari campuran daging kisar dan tepung ubi, akan tetapi ada juga bakso yang terbuat dari daging ayam, ikan, atau udang. Dalam penyajiannya, bakso umumnya disajikan panas-panas dengan kuah sup daging, dicampur mi, bihun taugetauhu, dan kadang-kadang telur, ditaburi bawang goreng dan seledri. Fuh... sedapnya..Aku memang suka bakso dan makanan bersup lain...seperti mee sup, Tomyam, dan sebagainya...Huhuhu.. Kalau di Melaka ni...aku memang dah tahu tempat bakso yang  sempoi dan sedap....Yang penting bebola dagingnya memang berperisa dan mantop gitu....Gerai adik yang menjual ni terletak di Pantai Klebang Melaka berhadapan dengan laut  Selat Melaka ...Memang syok aa..makan kat situ...Angin pun kuat...apa yang istimewanya bebola daging tuh dibuat sendiri dengan ramuan yang secukup rasa...dah banyak kali juga pergi kat situ...sebab mr.Hubby dan anak-anak pun suka banget dengan bakso nih...Selain bakso, keropok lekor yang dijual juga enak dan lain dari yang lain kerana kerangupannya dan rasanya yang sedap...Kat bawah ada foto-foto anak-anak menikmati bakso...Foto keropok pulak terlupa nak ambil sebab terlalu asyik makan sampai berebut-rebut ibu dan anak..ahaksss..(lupa diri jap)...

Berselera amat Angah makan...hihi...

Sempoi tapi alhamdulillah ...sedap

Adi pun suka  makan juga...

Siapa yang singgah di Melaka boleh cuba di gerai ini dan gerai -gerai lain yang  bersusun-susun di sepanjang pantai Klebang ini...Selain itu, anda boleh juga bawa anak-anak bermain layang-layang di sini..kerana layang-layang pelbagai jenis ada dijual ..(tapi aku sendiri pun tak pernah beli untuk anak2 hahaha)... Kat pantai Klebang juga ada tarikannya dengan terdapatnya Muzium Kapal Selam..yang di bawa dari luar negara.(tempat ni pun aku lum pergi lagi sebab aku selalu datang malam..malam tempat tu tutup..uhuks).....Selamat datang ke Melaka !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini