Ads

Selasa, 28 Februari 2012

Teka-teki ...Wakaka





Syarikat apakah yang terbesar di dunia?


Air apakah yang tidak akan beku?


Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus?


Apakah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan?


Kamu balingnya bila ingin digunakan, dan tariknya bila selesai digunakan?


JAWAPAN
- Amerika Syarikat
- Air panas
- Salah
- Telur
- Sauh

Ahad, 26 Februari 2012

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG ISLAM


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia, dan di USA pula nama paling popular ialah ‘Jack’

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai arti bubuk

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhan paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dianggarkan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030

7. Agama Hindu percaya bahawa di dalam Ka’Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam‘

8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya sekali dalam hidupnya

9. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

10. Nama original dari kota suci Madinah adalah “YATHRIB”

Jumaat, 24 Februari 2012

I likeeee....Lisa Surihani dan Yusri.....Tahniah...

Tahniah kepada artis popular Lisa Surihani dan Yusri Abd ul Halim yang telah melangsungkan pernikahannya semalam 23 Februari 2012...Sungguh sepadan....sama cantik dan sama popular...Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat..InsyaALLAH...
Diambil dari FB: BlissCandid


David Teoh berceloteh apa tuh?


Comel Lisa ...Anugerah dari Ilahi...

Sabtu, 18 Februari 2012

Adakah sahabat seperti ini disekelilingmu?





Dalam hidup ini, disekeliling kita memang ramai kawan, rakan dan sahabat...Tetapi adakah  setiap daripada mereka ikhlas dengan kita? Mungkin ada, tapi jarang-jarang....Untuk mencari sahabat sejati bukanlah mudah di zaman ini....Dan....Aku pun bukanlah sahabat yang baik...Banyak kelemahan yang aku ada..kerana aku tahu aku bukanlah manusia yang  sempurna...Tetapi dalam bersahabat, aku cuba juga buat yang terbaik....setia, suka tolong -menolong, menjaga hati mereka dan cuba bersabar dengan kerenah sebilangan mereka...walaupun aku tahu aku tidak sekuat Rasulullah dan para nabi yang lain serta wanita-wanita ahli syurga seperti Siti Khadijah, Siti Fatimah, Mashitah dan yang lain-lain..uhuks....aku akan cuba...Dalam hidup aku juga, aku tidak berjumpa lagi sahabat yang aku tengok betul-betul ikhlas dengan aku..Walaupun mereka baik dengan aku, aku dapat rasakan...keikhlasan itu tidak sampai ke jiwa aku...uhukss....aku tahu lumrah alam, manusia seringkali mementingkan diri dan berkawan untuk berusaha mempergunakan kelebihan orang lain untuk diri sendiri....
Waima, suami  atau isteri kita juga bukanlah sahabat yang sejati untuk diri kita...mungkin mereka ikhlas atau mereka terpaksa kerana sudah terjebak berkahwin dengan kita. Apapun...sebagai pasangan, kesabaran itu penting walaupun sukar untuk melakukannya...
Kebanyakan sahabat yang aku jumpa juga selalunya manis di mulut atau hadapan kita, tapi di belakang kita dia mengata dan memburukkan kita...Redha dan bersahabarlah berkawan dengan orang seperti ini....Apabila rasa  nak marah. dengan perangai buruk mereka....berzikirlah kita dengan nama ALLAH SWT...tenangkanlah hati dan hiasi peribadi kita sendiri....
        Sepanjang hidup aku, aku belum lagi berjumpa dengan sahabat yang benar-benar membahagiakan jiwa aku....cuma ada segelintir sahabat yang bolehlah dikatakan sejiwa dengan aku...Itupun jarang bersua....
Kalau boleh, apa yang aku nak ialah sahabat yang boleh membimbing aku ke arah kebaikan dunia dan akhirat...mengingatkan aku tentang segala perintah ALLAH yang perlu dilakukan dan menyedarkan aku tentang bagaimana untuk menjauhi segala larangan ALLAH dan perkara-perkara buruk......Wahai...Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH sekelian..Semoga kita semua akan menjadi sahabat sejati.....dan bertemu dengan mereka yang ikhlas dengan kita..Yang kita panggil sahabat sejati dunia akhirat...InsyaALLAH....Amin

Sabtu, 11 Februari 2012

Semester 8 @OUM Melaka

Dah hampir dua minggu aku berada di semester 8 OUM..bermakna tinggal lagi 2 semester..Ni pun satu tugasan pun aku lum cari bahan...pening kepala aku ...dengan lambakan kerja-kerja KSSR lagi..kelas tambahan lagi...kerja-kerja rumah lagi(tapi sempat lak update status di FB dan blog)...uhuks..tapi badanku tak juga kurus..apakan daya selera makan tinggi ... Semester lepas pointerku jatuh merudum-rudum...hanya dapat 3.22 jer...CGPA terkumpul pun turun kepada 3.67..Apapun alhamdulillah lulus..cuma math ni aku pun bukannya pandai bebeno....Terpaksa ambil course ni sebab alasannya opsyen di maktab jadi tok leh tukar...Adik-adik opsyen kat sekolah ni pulak bila sambung belajar baru-baru ni semua ambil course lain..tah camno diorang leh tukar pun tak tahu....cuma kursus diorang tak sama denganku...Zaman aku dulu tokleh tukar dalam mengikut perjanjian ngan KPM...Terpakso yolah stay ngan matematik kesayangan...uhuks..InsyaALLAH semester ni cuba buat yang terbaik....Tapi tugasan sekarang hantar online..asyik kena potong markah jer...sebab ceduk sana sini sikit lepas tuh dituduh plagiat...wakaka..aku punya ubah ayat pasif jadi aktif..ayat aktif lak jadi pasif pun dikatakan plagiat..ahaks ..apalagi semester lepas banyak lah yang kena potong..Yang bengang tuh tutor beritau buat sekian-sekian tapi pemeriksa pulak tak nak macam tuh..beza pendapat jadinya...Yang menjadi mangsa kitaorang lah...murid2 tua nih..wakaka

Bangunan OUM Melaka...Foto  Diambil dari blog seorang tutor-
                                                          http://oum-perak.blogspot.com

Bakso yang enak...

Bakso...adalah satu menu yang amat popular di Indonesia. Bakso atau baso adalah jenis bola daging yang selalunya terdapat dalam masakan Indonesia. Bakso umumnya dibuat dari campuran daging kisar dan tepung ubi, akan tetapi ada juga bakso yang terbuat dari daging ayam, ikan, atau udang. Dalam penyajiannya, bakso umumnya disajikan panas-panas dengan kuah sup daging, dicampur mi, bihun taugetauhu, dan kadang-kadang telur, ditaburi bawang goreng dan seledri. Fuh... sedapnya..Aku memang suka bakso dan makanan bersup lain...seperti mee sup, Tomyam, dan sebagainya...Huhuhu.. Kalau di Melaka ni...aku memang dah tahu tempat bakso yang  sempoi dan sedap....Yang penting bebola dagingnya memang berperisa dan mantop gitu....Gerai adik yang menjual ni terletak di Pantai Klebang Melaka berhadapan dengan laut  Selat Melaka ...Memang syok aa..makan kat situ...Angin pun kuat...apa yang istimewanya bebola daging tuh dibuat sendiri dengan ramuan yang secukup rasa...dah banyak kali juga pergi kat situ...sebab mr.Hubby dan anak-anak pun suka banget dengan bakso nih...Selain bakso, keropok lekor yang dijual juga enak dan lain dari yang lain kerana kerangupannya dan rasanya yang sedap...Kat bawah ada foto-foto anak-anak menikmati bakso...Foto keropok pulak terlupa nak ambil sebab terlalu asyik makan sampai berebut-rebut ibu dan anak..ahaksss..(lupa diri jap)...

Berselera amat Angah makan...hihi...

Sempoi tapi alhamdulillah ...sedap

Adi pun suka  makan juga...

Siapa yang singgah di Melaka boleh cuba di gerai ini dan gerai -gerai lain yang  bersusun-susun di sepanjang pantai Klebang ini...Selain itu, anda boleh juga bawa anak-anak bermain layang-layang di sini..kerana layang-layang pelbagai jenis ada dijual ..(tapi aku sendiri pun tak pernah beli untuk anak2 hahaha)... Kat pantai Klebang juga ada tarikannya dengan terdapatnya Muzium Kapal Selam..yang di bawa dari luar negara.(tempat ni pun aku lum pergi lagi sebab aku selalu datang malam..malam tempat tu tutup..uhuks).....Selamat datang ke Melaka !!!

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam