Ads

Selasa, 17 Januari 2012

Chicken chop Ala Mamasyaza


Minggu lepas, aku dah mencuba satu resepi barat yang mudah iaitu Chicken chop yang ku panggil Chicken chop Ala Mamasyaza...hehe ..perasan laks den....Resepi ini ku perolehi daripada buku masakan yang dibeli oleh Mr Hubby di pesta buku di Melaka...Dihasilakan oleh Chef Hanieliza...Hasilnya memang sodap...hingga menjilat segala jari  yang ada...haha.. Kat bawa aku nak kongsi resepi tersebut..Kalau berminat bolehlah cuba yer...hihi

Foto Chicken chop Ala Mamasyaza
(Gambar melalui HP Samsung Mini Galaxy) tu yang  tak cantik tuh..huwaaa...
Chicken Chop yang telah dihias menarik...


Ni dia bahan-bahan dan kuah lada hitam...sedap woo...


Bahan A ( untuk 4 orang)
4 ketul paha ayam
8 sudu makan tepung serbaguna
2 sudu teh lada putih
1 cawan minyak masak

Cara Membuatnya:
1. Bersihkan dan buang tulang ayam daripada daging paha.
2. Perap paha ayam dengan serbuk lada putih beberapa jam.
3. Salutkan ayam dengan tepung serbaguna.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga masak.
5. Susunkan semua bahan di dalam pinggan dan siramkan dengan soso lada hitam...

Bahan B (untuk sos lada hitam)
Sebiji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 sudu makan lada hitam  (dikisar)
2 sudu sos tomato
2 sudu makan kicap
2 cawan air rebusan tulang ayam paha tadi.
2 sudu teh tepung jagung (bancuh dgn air) ...kalau nak pekat tambah cikit lagi..
Garam dan sedikit gula
minyak bagi menumis

Cara membuat Sos Lada Hitam
1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Apabila sudah pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan bancuhan tepung jagung.
4. Kacau hingga sebati dan masak mengikut kepekatan soso yangt dikehendaki. Masukkan garam dan gula
    secukup rasa.
5. Hidangkan dengan chicken chop dan hiasa lain seperti hirisan timun, salad dan hirisan tomato..


 Selamat mencuba...cheh..perasan laks den..hihi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam