Ads

Sabtu, 28 Januari 2012

Kuih.Cek Mek ....dan keria...

Hari ni aku rasa nak buat kuih kegemaranku iaitu kuih cek mek dan keria.(wah ...semuanya manis2 belaka bahayo nih)..Memandangkan mr Hubby dah beli keledek ngan labu dua biji...dan dah terbiar beberapa hari sebab aku sibuk ..konon takder masa nak menguruskannya..haha...ari ni aku  bangun kul 4.30 pagi..selepas sembahyang isyak..huhu selalu terbabas sebab ketiduran..penat sangat lah konoonn...ahaks...Selepas sembahyang terus basuh baju..ala guna mesin separuh automatik jer..uhuks....sambil2 tuh kupas kulit keledek...untuk direbus....bagi dibuat kuih cek mek dan keria...kuih kegemaranku itu.....kat bawah ada foto2 pembuatan kuihku yang enak dan lazat tuh serta resepinya sekali...(ala perasan lah plaks..hehe)...

Setelah diadun dan dibentuk


Resepi Kuih Cek Mek ( diambil dari http://resepi.mesra.net ...terima kasih..)

Terlebih panas..nampak hitam..tapi takder lah hitam sangat



Bahan-bahan:
ubi keledek
planta
tepung gandum
garam
air
minyak (untuk mengoreng)
gula 
Cara-caranya:
Ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk. Angkat ubi keledek yang direbus kemudian ditumbuk sehingga hancur. Masukkan planta,gula dan gandum sehingga menjadi doh. Bulatkan doh menjadi bebola. Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.



Resepi Kuih Keria 
 ( diambil dari http://resepi.mesra.net ...terima kasih..) 
sodap tau..Keria Ala Machijah

Bahan-Bahan:
500 gm keledek, direbus & dikupas kulitnya
¼ sudu garam
Secubit serbuk kulit kayu manis
1 biji telur, dipukul hingga kembang
105 gm tepung, diayak
Minyak banyak untuk menggoreng
125 gula pasir
4 sudu besar air
Cara:
Lecekkan keledek bersama garam & kulit kayu manis. Apabila telah rata, masukkan telur & gaul rata-rata. Masukkan tepung yang telah di ayak. Uli campuran itu untuk mendapatkan doh yang lembut. Taruk di atas papan canai yang bersapu tepung, hingga setebal 1.2 cm. Bahagikan kepada 14 bahagian berbentuk tiap-tiap satu bahagian kepada suatu bulatan yang berlubang tengahnya. Pijarkan minyak yang banyak untuk menggoreng. Goreng hingga kuih-muih itu hingga kuning keemasan warnanya & garing. Toskan minyaknya betul-betul & ketepikan. Larutkan gula dalam air. Didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. Balik-balikkan kuah keria itu dalam sirap ini hingga bersalut rata & gula itu menjadi hablur. Sejukkan & hidangkan.

Jumaat, 20 Januari 2012

Samsons - Bukan diriku (Lyric)

Baucer Buku 1 Malaysia...

Ni yang mamasyaza ambil semalam...panas...panas...

Semalam bila dah tau student OUM boleh claim baucer...aku tak tunggu waktu lagi...balik sekolah terus pergi OUM Melaka....pergi ambi...Ingatkan ramai...Aku antara yang terawal ambil rupanya..hehe...muka tak malu...Apa pun alhamdulillah..syukur dapat lah beli buku2 yang diidamkam...mr hubby pun dah claim suh aku belanja buku berkaitan.... dengan komputer..boleh...boleh..RM200 banyak jugakkan? Boleh tuh..takdak masalah.. Mekasih kerajaan ...selalu2lah bagi duit kat rakyat ...terutamanya orang yang betul2 memerlukan tuh..huhu...sesungguhnya rakyat  semua amat2 mengalu-alukannya..bukan apa barang semua mahal lho ni....kalau dapat bantuan tu sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat....bukan semua rakya kaya tau.....Ramai yang susah...huhuhu cian diorang uhuks..

Rabu, 18 Januari 2012

Tiga Motorsikal dilanggar sebuah kereta di Melaka



Video di atas adalah rakaman cctv kemalangan yang berlaku di  junction Ayer Keroh berhadapan dengan Ibupejabat Polis Ayer Keroh.... lebih kurang 2 minggu lepas...Kemalangan ini melibatkan kawan sekerja Mr.Hubby yang bernama saudara Isa..Mr Hubby kata motor paling kiri berdasarkan baju dia.. . Ia berlaku pada waktu pagi di mana jalan itu begitu sibuk sebab jalan utama orang awam nak pergi kerja....Sudah takdir buat saudara Isa...beliau selamat tapi impak terhadap tubuhnya sangat parah....Patah kaki dan tangan serta tulang pinggulnya...Sudah tentu ia  amat menyakitkan...nasib 2 orang lagi tak diketahui pulak...Harap semua selamat dan cepat sembuh ..InsyaALLAH...Dugaan daripada ALLAH...Harap2 mereka2 itu  dari golongan orang yang bersabar....Amin...

Selasa, 17 Januari 2012

Chicken chop Ala Mamasyaza


Minggu lepas, aku dah mencuba satu resepi barat yang mudah iaitu Chicken chop yang ku panggil Chicken chop Ala Mamasyaza...hehe ..perasan laks den....Resepi ini ku perolehi daripada buku masakan yang dibeli oleh Mr Hubby di pesta buku di Melaka...Dihasilakan oleh Chef Hanieliza...Hasilnya memang sodap...hingga menjilat segala jari  yang ada...haha.. Kat bawa aku nak kongsi resepi tersebut..Kalau berminat bolehlah cuba yer...hihi

Foto Chicken chop Ala Mamasyaza
(Gambar melalui HP Samsung Mini Galaxy) tu yang  tak cantik tuh..huwaaa...
Chicken Chop yang telah dihias menarik...


Ni dia bahan-bahan dan kuah lada hitam...sedap woo...


Bahan A ( untuk 4 orang)
4 ketul paha ayam
8 sudu makan tepung serbaguna
2 sudu teh lada putih
1 cawan minyak masak

Cara Membuatnya:
1. Bersihkan dan buang tulang ayam daripada daging paha.
2. Perap paha ayam dengan serbuk lada putih beberapa jam.
3. Salutkan ayam dengan tepung serbaguna.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga masak.
5. Susunkan semua bahan di dalam pinggan dan siramkan dengan soso lada hitam...

Bahan B (untuk sos lada hitam)
Sebiji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 sudu makan lada hitam  (dikisar)
2 sudu sos tomato
2 sudu makan kicap
2 cawan air rebusan tulang ayam paha tadi.
2 sudu teh tepung jagung (bancuh dgn air) ...kalau nak pekat tambah cikit lagi..
Garam dan sedikit gula
minyak bagi menumis

Cara membuat Sos Lada Hitam
1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Apabila sudah pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan bancuhan tepung jagung.
4. Kacau hingga sebati dan masak mengikut kepekatan soso yangt dikehendaki. Masukkan garam dan gula
    secukup rasa.
5. Hidangkan dengan chicken chop dan hiasa lain seperti hirisan timun, salad dan hirisan tomato..


 Selamat mencuba...cheh..perasan laks den..hihi...

Karya terbaru Ramlee Awang Murshid....'Fiksyen 302'...

Dah lama habis baca novel ni....lebih kurang 3 minggu yang lalu....menarik tapi..secara peribadinya tak setanding dengan sekuel Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sang Ratu, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari...yang lebih mantopsss...hehe... Jangan mare Saudara Ramlee Awang Murshid...Karya saudara sebenarnya memang mantap secara keseluruhannya..Terkadang kata-kata dan penceritaan novel saudara RAM banyak mengingatkan saya akan kekuasaan ALLAH SWT yang tiada tolok bandingnya...Novel saudara RAM bukan hanya sekadar novel...tetapi banyak sekali imput dari segi keagamaan, elemen kasih sayang dan lumrah perjalanan kehidupan kita.sebagai manusia, iaitu hamba kepadaNYA ...Hinggakan terkadang  menitis juga air mata ini tatkala membaca ayat2 novel yang meruntun hati dan perasaanku sebagai insan yang serba kekurangan...huhuhu.....kepada sahabat2 semua...saya cadangkan anda membaca novel2 karya saudara RAM pasti akan puas hati...(bukan promosi tau...hehe)...

Ahad, 1 Januari 2012

Orientasi Tahun 1 dan Kutip Yuran @ Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput Melaka

Tahun lepas banyak pahit manis ketika keberadaanku di SK Paya Rumput Melaka...Semua kan menjadi kenangan yang semakin menjauh...dan menghilang sebelum diri ini menghadap ILAHI suatu ketika nanti...Hanya kenangan di minda sahaja yang terpahat dihati....Syabas juga kuucapkan kepada barisan guru Tahun 6 SKPR...yang amat komited ..hingga melahirkan pelajar2 cemerlang yang mana seramai 33 orang pelajar telah memperolehi 5A...4A 1 B pun ramai....perghhh...memang hebat.....Sekolah pun dah nama Sekolah  Kluster Kecemerlangan....Harap2 semakin bagus pada masa2 akan datang..InsyaALLAH...

Semalam 31/12/2011..(kira tahun lepaslah yer)...aku dan kengkawan yang tersayang bertugas mengutip yuran kat mak pak bebudak nih..hehe...Semasa tuh..orientasi murid-murid Tahun 1 pun dijalankan...tapi aku tak terlibat pun..aku ditugaskan mengutip yuran tahun 2 Cemerlang sebab aku guru kelas tahun nih...ironinya....wahhh...anak den yang no.2 pun duduk kelas nih...hehe..siaplah ko tembam...jgn nak memain dengan mak ko..nih...mak ko ni garang tau...hihi

Kat bawah ni beberapa keping gambar kenangan yang diambil oleh sahabatku..Pn Zahrani Abdullah...Guru Media SKPR yang cemerlang , gemilang dan terbilang...

Orientasi Tahun 1...ibu bapa sedang berikrar...

Murid-murid baru tahun 1..SKPR
Kutip yuran bersama kengkawan

Tribute Untuk Sahabat2 Yang Bertukar...

Baru2 ni (29 Disember tahun lepas..hehe...baru beberapa hari dah tahun lepaskan)...aku dan rakan pendidik telah hadir dalam mesyuarat guru Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk sesi 2012...Lama tak jumpa kengkawan setelah  sebulan lebih bercuti....Seronoklah jugak...Tapi masa tengah meeting tuh...tetiba aku n geng telah dikejutkan dengan berita pertukaran salah seorang guru kitaorang iaitu Pn Zaridah Osman...Pertukaran itu diperolehi secara 'last minute' kata org putih...huhuhu...sedih kawan ku kak Zaridah...terpaksalah meninggalkan sekolah yang permai ini..Aku pun sedih banget kata orang Indon...nak berpisah dengan kak Zaridah yang sangat komited dan beretika ketika menjalankan tugas...Beliau adalah daripada opsyen prasekolah akan menghadirkan diri di SK Lesung Batu Alor Gajah (peliknya nama sekolah takder nama lain ker ...hehe... ) sebagai guru pra di sana...Sebab sana dah bukak satu kelas pra lagi..Untuk pengetahuan sekolah ni sekolah baru dah tentulah ditarik mana2 guru untuk sekolah ni....
Esoknyer masa gotong royong, kita orang dikejutkan sekali lagi dengan berita pertukaran seorang lagi guru beropsyen pra sekolah iaitu sahabatku Pn Nor Azizah, sahabat ku semasa di OUM juga...huhu lagi sedih banget..Beliau ditukarkan ke SK Tanjung Minyak Melaka..guru-guru yang bagus2 semua dia dah sebat...apa lagi yang tinggal..yang hairannya semuanya org JPNM ni tukarkan 'last minute'...buat org terperanjat jer...huh..nyampoh...Apapun yang tinggal ni..bersiap siaga jelah untuk ditukarkan...yelah 'kami yang menurut perintah' lah kata kan ...huhu....
Kat bawah ini tribute untuk mereka berdua...gambar yang pernah ku ambil...semoga berjaya di tempat baru...dan berjaya dunia akhirat...InsyaALLAH...
Pn Nor Azizah Hashim...Gambar ni aku myg ambil dan ada sedikit photoshop..cantik kan?

Pn Zaridah Osman....semoga berjaya di sekolah baru...

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam