Ads

Isnin, 31 Disember 2012

Tahun Baru 2013

Semalam final exam untuk paper terakhir sudahpun ku lalui dengan tenang...Alhamdulillah...Namun gitu dalam pada itu penyakit gastrikku masih lagi menyerang diri ini....Perit sangat...Mungkin ujian yang tidak seberapa dari Tuhan buatku...Untuk menguji tahap kesabaran ini disamping menghapus segala dosa-dosa kecil yang banyak yang ku miliki..uhukss..

    Esok merupakan tahun baru 2013...namun takder apa-apa yang menarik dengan kedatangan tahun baru ni...sama jer buatku....Yang penting kita buat yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan...sama ada untuk dunia mahupun akhirat...Insya ALLAH...

     Dalam menerima ujian kesakitan ini aku tetap bertahan, dan sering mengadu pada Tuhan, berzikir dengan namanya...dan memohon keampunan kepadaNYA sentiasa..Ku harap semoga ALLAH akan menyebuhkan diri ini  dan emakku yang sedang diujia olehNYA..Amin...

Selasa, 11 Disember 2012

Dah lama rasanya tak menulis di blog kesayangan nih..Yelah sejak menghadiri kelas dan tuisyen math sana sini...maka tiada masa untuk update sebarang berita..Lagipun cuti kali ni taklah menarik sangat sibuk study nak periksa final lahkatakan....2 Paper sudah kulalui Sabtu dan Ahad lepas..Pergh..walaupun dah berminggu-minggu study tapi masih sukar untuk ku menjawab soalan peperiksaan itu....Tapi ku gagahkan jua untuk menjawab demi untuk lulus..Tak tahu pun aku bantai 'goreng' jua apa adanya..hehe..Alhamdulillah ...tinggal satu lagi paper English For Science and Technical...pada 30 Disember mendatang...Terima kasih kepada pensyarahku Tn Hj dan guru pembimbingku serta rakan-rakan iaitu En Hafizah dari SK Jasin..Guru Cemerlang Math Melaka yang diturunkan dari sekolah menengah ke sekolah rendah untuk menjadi pakar rujuk guru sekolah rendah....Rugi cikgu pakar cemni turun sekolah rendah...walaupun untuk menjadi pakar rujuk...Ontahlah...

Ni tak berapa hari lagi Mr Hubby dapat cuti dua hari untuk kami pulang ke Kelantan..Kesian Mek selalu tipon rindu dgn cucu-cucunya di sini..Lagipun katanya  musim segala  buah di sana...Huhu memang patut kami balik walaupun cuti Hubby tak panjang...hehe..tak sabau nak makan durian and manggis...Tapi kenalah berhati-hati makan....kalau tak hengat cam-cam penyakit tiba..Tul tak?
Lagipun sejak akhir-akhir ni aku tak berapa nak sihat sangat..Almaklumlah usia pun dah senja...Sabar jelah..Mak pun masih macam tu..Tak boleh berjalan lagi...Dah berbulan-bulan terlantar kalau tak di hospital, di rumah...Kalu kat rumah tu tak delah penat sangat berulang alik..tak macam hospital...Nak cari parking satu hal...nak jalan gi wad tu satu hal..komain jauh lagi...Penat woo..almaklumlah badan aku besar...cepat lotih..haha..


Sebelum exam haritu sempat aku bawa anak-anak pergi Ke Taman Rama-rama Melaka di kawasan Ayer Keroh..Itupun sebab aku dapat tiket free masa Taman Rama-Rama buat promosi kat sekolahdan lagipun bebudak asik merengek nak jalan almaklumlah bebujangku itu dah lama tak keluar jalan sebab berpantang kerana bersunat...Hehe yang kenit tu komain gembira lagi sebab dia memang suka binatang..Entah perangai siapa yang diikutnya...hehe...Perjalanan dari Cheng ikut highway ke Taman Rerama  tu dalam 10 minit jer Masa pergi komain cerah lagi..sampai sana laaa..hujan plakss...Nilah orang katakan 'langit tak selalunya cerah' ye tak? Walaupun tiket free tapi kat dalam tu dijual segala-gala cenderahati dan permainan... Kopaklah juga duit Mr Hubby beli mainan sekali sekalakan...Tapi puas hatilah juga macam-macam haiwan reptilia yang kita orang dapat tengok...Geli-geleman aku dibuatnya...Bebudak ni cam rilek her...Kat bawah ada beberapa keping gambar sekadar buat kenangan..











Balik tu kita orang singgah di restoran jejantas Ayer Keroh makan kat sana..Ini untuk mengimbau kembali zaman percintaan  silam..hehe..Masa bertunang pernah  melepak kat KFC sini tgk kereta lalu-lalang kat bawah tu..

Isnin, 19 November 2012

Kejayaan...

Semua orang memang mengimpikan kejayaan...sama juga seperti aku...Ingin berjaya dalam kehidupanku dunia dan akhirat...Anak-anakku pula  masih belum nampak lagi mereka  dalam mengejar kejayaan itu...Walaupun umur mereka sudah melebihi 10 dan 9 tahun masih lagi ku tidak nampak kelibat  untuk mereka inginkan kejayaan itu terutamanya dalam pelajaran ...Sedangkan aku terhegeh-hegeh dalam pencarian kejayaan untuk anak-anakku itu...Kadangkala aku mencari apakah kesilapan dalam diri ini  sehinggakan tidak dapat menyedarkan mereka itu dalam mencapai kejayaan yang diharapkan.....Mungkin mereka tidak faham atau masih belum mampu mencapai kejayaan itu...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Melihat kejayaan anak rakan-rakan sungguh meruntun kalbuku..Bertuah sungguh mereka..Diharap anak-anakku akan sedar suatu ketika nanti tentang kemanisan mencapai kejayaan..Amin ..Semoga kejayaan juga akan mengiringi ku dan mereka nanti..Insya ALLAH ...
Credit drpd FB: Gambar penerima kecemerlangan 5A...Tahniah

Apapun..aku secara peribadinya ingin mengucapkan tahniah buat rakan-rakan pendidik tahun 6 Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput yang berjaya mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2012 yang baru berlalu...Seramai lebih 160 orang pelajar telah mengambil peperiksaan tersebut dan 36 orang berjaya memperolehi keputusan  5A...Walaupun cikgu tidak mengajar kamu di tahun 6,(ngajar maser tahu 1 jer), tapi cikgu amat berbangga dengan kamu semua...Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi disepanjang hidupmu...Amin

Insan yang terpilih...

Syahid Attia Mubarak , 55 tahun keluar utk melaungkan azan..dan pulang sebagai syahid..

Sumber: Palestin,(.Tenangnya..seakan2 senyum ..Alfatihah)

Apabila melihat sahaja Laman Muka Buku, hati ini tersentuh melihat banyak betul gambar-gambar mangsa kekejaman di Gaza, yang dikongsi oleh rakan-rakan FB terutamanya kanak-kanak yang comel terbunuh, kaku dan hanya tinggal jasad sahaja ..Apakan daya  kekejaman ini masih berleluasa akibat daripada kebodohan dan keegoan regim israel yang angkuh dan sombong...Sesungguhnya, hati mereka sudah hitam dan tiada lagi sisa-sisa kebaikan yang tinggal...Wahai kafirun...wahai manusia yang terlaknat..wahai manusia yang lupa diri...sesungguhnya sudah ada bahagian kamu di 'sana' nanti....Kesudahan yang buruk akan menunggu...apabila kamu mati nanti..Sesungguhnya insan yang kamu hina, sakiti dan kau rengut nyawa mereka itu juga sudah ada bahagian mereka  di'sana'..Namun begitu mereka adalah manusia-manusia yang beruntung kerana menemui kesudahan yang baik di hari akhir mereka...
kredit drpd FB: Terguris hatiku...



Kita yang hidup ini teruskan kehidupan dan berdoa agar kita semua dilindungi ALLAH SWT...Alfatihah juga bagi mereka yang telah 'mendahului kita' dalam perjalanan berhijrah kehidupan yang sementara ini terutamanya insan-insan  di GAZA Palestine..Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka...Amin..

Khamis, 15 November 2012

Salam Maalhijrah 1 Muharam 1434 H

Salam Maalhijrah buat kaum muslimin dan muslimat...Semoga kita mencapai kejayaan dunia dan akhirat..Insya ALLAH..Amin.

Rabu, 14 November 2012

Adam & Hawa [Episod 1-45] (Watch Online)

Adam & Hawa [Episod 1-45] [Watch Online Download Link] - Get Movie




Sekarang ralit tgk cerita ni (Adam Dan Hawa)dekat t  blog Zealot Download nih....Macam2 cerita ada kat sini..Thanks ya kawan...dapat juga merasa tgk cerita macam2...hehe Almaklumlah aku tak berlanggan pakej Mustika tuh..Mr Hubby tak mau..hihi...Aku tak pernah pun baca novel si Aisya Sofea  nih..Bila dah diadaptasikan ke drama baru tau...Pernah  tengok2 jer sinopsis cerita ni kat kedai buku..Sebab aku tak minat sangat kisah-kisah cinta lho ni...Lagipun aku takder maser nak baca novel macam dulu..(tapi bila novel keluaran Ramlee Awang Murshid yang terbaru keluar aku ada maser plakss)..kikiki.
 Cerita ni aku pasti semua dah tau..rakan sekolah aku pun heboh cerita pasal drama ini...Kisah antara Adam(Adam Mukhriz) yang dilakonkan oleh si Aron Aziz (kerjanya pilot)dan Hawa(Ain Hawani)(seorang lepasan SPM yang cemerlang.) yang dilakonkan oleh Nadiya Nissa ......yang ditangkap khalwat kerana difitnah dan dipaksa kahwin...Selepas tu Si Ain ni belajar kat luar negeri...8 tahun kahwin tapi cam tak kahwin..(Camno tuh..ish rugi masa tul)...puncanya sebab kebencian Ain terhadap Adam yang hanya mendiamkan diri semasa mereka ditangkap khalwat..(mcm mengiakan jer apa yg berlaku)...(nak kahwin free kot.. si Adam ni..hehe )..Mula-mula berjumpa si Ain ni suka gak kat Adam ..tapi sejak peristiwa tu dia benci amat ngan Adam ni..Aku tgk si Adam ni sabau betullah...dgn perempuan ego cam Ain tuh..kekadang aku laks yang hilang sabau..Tp da dah cintakan...Apa nak kata...
Apapun semua orang dah tau cerita drama fofular ni..(mungkin sebab ada si Aron ni)...Tak yahlah ulas panjang...Tengok jer sendiri..hihi..
Selamat bercuti kepada yang bercuti terutamanya anak didik...dan rakan-rakan seperjuangan...luv u all ...

Sabtu, 10 November 2012

Khatan...bebujangku..

Hari ini bermulalah cutiku bersama tugasan yang amatlah banyak sekali....Hari ini juga anakandaku along dan angah telah dikhatankan...Pagi2 lagi aku dah kejutkan diaorang sebab mula khatan pukul 6.30 pagi...Nasib baik diorang tak merengek tak mau pi... Sampai di sana...dah ramai menunggu..Ramai juga kulihat anak muridku yang datang berkhatan..Hari tu difahamkan doktor khatankan 15 orang jer...Aku yang kene temankan kerana  Mr Hubby takder   sebab masih dalam kerja..lepas kerja dia ada datang kejap dan balik semula ke rumah nak mandi..sebab ada kelas untuk final year business management yang diambil lebih setahun dah....

Kat klinik tu cam-cam fesyen @perangai bebudak ni..ada yang teriak, ada yang sedih, ada yang meraung, ada yang relaks jer...cam2 ekspresi muka selepas keluar daripada berkhatan tuh...lawaks plak aku.tengokkan..Sampai giliran along..aku dan along pun masuk...mula2 along rilekslah..tapi nampak jer segala gunting yang ada..pucat lesilah muka dia tu..hehe..baru tau!!...Dia mengeluh jugak bila tang bius tuh..tapi bila dah kena laserkan anu nya dia dah stabil..Aku pesan dia supaya banyakkan zikrullah..Tak sampai 20 minit dah selesai...Tapi aku rasa ngeri jugaklah..tengok dia potong kulit tu dengan laser tu...Keluar jer..tersenyum-senyumlah along... Lepas ni turn angah plak..Aku risau sikit pasal angah sebab dia kalau kena cubit sikit pun melolong2..inikan pula kena potong kulit anunya..huhu..

Along 2 minggu sebelum berkhatan..
Angah 2 minggu sebelum berkhatan....


Sebelum masuk tersenyum-senyum..tapi pabila dan nampak segala perkakasan yang ada maka pucatlah dia..bila doktor suntik bius tuh meraunglah kejap..bila dok kena potong kulitnya dia juga stabil..aku suruh dia ikut zikrullah yang aku baca....selepas beerapa minit kemudian akhirnya siaplah acara berkhatan tuh..Isk..isk ngeri juga rupanya khatan atau lebih popular sebagai sunat ni...Masa potong kulit dengan api laser tuh  pergh macam potong kain gamaknya..masa jahit tuh lagi lah nyilu rasanya..Teringat masa melahirkan bebudak nih  kene jahit..cemtulah rasanya agaknya hehe..Apapun dah selesai..Alhamdulillah..segala puji untuk ALLAH YG ESA....mempermudahkan urusan hari ini ..Tinggal tugas aku adalah nak menjaga orang berpantang nih..Harapnya berjalan lancar...Segala assignment semua aku hold dulu...lgpun ada masa 5 hari nak siapkan assignment ini..Semoga segalanya berjaya Amin..YA Rabbal Alamin..

Jumaat, 9 November 2012

KSSR OH! KSSR

Ish..ish..Bengang betul aku ngan sistem online sppbs..Dah ler lambat loading.....asyik hang, lepas tu tgh syokk buat dia log out dengan gembiranya secara tetiba..Aku ni dah ler baran bertambah angin satu badan (sebab tu aku montel agaknyer..hehe)..Bila dah masuk pasword and log in nak pergi melangkau balik ke nama murid 36 daripada 40 tuh menunggu satu persatu berejam menunggu..berjanggut gue..hihi..server diorang ni sahlah paling lembab dalam dunia..Isk..isk..aku bukan apa ..aku banyak kerja lain nak buat ..Bangun kul 2, 3 pagi pun tak guna camtu jugak...Ni ha login balik pun keluar perkataan NO DATA RECEIVED...isk..isk.. YA ALLAH..permudahkanlah urusan hambamu ini....

Baru-baru ni buat streaming budak tahun 1..Adalah bagi pentaksiran..seakan-akan cam ujian jugak ...based on markah..Daripada markah itu...guru-guru berbincang dan meletakkan seseorang murid tu pada kelas mana...juga bergantung kepada band yang diletakkan sama ada daripada band 1-6, kecekapan di dalam kelas, hasil kerja, sikap, pergaulannya  dan akhlaknya yang terpuji semua kami lihat secara pemerhatian menyeluruh.. Apabila anak-anak murid den yang kelas baik ni turunlah kelas ke kelas kedua...Apa lagi ramailah ibu bapa terperanjat anak depa yang pandai amat tu turun kelas...Ada yang anta mesej kat FB, telefon, sms dan datang ke sekolah jumpa aku..minta penjelasan...bertanyakan aku kriteria tentang kemasukan ke  kelass pertama..Aku ni dahlah banyak kerja lain..asyik nak jadi jurucakap diorang ni..Tapi aku malas nak gaduh2..Sbg ibu aku faham perasaan mereka2 sebagai ibu bapa sudah tentulah, mereka nakkan yang terbaik untuk anak2 mereka...So, aku takdelah menyalahkan mereka tapi aku memang agak tertekan...Sistem KSSR aku rasa macam tak relevan seperti KBSR dahulu yg berorientasikan peperiksaan barulah nampak kelemahan murid di mana...kita boleh trace..Macam guna band ni memanglah boleh ..tapi kadangkala murid-murid lemah kita letakkan tahap menguasai atas bimbingan tapi dalam mengisi online takdelah kita isi murid tu pada ruang  menguasai dengan bimbingan guru plakss...uhuks...penin..

Apapun sebagai guru cabok apalah kuasa aku..aku tgk dalam FB Kami Guru Malaysia banyak yang tak puas hati sistem ni..Emm..entahlah...aku ni kalu dah berduit, nak aje aku quit drpd bidang ni.Walaupun suatu ketika dahulu..inilah impian aku..Iaitu ingin menjadi seorang guru..Awal2 mengajar dulu aku memang suka sangat..rasa bangga jadi cikgu..tp sekarang pun cikgu cabok mcm aku ni pun orang tak pandang dah..Huhuhu sedihnya....

Ahad, 4 November 2012

Semester Akhir..InsyaALLAH..

Hari ini kelas dewasaku di oum Melaka.....Masih berperang dengan segala tugasan sekolah .OUM , rumah tangga..dan menjaga ibu bapaku..Semuanya amanah dari NYA...aku akan melakukan yang terbaik dari hari-hari sebelum ini...Semester ni belajar 3 subjek..Mengajar Matematik T tingkatan 6, Mengajar Add Math F.5 dan English..Susahlah jgk..Itupun da tuisyen masih x faham lagi..hehe Otak ni da semakin mengecut agaknya..haha..Apapun aku xkan putus harapan berusaha dan bertawakal kepa YANG ESA....Semoga aku dapat membuat yang terbaik sebelum menerima sekeping ijazah..pheewiit...Ya ALLAH rahmatilah aku dan para sahabat...Amin...



Sabtu, 27 Oktober 2012

Salam AidilAdha 1433h

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua penghuni di muka bumi ini terutamanya yang beragama Islam...Semoga kita semua akan memiliki sikap-sikap manusia yang suka melakukan pengorbanan demi ALLAH dalam membantu  manusia sejagat serta sesiapa sahaja di dunia ini.....
Semoga aku ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan yang aku lakukan semalam , hari ini , dan esok...sehingga ke hari terakhir kehidupanku sebagai manusia di dunia ini.. Amin..

Di bawah adalah foto kenangan di hari raya eiduladha pada tahun ini....

Nina dan Nuha






Ikut datuk pergi tgk orang korban lembu..hehe..penuh moto..


Sabtu, 20 Oktober 2012

Ulangtahun kelahiran....

Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiranku sekali lagi...Terima kasih kepada ALLAH SWT kerana masih memberikan peluang untukku bernafas lagi di muka bumi ini...



Apa yang kuharapkan ialah bertambahlah amalanku di dunia ini untuk dibekalkan di kemudian hari...meskipun ranjau kehidupan yang penuh onak dan duri..Selagi ALLAH memberi kehidupan, maka selagi itu tidaklah aku akan putus harapan melakukan yang terbaik dalam hidup...

Kak C'za, ingatlah bahawa kehidupan dunia hanyalah persinggahan , pentas ujian dari YANG MAHA KUASA...Bersabarlah dengan apa yang dihadapi...Teruskan berbuat kebaikan dan berusaha berbuat kebajikan..Dunia semakin hampir kepada penghujungnya...Walaupun dihina dan dikeji oleh manusia lain..abaikan dan bersabarlah....Hanya ALLAH yang MAHA MeNGETAHUI tentang dirimu...

InsyaALLAH, kesudahan yang baik untuk kita semua..Amin

Rabu, 17 Oktober 2012

Kecuaian sekali lagi...

Semalam balik dari sekolah teringin sekali aku masak chicken chop....Ayamnya dah dibeli  sebelum tu dengan harga RM12 sekilo...Ambil bahagian peha ajer...So balik dari sekolah...terus singgah Tesco Cheng...Aku belanja tak banyak beli sayur-sayuran jer serba sedikit dengan nugget dan kentang goreng...Bila keluar daripada Tesco...emmm hujan plakss  kemain lebat lagi...

Balik dari Tesco terus aku menyiapkan masakan chicken chopku itu....Ermmm...dah ambil angah dari sekolah agama apalagi nyum...nyummm..memang sedap ...satu keluarga makan..Selepas solat maghrib..Terus aku tengok2kan along dan angah mengulangkaji sebab mereka sedang menghadapi...final exam minggu nih..Sedang syok2 mengajar anakku...Tetiba dengar orang bagi salam.....Aku pun keluar...Tengok2 ada kereta peronda polis...Berdebar2 dan cuak juga aku...Seorang perempuan lengkap berpakaian polis bertanya..."Puan nih...nama sekian2 ................ker?? " Yer." aku jawab...."Apasal plak puan?", tanya aku semula..."Ni ha puan kena pergi Balai Polis Tanjung Minyak sebab beg tangan puan  ada kat sana" , balasnya..Allamakss...memang langsung aku tak sedar balik dari Tesco aku dah tinggalkan beg tangan kat troli tu..Masya ALLAH...cuai bebeno aku ni..huhu...

Sampai jer kat balai polis tu..memang bebenolah beg aku dah keciciran kat Tesco tuh.."Camnolah boleh cicir ni??, tanya polis yang jaga kaunter tuh..."Entahlah.. memang dah selalu jadi camni"...kataku...hehe...Waaupun beg, beg duit dan IC semua ada tapi duit lesap lagi...Lebih kurang RM100..Sib baik tak banyak..Nasib baik jgk hp aku takder dalam tu...huhu.....dia cuma tinggalkan RM 27 dalam beg tu...Mr hubby..senyum2 ajer...Da tau nau perangai isterinay ni..hehe...Apapun aku bersyukur sangat2 sebabnya aku dapat balik beg tangan tuh...Emmm.. pabila difikir2kan aku merumuskan bahawa aku ni tak fokus dan selalu leka dengan barang2 penting...Sampai beg hilang pun.aku tak sedar..Huhu..Nasib badan...

Yang penting aku kena sabar dan redha...dengan..Ujian ALLAH..

Jumaat, 12 Oktober 2012

Sem akhir....sem 10


Salam ukhwah......semua...Hari ini merupakan...Jumaat yang permai... namun...ini hari memeningkan aku lagi...hehe ..kerana diminta menghadiri tuisyen add math oleh tutor OUMku TN HJ M.N.A.R....Tuisyen kol 3.00 ptg..Tp kol 2.30 ptg tutor da tipon ingatkan  aku  supaya datang tuisyen....Aku tgh drive dengau je le dia membebel..hehe..Aku ngan dia memang da baik memandangkan sebelum ni  dia merupakan tutor kajian tindakanku....kira da cam anak bapak lah ni..hehe...Minggu lepas ramai yang tak datang sebab hari Jumaat memang cam2 kan sibuk itu ini..almaklumlah semua sibuk menguruskan hal keluarga...Minggu ni pun sama ...daripada 31 org kengkawanku termasuk aku...16 org jer yg datang....Komain susah hati tutorku....itu...Dia buat tuisyen pun satu sen tak minta duit kita org...Dia susah hati takot kita orang tok leh jawab soalan pekse nanti...huhu..mulia sungguh TN HJ M.N.A.R ini..Semoga ALLAH memanjangkan usia beliau...(lho ni dia dah 62 tahun dah..hehe)...Hari ini belajar semula add math form 5 dan form six...hmmm...ingatan ku makin pulih dan aku makin faham apa yang Tn HJ ajrkan..Harap2 semakin bertambah baik lah ingatan ini...semester akhir amat mencabar kewibaanku sebagai pelajar yang meningkat usia..huhu....Satu modul lagi ialah..English For  Science and Technical Purposes memang mengundang gundahku...almaklumlah Englishku bukannya pandai nau...Apapun fikirkan yang aku boleh melakukannya dan letakkan minda di zon positif.....Insya ALLAH...
Sambil2 tu marilah kita renung-renungkan mutira kata di bawah:

Semoga kita sentiasa memelihara diri dengan sifat2 mahmudah dan menghindari diri dari sifat sifat mazmumah...Amin

Ranjau kehidupan

Ranjau dalam kehidupan memang akan duji oleh ALLAH SWT kepada setiap hambaNYA...Maka kata hati bersabarlah,,,Jika kita bersabar dan redha...ALLAH pasti membalas dengan segala kebaikan...Sentiasalah berbaik sangka dengan apa yang ALLAH uji...Sesungguhnya ALLAH menguji hambanya setakat mana kemampuan hambaNYA sahaja... jika beratlah ujianNYA  mungkin  hamba itu pasti seseorang yang sangat dicintai ALLAH SWT...Bersyukurlah...Apapun ALLAH sahaja MAHA MENGETAHUI..Wallahualam

Hidup di dalam dunia ini...janganlah kita berbangga diri dengan kekayaan yang ada, keindahan paras rupa yang dikurniakan, dan pangkat dan darjat yang dianugerahkan...Itu semua adalah ujian dan pinjaman daripadaNYA semata-mata..,,semua itu juga  tidak semestinya membawa kita ke syurga..Dan semua itu tidak lagi beerti pabila kita berada di alam akhirat kerana  hanya amalan dan takwa sahaja yang membantu kita di 'sana' ....Insya ALLAH...

Rabu, 3 Oktober 2012

Sahabat dan kenangan

Emm..malam tadi tiba-tiba jer...ton mesej berbunyi di hp ku...Tidak ku sangka2 rupa2nya..sahabatku dari Kuantan menghantar SMS kepada ku untuk bertanya tentang satu resepi yang selalu kami masak sewaktu hidup bujang di Larkin Garden, Johor Bahru suatu ketika dulu.....hehe...Dia kata rindu dengan masakan itu secara tiba2...Aku jer tahu resepi tuh memandangkan aku yang selalu masak...lauk tuh  hehe..Lalu aku pun hantar lah resepi itu secara SMS juga...kcian dia tetiba..ngidam lakss..Masa dulu masa hiup bersama kita orang memang jimat amatlah jugak...almaklumlah gaji cikgu pun masa tu kecik jer...So kita berkumpul lah bermesyuarat seisi rumah...masa tu ada 4 orang...sebab ramai dah keluar setelah berumahtangga....Berbincanglah kami tentang jumlah wang yang perlu kumpulkan untuk membayar perbelanjaan dapur, api air, telefon (maser tu ner ade tipon bimbit..hehe..boring amat..)dan sebagainyabersama-sama.. Tapi masa tu dalam tahun 1998-2002 barang memang lah murah.. dengan wang gaji kecikku ++dengan buat tuisyen cukuplah menampung kehidupan bujangku... malah siap boleh bagi lagi orang tuaku sebanyak RM200 sebulan tau..Sampai sekarang aku still bagi kat orang tuaku...Sepanjang aku bekerja sebagai guru nih..mak bapak memang aku tak pernah lupa...Aku mesti bagi punya..Alhamdulillah....tapi ...agaknya berkat itulah aku tak pernah lagi kebuluq nak tunggu gaji sampai hujung bulan sehingga saatnya kehidupan aku  sekarang.. dan tak pernah pun aku pinjam kat mak pak aku pun setakat aku hidup ni...walaupun hutang aku  banyak..hehe ..(hutang dengan ALLAH pun ada yang belum tertunai lagi..uhuks)......Alhamdulillah bersyukur bebeno aku dgn rezeki yang ALLAH beri di dunia ini......

Dulu  masa duduk bebujang dulu beras, minyak, gula, memang murah banget ler...zaman Mahathir dulu..barang masih lg  terkawal rasanya...duit gaji yang tak sampai RM1000 pun memang cukuplah maser tu...Siap dapat simpan duit untuk kahwin lagi..haha....best betul...
Nilah kawan-kawan serumahku di Larkin Garden dulu...semua dah terpisah...Masa ni diorang buat sambutan besday untukku dan seorang lagi kawan bernama kak Asmah Laili..Semoga  mereka berada dalam perlindungan  dan rahmat ALLAH SWT selalu hendaknya ...

Berbalik dengan sahabat  yg td tu...dia memang orang Terengganu pior (pure..Oghe UAI-Ustaz Azhar Idrus  gamaknyer nih...hehe)... Orangnya sweet n cun gitu...Mula2 jumpa tuh pening jugak nak faham bhs dia...tapi lelama dah biasa  dan bolehlah faham...Lama dah kitaorang tak jumpa ...Dalam 10 tahun...Kita orang selalu ronda2 johor dengan seorang kawan lagi yg ada kete maser tuh...pergg..Asyik merayap jer hujung minggu..Almaklumlah bujang....ada pakwe pun duk jauh..hehe...Isk..isk..bila terkenang zaman silam ni sodeh lak den rasokan...Kita orang semuanya pemudi berhemah yang bersopan santun dan pemalu ..gitu..haha..walaupun aku ni ganeshan..tapi bila ngan ore jate aku jd malu...aku tak suka sgt kawan ngan lelaki...Menyemak jer..haha..sejak dari zaman sekolah sampai lho ni..aku jdi lagu..tu...Kengkadang ngan Mr.Hubby pun aku malu2 lagi..tahlah..tah haper2 jer aku ni kan..hehe...Nak wat camno..itulah aku..Aku tengok anak dara den pun pemalu jugak cam aku maser kecik2..harap kekalkanlah begitu...Biorler pemalu...asal berilmu...hehe..adios..

Jumaat, 28 September 2012

Sukan Sekolahku 2012!

Minggu ni....banyak hari kelas terawang-awang..Apa tidaknya semua guru sibuk membuat persiapan untuk hari sukan yang dijalankan....Kemuncaknya,
 27 September 2012 adalah Temasya Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Paya Rumput berlangsung...Pada sebelah pagi setiap rumah sukan beriya-iya mencantikkan khemah rumah masing-masing...Aku pula selaku ketua rumah kuning pun sama-sama menyibukkan diri bersama rakan seperjuangan membuat apa yang termampu seadanya....Sementelah dalam hati itu resah terkenang emak dan abah yang tak sihat dirumah....(abah rebah akibat pitam hari sebelum itu, pergh.. nasib baik aku ada, kalau tidak hmmm..tak tahulah..uhuks..ujian ALLAH..)..
Sewaktu persiapan rumah kenyalang...
Berbalik kepada kejohanan sukan itu...Aku bersama para sahabat bertungkus-lumus menyiapkan khemah dan para peserta perbarisan..Setiap guru wajib membayar RM15....Ada juga murid2 yang sudi menyumbangkan wang sebanyak RM2 seorang..Terima kasih anak-anak ya ..Jasamu amat cikgu kenang sampai bila-bila..Hanya ALLAH yang dapat membalasnya... Kami menggunakan bahan-bahan recycle..seperti plastik sampah, kotak-kotak, dan juga tumbuh-tumbuhan...walaupun begitu...hasilnya amat mengagumkan...Secara jujurnya kami mempunyai ahli-ahli yang sangat kreatif dan inovatif..Untuk para sahabat..tolong teruskan kreativiti anda semua ini semasa mengajar nanti ya...Aku tahu kamu semua adalah guru yang ikhlas, jujur dan sangat bersemangat dalam mendidik..Aku bangga mempunyai sahabat seperti kalian...
Berbalik kepada hari sukan yang berlangsung sangatlah meriahnya  dengan padang yang berwarna-warni disertai dengan kehadiran ramai ibu bapa yang datang untuk menonton dan menyokong anak masing-masing...Ada juga jualan daripara pekerja sekolah dan pihak luar...Hmm sangat best tau..
Aku dan para sahabat sibuk memberi motivasi dan strategi kepada peserta-peserta untuk berlari..Tak lupa juga doaku pohonkan kepada ALLAH SWT semoga mempermudahkan urusan kami...Banyak perkara yang berlaku pada waktu itu...sehingga banyaklah titisan air mataku keluar..Ada peserta yang kena gigitan tebuan, peserta yang tergelincir semasa berlari,  dan  ada yang sakit kaki dan kejang....kami dah spray macam-macam kat kaki yang sakit tuh..Rasa down sekejap..Tapi aku dan kawanku Aishah bangkit...memberikan kata-kata motivasi kepada mereka...sedapkan hati masing-masing sambil tu....berdoa pada ALLAH memohon kepada YANG ESA...agar semuanya berjalan lancar...Tak putus-putus aku berdoa pada ALLAH (kerana itu adalah sebaik2 ubat ketenangan)

Khemah Rajawali..

Khemah Cenderawasih

Khemah Kenyalang


Khemah Kasawari..


                     
Kedudukan mata selepas saringan dan acara padang..permulaan kojohanan sukan
Perbarisan Rumah Kenyalang(kuning)..Naib johan...

Perbarisan Rumah Kenyalang(kuning)

Perbarisan Rumah Rajawali (hijau)

Perbarisan Rumah Kasawari (biru)

Perbarisan Rumah Cenderawasi (merah)

Para sahabat dan ahli-ahli rumah kenyalang...dapat makan burger itu hari

Angah johan sukaneka tahun 3

Along ..bantu 4 x100m...tahun 4..Johan..

 Akhirnya ALLAH mempermudahkan urusan kami hamba-hambaNYA..yang lemah ini..Pasukan kami menjadi Johan untuk Khemah Terbaik dan Johan Keseluruhan Kejohanan untuk tahun 2012 ini...Seorang peserta perempuan pasukan ini pula di nobatkan sebagai Olahragawati  Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput Melaka untuk tahun ini..Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kejohanan sukan tahun ini...Back to back..berturut-turut untuk kami pada kali ini...Secara peribadinya ia merupakan kenangan manis buatku kerana aku adalah selaku ketua pasukan ini untuk sesi kali ini..hehehe...
Kenyalang juara....yeehaa..Anak ambo Dina  pun tumpang 2 kaki..hehe
Ni..tulang belakang paling kuat kami...terima kasih para sahabat dan anak-anak...

Sebagai bonus lagi, ALLAH memberi kejayaan untuk anakku Along dan Abg Ngah untuk menjadi johan acara masing-masing...Amin..

Semoga ditahun akan datang kejuaraan adalah juga milik kami..InsyaALLAH...

Selasa, 25 September 2012

Cinta abadi...


Cintailah ALLAH SWT mengatasi segalanya yang ada dalam dunia ini kerana ia membawa kebahagiaan kepada kita di akhirat kelak...InsyaALLAH...

Mencintai ALLAH  dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang...Semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah yang berpanjangan daripadaNYA..AMIN

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam