Khamis, 22 Disember 2011

SMM ke SBPA



Lho ni sana sini org kerajaan heboh bercerita pasal gaji...Dalam FB boleh dikatakan hari2 ada yg share skim gaji yg dikatakan skim baru SBPA..tapi yang herannyer skim tu berbeza-beza entah betul....entah tidak...tapi baru2 ni aku menerima panggilan telefon daripada kerani sekolah supaya datang sekolah untuk sain borang sbpa nih..kebanyakan cikgu lain-lain rata2 dah sain ..tinggal aku beberapa kerat jer yang belum sain...bila tengok kenaikan bulai Jan tahun depan lebih kurang gaji sekarang jer...cuma dulu masa SMM kenaikan gaji cam aku ni DGA32 kenaikan hanya RM98 setahun..lebih kurang cemtulah..tapi sekarang untuk SBPA kenaikan DG 2-2 yang gantikan DGA32 tu kenaikan tahunannya ialah RM155...ada peningkatan lebih kurang RM57 daripada kenaikan tahunan SMM...Ada 2 opsyen iaitu pencen 58 dan 60 tahun..Aku ambil 58 tahun jer..itupun kalau sempat dan dunia belum berakhir lagi..huhu..Entahlah naik gaji pun cam tak naik jer...Harga barang2 pun naik jugak...Mr. Hubby pun tensen...sebab dia orang swasta gaji tak naik tapi harga barang2 naik...jadi macam haru biru..serba- serbi tak cukup...Nasib baik Mrs Wife dia boleh bantu....Almaklumlah ni anak 3 orang naik sekolah....semua nak kena beli....baju sekolah pagi, baju sekolah agama, kasut, beg, alatulis semua memerlukan perbelanjaan yang besar...walaupun puas dah cari harga barang yang murah..tetap perbelanjaan banyak yang dikeluarkan juga...belum lagi barang makanan dan runcit bulanan...dapat bonus kerajaan pun culup- cukup jer..Tapi apapun alhamdulillah kepada ALLAH SWT kerana telah memberikan kami rezeki... Aku patut bersyukur sebenarnya sebab ada yang lagi susah daripada aku dan anak mereka lagi ramai...mesti lagi mengalami masalah keawangan daripada aku....huhu...kekadang aku jadi lupa diri...Semoga ALLAH mengampunkan dosa2ku...huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini