Ads

Jumaat, 23 September 2011

Jamuan Hari Raya Kelab Guru

Malam kelmarin (23 Syawal 1432H), Kelab Guru Sekolahku telah mengadakan jamuan hari raya merangkap jamuan akhir tahun. Lokasi kali ini ialah di Dewan Hang Tuah Melaka...berhampiran dengan OCEAN lama dan berdekatan dengan Melaka River Pirate Park..yang begitu indah suasananya pada waktu malam..Aku pergi hanya dengan hero2 dan heroinku...Mr Hubby kerja syif petang....Sedih banget..Nak buat camno dia cari makan...Sabar jelah...majlis mula kul 8.00 malam. Aku sampai lebih kurang 8.15 malam...Meriah juga suasana jamuan tersebut..apabila berkumpul ahli2 keluarga guru2 SKPR.. Kat bawah gambar2 kenangan bersama  diorang ..hihi

Bersama rakan-rakan seperjuangan

Suasana di dalam dewan Hang tuah..Cantik susunan meja...

Guru besar Encik Yahya menyampaikan hadiah kepada salah seorang guru..


Pengacara Majlis, Encik Razali b Hassan..

Aku bersama anakanda2 sekelian..Hubby kerja tokleh ikut..


Sate ayam dan lembu

kuah lodeh, kuah sate.



Adik2 yang cun...

Rendang ayam..

Rakan penddik Puan Haliza Abu Kassim
Rakan pendidik yang cun melecun pada malam itu...

Menu roti jala dan bihun goreng..

Barisan Guru Penolong Kanan

Rabu, 14 September 2011

Taman Rama-rama & Penjagaan Haiwan Reptilia Melaka

Semalam 13 September 2011, aku dan rakan pendidik, serta guru2 Pendidikan Khas SK Paya Rumput Melaka ( Sekolah Kluster Kecemerlangan 2011) bertugas membawa murid Tahun 1 dan Pendidikan Khas membuat lawatan ke Taman Rama-Rama & Haiwan Reptilia Melaka sempena berlangsungnya Peperiksaan UPSR 2011. Ini dapat mengurangkan gangguan dan tahap kebisingan murid2 sepanjang peperiksaan berlangsung.. Semoga murid-murid tahun 6 SKPR boleh melakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini, sepanjang pemergian kami..InsyaALLAH..Untuk pengetahuan semua, Taman Rama-rama terletak di Ayer Keroh dan tidak jauh dari ZOO Melaka(lebih kurang 2.6km perjalanan), Taman Mini Malaysia dan Taman Mini Asean. Ia juga berhampiran dengan Philea SPA Resort Melaka. Harga tiket juga berpatutan untuk anda semua...Banyak juga haiwan yang kiut miut ada di sini..Paling best ikan Arapaima Gigas yang diperolehi dari Sungai Amazin Brasil...Besar banget itu ikan..mungkin sebesar badanku yang sememangnya sudah besar gitu...hihi..Lihat gambar kenangan kami semasa berada di sana...

Tagline

Cikgu Nora bersama iguana....

Apa yg deme buat tuh...sojuk yo..hihi

Ikan merah yang sungguh indah..

Angah dapat no.3 dalam permainan yang dianjurkan..

Murid2 dibawa oleh urusetia masing2..

Agak banyak juga rama2 tp tak sebanyak di Taman Rama2 KL..

Kedai yang menjual pelbagai cenderahati..




Besarnyo mentibang..huhu
Kolam yang di dalam nya terletak ikan arapaima gigas yang besar amat..

Sebenarnya banyak lagi haiwan-haiwan yang menarik seperti buaya, ular, penyu, kala jengking  terdapat disini... Mengerikan jugak yer haiwan2 reptilia nih..gerun den..

Coral Wonderland Melaka

Hari ini dalam sejarah......... aku bersama rakan pendidik dan murid-murid tahun 2 sekolahku membuat lawatan sambil belajar di Coral Wonderland yang terletak berhampiran Dataran Pahlawan Melaka di kawasan Bandar Hilir Melaka. Sebenarnya tempat ini baru dibuka pada tahun ini... Tempat ini sesuai dilawat oleh semua kategori sama ada tua, muda, remaja, kanak2...Ia lebih  berunsurkan pendidikan sains marin yang mengandungi pelbagai haiwan2 laut...Agak menarik jugak..Harga masuk dewasa dan kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas ialah RM20...Jika pergi secara beramai-ramai pula (Lawatan sekolah), harga pekej ialah seorang RM15 sahaja...Agak berbaloi jugaklah...sebab banyak jugak binatang laut yang aku tak pernah tgk sebelum ini dapat dilihat dan ada sebilangannya boleh dipegang..huhuhu..kalau anda berminat marilah datang ke Melaka..Kat bawah ada gambar2 kenangan kami di sana...
Bergambar dahulu sebelum masuk..hehe


Ustajah Hidaya dan tapak sulaiman..



Fosil hidup ..dikatakan telah wujud di zaman dinosaurus lagi..huhu

Kedai CW

Baju ni...yang kecil..RM29.90..yg saiz besar RM39.90..tak mampu den

Nemo  harga RM39.90..pun den tak mampu..huhu

Jumaat, 9 September 2011

Photoshop Tutorial: Memperhalus Kulit Muka

Photoshop CS5...

La ni aku sedang sibuk cuba-cuba untuk belajar buat photoshop...Belajar pun ngan pokcik google yang cam2 ada...Aku budak baru belajar dah tentu banyak amat kelemahannya..kat bawah ada beberapa gambar percubaan dariku huhu....terukkan...
Berlatar belakangkan kampung suamiku .











Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam