Sabtu, 13 Ogos 2011

Kek Batik Biskut Marie..

Walaupun tak berapa nak cantik....namun rasa nya enak banget sih

Baru-baru ni baru aku mencuba resepi kek yang enak dan mudah dibuat iaitu Kek Batik biskut Marie.. Resepi ni aku dapat dari rakan pendidikku Puan Hamidah Mohni...Terima kasih kak Midah dengan resepi yang simple tetapi disukai suami dan anak-anak...

Kek  Batik Biskut Marie.



Resepinya:

1 peket biskut Marie 
1 ketul Buttercup
1 peket Milo saiz kecil
1 tin  kecil susu pekatapa2 jenama (aku pakai Dairy Champ)

Cara membuatnya:
1.        Cairkan buttercup dalam periuk atau sebaiknya kuali.
2.      Setelah cair masukkan susu  pekat dan milo, kacau sehingga sebati.
3.      Agak-agak dah sebati, masukkan biskut Marie yang dah dipatah empat.
4.     Kacau sehingga rata, sambil tu matikan api dapur gas anda.
5.      Sediakan talam atau bekas Tupperware leper( tipuware pun leh jgk.
6.     Alaskan bekas tersebut dengan plastic . (untuk menyenangkan anda ketika ingin    
m   mengeluarkan kek untuk dipotong nanti)
7.      Adunan tadi dimasukkan kedalam bekas tesebut dan mampatkan sampai rata dan elok.
8.      Sesudah itu, masukkan ia ke dalam peti ais untuk disejukkan.
9.     Selepas sejam, keluarkan untuk dipotong.

p/s: Modal menghasilkan dalam anggaran RM15 sahaja….sesuai untuk minuman petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini