Ads

Isnin, 29 Ogos 2011

Menjelang Aidilfitri 1432H

Hmm...petang semalam pergi memborong lagi...di JJ Ayer Keroh, Jln Bunga Raya dan Pasaraya Giant...Kat bawah ini adalah antara barang-barang yang di beli..Huh..rasa cam membazir pulak...Tapi nak pakai jugak..ku gagahkan juga untuk membelinya ...
Ini barang-barangku yang dibeli di JJ

Jam BONIA harga RM398, ada diskaun dapatlah RM320...Sebab jam lama dah rosak..terpaksalah beli jugak..huhu

Beg GIAMAX jer...Diskaun 70% dapatlah harga RM50.70...huhu terpaksalah beli sebab beg sebelum ni semua kecik2 tak muat nak isi barang...

Kasut Crocodile ni harganya RM59..Aku memang pakai jenama ni ajer sebab harga dia tak berapa mahal tapi memang selesa dan tahan lama...Syukur Alhamdulillah kerana berpeluang membelinya
Jam untuk along dan angah...pun ada..kopakkk!!
Anak dara ni plak, bila ibu dia beli jam, dia pun nak jugak..Kopaklah lagi RM 20 untuk beli jam dia ..huhu padahal bukan pandai tgk jam pun...Untuk abang2nya plak belilah jgk jam G-Shock yang celupnyer..Harga setiap satu...RM25.90. Cuma ayah jer tak beli..Jam lama leh pakai lagi..huhu
Pergi Giant plak, cari kuih raya untuk kakak2 ipar di Kelantan seorang 2-3 bekas....
Mak aku plak dah pesan belikan tudung dia warna hijau..tapi tak sempat..Hmm ari ni plak nak gi lagi cari tudung...Memboros lagi..huhu

 Jam untuk adik..pergh..kopak den

Kuih muih yang telah dibeli....ngan kengkawan dan juga  kat pasaraya untuk dibahagi2kan kepada mak, mek dan kok iparku..den punyo pun takdo..haha
 Aktiviti pada malam hari
Adik main bunga api..berani dia...hihi

Dengan abng Ngah Danny
Bersyukur pada ALLAH SWT..memberi rezeki kepada kami sekeluarga..Semoga keredhaanMU, rahmatMU dan hidayatMU bersama2 kami...AMINNN...

Ahad, 28 Ogos 2011

Panggilan telefon bimbit pertama 38 tahun lalu



MARTIN COOPER membuat panggilan telefon bimbit pertama di dunia di New York pada 3 April 1975.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.
"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.
"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.
Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.
"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.
Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.
Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592). - Agensi

Jumaat, 26 Ogos 2011

Kek Coklat Moist kukus...

Hari ni ku punya entry asyiklah pasal makanan, sebab tak lama lagikan nak menyambut SYAWAL 1432H..sob..sob..sedih pulak nak meninggalkan RAMADHAN yang mulia...huhu..tulah asyik membincangkan makanan jer kat cni...untuk resepi di pagi raya nanti..(Bertuahnya orang Malaysia,makan pakai semua cukup..Ingat-ingatlah orang yang lebih susah daripada kita....huhu) Apapun segala kesyukuran kupanjatkan kepada Ilahi...di atas segala kurniaan yang hanyalah bersifat pinjam-pinjaman ini... Semoga segalanya adalah dari keredhaan mu Ya ALLAH...
Berbalik kepada resepi kali ini ialah resepi kek Coklat Moist yang resepinya telah diilhamkan oleh rakan pendidikku..Pn Hamidah Mohni..Kawanku ini memang pakar buat-buat kek ni..Terima kasih ya kak Midahku cayang ....semoga ALLAH akan sentiasa memberkati hidupmu..kakakku...


Tak cantik sangat tapi sedap tau....

Bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh krim tartar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(bahan-bahan di atas diayak sekali)

Bahan B
1 ketul butter
4 biji telur
1 1/2 gula kaster
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan air sejuk

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul butter bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul bersama adunan tadi.
  2. Masukkan susu cair pula dan kacai sehinnga sebati.
  3. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan A..Sambil itu, air pula..pukul sampai sebati.
  4. Setelahitu, sediakan loyang sederhana dan alaskan dengan kertas khusus untuk kek. (aku guna A4 jer). sapukan mentega pada lapisan kertas dan loyang tersebut.
  5. Kukus dalam periuk dalam tempoh 40-60 minit). (Kalau nak bakar,masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu).
  6. Setelah masak.. sejukkan dahulu...
Untuk Topping:
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan gula

Cara-caranya:
  1. Bahan di atas di campur sekali dan dikacau sampai rata.
  2. Setelah sebati, masakkan ia di atas api yang kecil secara double boiling. Kacai sehingga berkilat.
  3. Tuangkan di atas kek yang telah siap di kukus atau dibakar. sapukan ke atas kek dengan rata dan cantik.
  4. Kemudian taburkan coklat urai atau badam. Terpulang kepada kekreativitian anda...
  5. Sesuai dihidangkan untuk minum petang dan di pagi raya..

Resepi Rendang Ayam AG


Ini pulak rendang kesukaanku iaitu rendang ayam yang diwarisi dari emakku..Pn Hjh Mariah Md Isa..tapi masakan emak memang tak terlawan...aku punya sedap juga tp tak boleh celenlah mak den..from AG...kata hubbyku..huhu

Sedapnya..yuuhuu.tapi pedas sikit..kata hubby..



Bahan-bahan:


1/2 kg  ayam yang telah dibersihkan (untuk 4 orang makan)
1 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
6 biji  cili padi
1 senduk cili kisar
3cm kunyit hidup 
2cm halia
4 batang serai yang dihiris halus-halus  dan dikisar lumat
2 helai daun kunyit yang dihiris halus-halus
2 sudu kerisik
Garam dan serbuk perasa, secubit gula


Cara membuatnya:


1. Kisar kunyit sehingga lumat, masukkan bawang merah, bawang putih, cili  
    padi dan halia ke dalam mesin pengisar...Kisar sekali lagi.
2. Panaskan  kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalamnya.  
    (tak perlu letak minyak) 
    Masukkan cili kisar sekali. Kacau sehingga sebati. 
3. Setelah itu masukkan ayam ke dalam bahan-bahan tersebut..Masukkan 
    setengah cawan  air.
4. Kemudian, masukkan serai yang telah dikisar...kacau lagi
5. Letakkan garam secukup rasa serta  sedikit serbuk perasa dan secubit gula.
6. Masukkan kerisik.Kacau hingga menggelegak.
7. Selepas itu, masukkan santan dan sedikit air...Kacau dan tunggu hingga 
    kuahnya hampir  kering masukkan pula hirisan daun kunyit...
8. Setelah kuah agak pekat tutup api daur gas...Sedia untuk dihidangkan...

Resepi Udang Masak Tempoyak

Entry kali ini ingin kuselitkan resepi kegemaranku iaitu  Udang Masak Tempoyak..Resepi ini aku perolehi daripada www.myresepi.com..setelah ku cuba memang enak rasanya...kalau tak percaya cubalah sendiri..hewhe..

Sedapnya..Masa ni masuk untuk sahur..sedap kata anak-anakku.


Bahan-bahannya ialah:
Udang saiz sederhana 15-20 ekor(dibasuh bersih)
Kunyit hidup  (lebih kurang 2cm)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili api (terpulang pada anda)
1-2 sudu tempoyak..(ikut anda)
Daun Kunyit
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara membuatnya:
1. Kisar kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih serta cili sehingga lumat. (kalau nak tumbuk pun
     boleh)
2. Tumiskan bahan-bahan tersebut ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Tunggu sampai naik bau...
3. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa secukup rasa. dan yang penting ialah  tempoyak yang
     marvellous...Letakkan sedikit air .Kacau rata.
4. Kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditoskan.Kacau sampai sebati.
5. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
6. Tutup api dapur gas setelah  daun kunyit layu dan kuah menjadi pekat.

Silalah cuba ya..




Selasa, 23 Ogos 2011

Kad Hari Raya 1432H

Kad-kad hari raya yang ku telah edit jadi kat raya ku sendiri..hehe...

Kad Hari Raya dari Hubby

Kad Hari Rayaku..

Kad hari Raya dariku lagi....

Selamat menyambut Syawal buat semua bloggers yang beragam Islam...Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sutera Bidadari karya Saudara Ramlee Awang Murshid

Mencabar minda dan ilusiku....

Baru-baru ini aku ada membeli novel thriller karya saudara Ramlee Awang Murshid..yang bertajuk Sutera Bidadari...sambungan daripada sekuel 4 buah novel sebelum ini..iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan cinta suci...Ini adalah kesudahan daripada 4 buah novel berikut..Ulasan yang dapat aku berikan ialah 5 bintang untuk naskah ini kerana ia dapat membawa aku masuk ke dalam ilusi penceritaan tersebut sehingga aku tidak menyedari mana realiti atau fantasi..(teruknya aku..hehehe)..Seperti biasa juga,  aku masih tidak dapat menjangka dan meneka kesudahan cerita tersebut  kerana  kesudahannya tidak terjangkau  oleh akal dan fikiran ku.huhuhu..tahniah abang RAM..aku  amat mengagumimu kerana mindamu yang kreatif itu.Tambahan pula banyak elemen ketuhanan dipaparkan membuaikan rasa keinsafan di dalama diri ini..sedangkan aku sering terlalai  dengan keduniaan ... kata-kata didalam naskah ini juga banyak memberi peringatan  kepada aku  untuk  hidup di dalam dunia ini sebagai seorang manusia  Islam yang begitu kerdil di SISI ALLAH SWT...Terima kasih RAM mengingatkan kami semua tentang hakikat kehidupan ini secara tidak langsung....melalui novel2 hebatmu...

'Shopping Time'..!!! Mahalnya.....huhuhu!!!

Syoknya shopping kalau duit berlebih...

Malam tadi pergi ker  The Store Melaka untuk membeli tshirt bujangku yang dua orang dan ayahnya....Emmm...ramainya  manusia termasuklah keluargaku sibuk mencari barang-barang dan pakaian untuk sambutan hari nanti agaknya...Emm..kaki ni pun menujulah ke arah pakaian kanak-kanak...sampai sajer kat sana tgk ada discount sampai...70%..tapi mak aiii.. mahal eh baju budak2 ni..tshirt  jer sampai RM89 bila dah diskaun jadi RM45..Anakku yang nombor dua tuh..nak plak tshirt cheetah junior harga RM48.90 sesudah diskaun..alamak kopak aku...akhirnya aku belikan jugak seorang 3 pasang t-shirt...semuanya dalam RM210...uhuhu  memang pokai ler jawabnya... lepas tuh beli plak baju hubby...brand BUM potongan sampai 70%...cakap ngan hubby...kita beli jenama ni jerlah..murah sikit...tshirt 3 helai baru RM 81.90 lagi murah dari baju anak-anak...haha..seluar hubby plak..beli brand dapper jer..takderlah nak beli brand yg mahal-mahal...membazir kata hubbyku...baru RM69.90 ...itupun dah beratus ...aku keluarkan  duit terus bayar jer...huhuhu..sodih den...Tapi ari tu pergi Jusco lagi aku tak mampu nak beli baju kat situ. Lagi mahal..dan kat sini ok sikit....Apapun aku redha sebab aku dapat bonus suda..hubby pun lum gaji...gaji dia keluar 26hb nanti... Cian dia..huhu..Namun disebalik itu, segala kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ILAHI...kerana memberi rezeki kepada aku sekeluarga...aku doakan rakyat Malaysia yang beragama ISLAM sentiasa mensyukuri apa yang dimiliki...kepada yang tidak berkemampuan kita tolong2lah mereka dengan membayar zakat atau bersedekah..Janganlah kita mementingkan diri kita sendiri...Semoga hidup kita sentiasa dirahmati ALLAH SWT...InsyaALLAH...Amin..

Khamis, 18 Ogos 2011

Peristiwa 17 Ramadhan 1432H




Aku ingin berkongsi maklumat peristiwa yang menjadi sejarah peradaban dunia dan peringatan yang berlaku pada 17 Ramadhan iaitu terjadinya Perang Badar dan penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Dua perkara ini merupakan peristiwa yang sangat penting di dalam sirah nabawiyyah.

Copypaste drpd:
http://mujahideen-islam.blogspot.com/2009/09/peristiwa-penting-di-sebalik-17.html
Seperti yang kita sedia maklum, perang Badar merupakan perang yang pertama dalam Islam. Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Perang ini merupakan satu ujian keimanan buat orang -orang Islam. Angkatan perang umat Islam pada perang ini berjumlah 313 orang dan mereka berhadapan dengan musuh yang terdiri daripada kabilah kafir Quraisy yang berjumlah 1000 orang. Dalam perang itu, umat Islam telah memenangi perang tersebut dengan bantuan ALlah.

Lokasi Perang Badar

Bagi nuzul Al-Quran pula, ada khilaf di kalangan ulama' tentang tarikh sebenar nuzul Al-Quran. Namun, jumhur ulama bersepakat bahawa nuzul Al-Quran berlaku sebanyak dua peringkat iaitu:

1) Peringkat pertama adalah Al-Quran turun sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam Lailatul Qadar.
2) Peringkat kedua adalah turunnya Al-Quran secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril selama 23 tahun dimana pada 17 Ramadhan, surah pertama iaitu surah Al-Alaq diturunkan.

Selasa, 16 Ogos 2011

Anuar & Ellina : Suasana Hari Raya (HQ Audio)

16 Ramadhan 1432h

MasyaALLAH panas betul hari...dugaan....puasa..Rasa tak larat...balik jer sekolah terus .start' enjin kereta...balik...Anak-anakku ku tinggalkan kerana mereka bersekolah agama...semalam dah ponteng..ikut aku pergi butik beli baju raya diorang.. huhuhu..asyik memonteng jer bulan puasa ni..kata hubbyku...Aku kesian mereka puasa penuh setakat ni..aku beri kelonggaran..ustazah diorang pun tak kisah...

Setakat ni baju raya anak dah separuh beli dah, along dengan angah baru beli t shirt seorang sehelai, seluar seorang dua helai dan baju melayu seorang sepasang jer..Itupun dah terbang hampir RM300..tinggal nak belikan T-shirt seorang dua helai lagi, manakala yang perempuan pulak baju kurung dua pasang, tshirt dan seluar baru 3 pasang pun hampir RM200...baju kecik jer tapi pergh..mahal giler..org kata...Harga sekarang...huhuhu..Aku yang hidup sederhana ni bolehlah jugak membeli-belah dengan kesyukuran..Tapi aku tak dapat bayangkan bagaimana orang yang hidup lebih susah daripada aku..Mesti anak-anak diorang tak berganti baju..pakai aper yang ader jerlah..huhu...insaf aku...Aku benar2  amat bersyukur..Walaupun aku tak berapa nak hebat cara hidupku..tapi aku ngan anak-anak belum pernah kebulur lagi seumur hidupku..Segala Puji Bagi ALLAH...yang memberi segala kenikmatan ini...Terima kasih dengan segala pemberian dan pinjaman dari Mu YA ALLAH....Tuhan Yanag Agung....

Sabtu, 13 Ogos 2011

Exam oh exam! 5 more semesters...

Jauh lagi perjalanan untuk ke arah kecemerlangan...Pasti aku boleh..InsyaALLAH jika ada izinNYA...
Masih ada separuh jalan perlu ku tuju..

Stock Photo - graduation cap 
diploma and tassel. 
fotosearch - search 
stock photos, 
pictures, wall 
murals, images, 
and photo clipart
Akan kugenggam suatu hari nanti..jika umurku  masih ada..itupun atas izinNYA..insyaALLAH
sok paper 2 exam semester 6 iaitu matematik..Semoga aku buat yang terbaik kali ini...Walaupun baca tak faham2..harap leh buat esok.. Semoga kejayaan mengiringiku....

Kek Batik Biskut Marie..

Walaupun tak berapa nak cantik....namun rasa nya enak banget sih

Baru-baru ni baru aku mencuba resepi kek yang enak dan mudah dibuat iaitu Kek Batik biskut Marie.. Resepi ni aku dapat dari rakan pendidikku Puan Hamidah Mohni...Terima kasih kak Midah dengan resepi yang simple tetapi disukai suami dan anak-anak...

Kek  Batik Biskut Marie.



Resepinya:

1 peket biskut Marie 
1 ketul Buttercup
1 peket Milo saiz kecil
1 tin  kecil susu pekatapa2 jenama (aku pakai Dairy Champ)

Cara membuatnya:
1.        Cairkan buttercup dalam periuk atau sebaiknya kuali.
2.      Setelah cair masukkan susu  pekat dan milo, kacau sehingga sebati.
3.      Agak-agak dah sebati, masukkan biskut Marie yang dah dipatah empat.
4.     Kacau sehingga rata, sambil tu matikan api dapur gas anda.
5.      Sediakan talam atau bekas Tupperware leper( tipuware pun leh jgk.
6.     Alaskan bekas tersebut dengan plastic . (untuk menyenangkan anda ketika ingin    
m   mengeluarkan kek untuk dipotong nanti)
7.      Adunan tadi dimasukkan kedalam bekas tesebut dan mampatkan sampai rata dan elok.
8.      Sesudah itu, masukkan ia ke dalam peti ais untuk disejukkan.
9.     Selepas sejam, keluarkan untuk dipotong.

p/s: Modal menghasilkan dalam anggaran RM15 sahaja….sesuai untuk minuman petang.

Ulangtahun kelahiran Mr. Hubby..

Kek untuk hubby..cheese bluberry ...manis betul...kalori tinggi nih..





Sentiasa menyayangi dirinya....



Suamiku......Selamat hari lair yang ke 40..13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432 H...Semoga berada dalam rahmat dan perlindungan ALLAH SWT...diharap agar dirimu sentiasa menambahkan amalan dan takwa kepada YANG SATU...Cintailah diriNYA melebihi dari yang lain..kudoakan dirimu berbahagia dan selamat duniawi dan ukhrawi..InsyaALLAH...luv u...

Selasa, 9 Ogos 2011

Bonus oh bonus!!!

Alhamdulillah, segala pujian untuk ALLAH...di bulan Ramadhan yang mulia ni..ALLAH telah memakbulkan doa orang-orang yang sentiasa berharap dan meminta-minta hanya padaNYA...Dengan berkat doa semua akhirnya kerajaan memberi bonus setengah bulan gaji....kepada semua kakitangan kerajaan dan sekurang-kurangnya RM500 bagi yang berpendapatan rendah...Orang pencen pun dapat gak Rm500...cuma apa yang aku kesalkan orang yang berpendapatan rendah dah tentulah dapat ckit berbanding yang berpendapatan tinggi...tapi sekurang-kurangnya rakyat terbela....dan sedikit-sebanyak dapat menampung perbelanjaan raya yang kian menjelang...dahlah tu semua barang maha...rakyat perlulah berjimat-cermat dan jangan berboros yer...gunakanlah wang tersebut dengan sebaiknya...

http://www.malaysiakini.com/news/172368

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam