Ahad, 5 Jun 2011

Cuti datang lagi...




Cuti yang hadir kali berlalu begitu pantas...Aku tetap di rumah ini menyelesaikan kerja2 rumah dan sekolah ku yang berlambak2...Assingment sudah berderet menanti  masih belum ku sentuh...Masa jadi begitu pantas berlalu hingga aku tidak tahu dimanakah kesudahan tugas2ku...sentiasa ada dan tidak pernah berakhir... Anak2 juga sibuk denagan aktiviti main 'game'nyer, tuisyen dan taekwando...Kadang2 suara mereka begitu membingit di telingaku, mencari sebab untuk bergaduh dan berkelahi...Huh.....kadang2 kebisingan itu membuatkan aku duduk terkesima tanpa memperdulikan apa yang berlaku kerana terlalu penat untuk melayaninya...Arghhh..lebih baik mereka pergi ajer kesekolah setiap hari..Dah tentu tiada kebisingan seperti ini...Tapi bila ku bermusahabah diri dan bila kufikir2kan kembali, segala kebisingan dan kebingitan ini pasti akan lenyap juga bila mereka sudah dewasa dan aku pasti akan menjadi seorang tua yang merindui akan anak2nya dan kenangan silam lalu...sedih pulak aku rasakan jika perkara itu akan terjadi nanti...huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini