Ads

Khamis, 30 Jun 2011

Hari Usahawan punya cerita....

Dan hampir seminggu Hari Usahawan belum aku kisahkan haribersejarah  itu di dalam blogku ini. Julung-julung kalinya berlaku di sekolah ini..sudah tentu semuanya teruja termasuk diriku...Jualan nasi lemakku licin setelah 2 jam berlangsung perasmian hari usahawan ini...Untung takderlah banyak sangat. Selain nasi lemak, juga geng aku menjual jajan..Kutipan dapatlah RM560, dan jualan baju bundle kawan sekumpulanku pula mencecah RM400.  Hujan sejak dinihari membuatkan padang begitu lecak sehingga menyukarkan kami untuk bergerak pada awalnya..Berkat doa pada ALAH yang Esa...akhirnya segalanya dipermudahkan... Syukur yang amat...HAri tu jgk aku jd jurukamera tak bertauliah yg bertanggungjawan buat dokumentasi hari itu...At last..Dapatlah aku naik kereta kuda...free plak tu...hehe...untung badan..
Di bawah antara gambar2 yang telah ku rakamkan pada hari itu...
Rumah hantu ..Ramai menunggu...paling menguntungkan

Sambal ikan bilis dan sambal sotongku licin sebah eh sodap sgt..huhu
cekodok pun laku..hehe...
Pertandingan mewarna pun ada..hihi
Roti Jala pon sodapkan??
Pentas utama perasmian

Bersama rakan seperjuangan Puan Azila













Jumaat, 24 Jun 2011

Karnival Hari Usahawan....

Sabtu ni, 25 Jun sekolahku ada menganjurkan Karnival Hari Usahawan anjuran kelab guru sekolahku...Aku ditugaskan menjadi ketua gerai Tahun 2. Aku memilih menu nasi lemak berlaukkan sambal ikan bilis, sambal sotong dan ayam barbercue...Aku dah bahagikan tugas kepada semua ahli kumpulan....Aku sendiri terpaksa memasak nasi, sambal sotong, dan sambal kan bilis..Tah camano nanti plak jadi eh..hihihi..arap2 menjadi dan semuanya berjalan dengan lancar...hehehe...

Isnin, 13 Jun 2011

Jiwa semakin sakit dan semakin kacau....banyaknya assignment, kerja sekolah, kerja rumah dan macam-macam..Harap-harap ALLAH tetapkan hati dan imanku....Hari ni  plak aku dapat bil air yang buat aku terperanjat kura-kura...huhuhu.....bil air yang selalunya RM 50-RM60 sebulan tapi bulan ni sampai RM212..pergh giles betul...sejak naik takrif elektrik ni aku tak amek kisah sangat...rupa2nya bahana besar...gajilah tak berapa besor kena plak bayar banyak lak tu...heeee...rasa nak marah pun ada....huhuhu...lepas ni terpaksa lah catu elektrik...tengok tv sejam sehari ke...ataupun langsung jangan bukak tv dan  tak yah pakai seterika..pakai jer.. seterika zaman dahulu kembali....tension..betul

Ahad, 5 Jun 2011

Cuti datang lagi...




Cuti yang hadir kali berlalu begitu pantas...Aku tetap di rumah ini menyelesaikan kerja2 rumah dan sekolah ku yang berlambak2...Assingment sudah berderet menanti  masih belum ku sentuh...Masa jadi begitu pantas berlalu hingga aku tidak tahu dimanakah kesudahan tugas2ku...sentiasa ada dan tidak pernah berakhir... Anak2 juga sibuk denagan aktiviti main 'game'nyer, tuisyen dan taekwando...Kadang2 suara mereka begitu membingit di telingaku, mencari sebab untuk bergaduh dan berkelahi...Huh.....kadang2 kebisingan itu membuatkan aku duduk terkesima tanpa memperdulikan apa yang berlaku kerana terlalu penat untuk melayaninya...Arghhh..lebih baik mereka pergi ajer kesekolah setiap hari..Dah tentu tiada kebisingan seperti ini...Tapi bila ku bermusahabah diri dan bila kufikir2kan kembali, segala kebisingan dan kebingitan ini pasti akan lenyap juga bila mereka sudah dewasa dan aku pasti akan menjadi seorang tua yang merindui akan anak2nya dan kenangan silam lalu...sedih pulak aku rasakan jika perkara itu akan terjadi nanti...huhuhu...

Result lagi...

Lama tak update..Dah bersarang lelabah dah..hihihi...takder maserlah konon. Mulai ari ni aku sentiasa update blog aku yang tak seberapa nih. Untuk mengisi kekosongan masa yang ada sedikit ajer.. Fuh sibuk ngan aktiviti sekolah... Almaklumlah sekolah kluster...Dari satu program ke satu program dijalankan...arghhhhh...lupakan sekejap...
Anak2 muridku 2 Arif kelas paling hujung..

Semoga menjadi insan yang berguna suatu ketika nanti..InsyaALLAH
       Dimulai dengan segala kesyukuran kupanjat kepada Ilahi kerana memberi aku peluang untuk mendapat 4.00 lagi ... Kali ketiga dapat four flat dan kali keempat dapat 'dean's list'.... Syukur3x ya ALLAH....teringat lagu Raihan plaks..hihihi...Lepas ni nak buat yang lebih baik bukan sahaja dalam kerjaya tapi dalam pelajaran jugak...Teringat anak2 muridku di kelas hujung ...Ini menambahkan semangat untuk aku mengajar dengan lebih tekun....InsyaALLAH...

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam