Ads

Rabu, 22 Disember 2010

Cuti oh cuti...

Isk...isk..dah lama tak update blog nih..Dah bersawang dah..bukannya apa, aku ni malas nak menulis hari2 macam Blogger Popular Hanis Zalikha tuh.. Lagipun life aku bukannya menarik sangat..Hidupku simple sangat...hehe...Cuti tahun ni rasa macam tak cuti jer...Yelah aku tetap dengan assignment dan exam yang akan mengiringiku sewaktu cuti nih...Assignment dah anta online arituh... cuma peksa lambat sikit, 12, 28, 31 Disember nih... Buku baca tak baca jer...Anak-anak plak dengan program mengaji dan tuisyen... Almaklum lah anak sulungku resultnyer merudum baru-baru ni( final exam ). Sungguh menyedihkan daripada kelas kedua turun ke kelas ketiga...Kat skolah ni..ada 4 kelas...Kelas ketiga kira kelas hujung jgklah..Malu aku kat kawan2 tapi nak wat camno kan aku redha jer...Anak aku yang kedua plak nak masuk tahun satu tahun depan..Pun aku pulun tuisyen BI bagi kat dier sebab...risau kat skolah aku mengajar ni bdk2 dier bleh tahan...Banyak saingan wooo bebudak nih...Walaupun dia dah pandai baca hari2 aku training angah ni membaca...naik bosan dier..almaklumlah budak lelaki...asyik nak main je kerja dier..hihihi..biorkan...aku kasi dia belajar pepagi jer...petang2 diorang sumer aku keluarkan dari rumah dan pergilah korang kayuh basikal puas2..Aritu aku dah bawak diorang gi jenjalan kat Johor Bahru dan Desaru, Bandar Penawar yang terletak di Kota Tinggi...Kira2 percutian hujung tahunlah..Nasib baik..encik hubby cuti..hihihi..gumbira bebudak nih. Tu jelah tempat bercuti kitaorg..Hajat di hati lepas peksa nih plak nak pegi KL plak..Sajer jer jenjalan..Tp tak tahulah encik hubby ada kelas atu kerja ke tidak.. Maklumlah encik hubbyku dah belajar balik hihihi..Kesian dah tuer2 blajar.. Dia ambil course business management..lari daripada bidang dier sebelum nih...mechanical...hihi... Selamat berjaya teman sejatiku....Semoga menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.. Di bawah ni gambar -gambar percutian di Desaru arituh...
Pantai Desaru

Penginapan di Desaru Damai Beach Resort

Angah (Nabil daniel)

Adik (Nur Syaza Irdina)


Along ( Nabil Farhan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam